11 Feb 2013

[BERGAMBAR] 1,000 Pekerja Proton Protes Tentang Gaji


Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

“Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40,” katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.

Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.

Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum. -mk

11 ulasan:

  1. Aik? Gaji minimum ni untuk pekerja asing jugak ka?

    BalasPadam
  2. BANGANG!! nak buat protes, mogok atau piket buat laa waktu berkerja.

    lepas waktu bekerja sapa nak layan!?

    majikan yg mcm setan jgn kasi muka.. ganyang cukup2. nak protes, protes laa betul2... jgn main wayang laa.

    BalasPadam
  3. anonymous 12.15am...pekerja asing tu bukan hamba sahaya. mereka pun punyai keringat juga.

    BalasPadam
  4. lepas ni pekerja asing yg potong sawit ikut sama mogok tuntut gaji minimum.

    sawit rm370 setan, upah potong rm900 sebulan setiap pekerja.

    BalasPadam
  5. Proton yang Mahathir Pengerusi pun tindas rakyat?

    BalasPadam
  6. Majikan macam Raja, pekerja macam hamba......hik hik hik...

    Revolusi !!!

    BalasPadam
  7. Melihat kepada wajah-wajah yang dipaparkan sungguh saya rasa simpati Anak Melayu Merempat di Bumi Sendiri... Gaji RM 1,200 nak makan apa. kepada. para pekerja yang terlibat, carilah jalan untuk menambah rezeki. belajarlah 1001 peluang berniaga macammana menjana RM 3000 di Facebook, RM 3000 di Blog secara sambilan dan lain-lain saluran perniagaan siber. like di
    www.facebook.com/perniagaansiberbiz
    www.perniagaansiber.blogspot.com
    kami ada jalan untuk bantu anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 cdamgan yg bagus tpi brapa ramai yg celik IT dlm ramai2 tu? adakah peniagaan mlalui internet tu halal dri sudut syarak?
      klu smemangnya halal maka tuan pergilah ke kilang proton tu & promote la produk sdr tu!

      Padam
  8. Gaji naik 4% - Perbelanjaan naik 40%. System sedia ada menjadikan rakyat kekal sbg hamba hutang. Sila study asal usul secularism baru komen.

    BalasPadam
  9. Anak Bangsa bayar gaji kecik kepada pekerja bangsa sendiri ini di kira biasa.

    PROTON tu mula nya kerajaan punya, sampai sekarang pun rakyat pula tapi biasa lah bila ketua melayu nya dah loaded kaya dan bergaya, lupa diri asal usul budak kampong maka hancur lah anak bangsa melayu lain.

    Orang Melayu mana ada yang mulanya kaya, semua anak kampong kais pagi makan semalam.... yang nagsawan tu pula jual negara nak kaya, jadi barua.

    macam macam orang Melayu zaman sekarang ini, makin papa kedana akal pemikiran dan dhaif rohnya.

    BalasPadam
  10. NAK WAT TINDAKAN PERUSAHAAN MCM PIKET NIE, MEMANG LA KENA WAT LEPAS WAKTU BEKERJA.. NIE UNDANG2 LAH... KALO XTAW JGN MEN SEMBURR JA...
    BTW, HARAP KRAJAAN DPT ATASI MSALAH NIE

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.