21 Dis 2013

[TERKINI MESIR] Ikhwanul Muslimin Kecam Tuduhan Terbaru Terhadap Mursi


Ikhwanul Muslimin mengutuk keras pemerintah kudeta Mesir di atas tuduhan terhadap mantan presiden Muhammad Mursi dan Ikhwan, yang dituduh melakukan tindakan pengintipan dan terorisme. Dalam kenyataannya, Ikhwan menolak tuduhan ini. Lebih lanjut, Ikhwan mengatakan ini sebagai tuduhan yang aneh.

“Tuduhan ini adalah episod baru dari kejahatan kudeta militer terhadap rakyat Mesir,” kata Ikhwan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari London dan diterima pada awal hari Khamis kelmarin (19/12/2013), portal islampos.com dipetik.

“Hakim kerajaan kudeta terus mengarang tuduhan lucu terhadap presiden yang terpilih secara demokrasi dan kepada sejumlah pemimpin Ikhwanul Muslimin,” kata kenyataan Ikhwan.

Ikhwan juga menyerukan kepada masyarakat antarabangsa pada hari Khamis kemarin untuk memberikan tekanan kepada pemerintah Mesir agar membebaskan Mursi.

Pada hari Rabu sebelumnya, pendakwa raya memerintahkan pengadilan terhadap Mursi dan 35 tokoh Ikhwan lainnya atas tuduhan bersekongkol dengan organisasi-organisasi asing untuk melakukan serangan teroris.

Pendakwa menyebut hal ini sebagai kes terbesar dari konspirasi dalam sejarah Mesir.


Mursi hadapi tuduhan baharu


KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi bakal dibicarakan atas beberapa pertuduhan baharu termasuk bersubahat dengan pergerakan asing bagi melakukan keganasan.

Al Jazeera melaporkan, pertuduhan yang diumumkan pendakwa raya kanan semalam, berpotensi membawa hukuman mati.

"Perbicaraan tersebut turut membabitkan dua orang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin dan 32 defendan lain.

"Mereka didakwa membocorkan rahsia pihak tentera kepada negara luar," menurut laporan itu kepada Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan, pendakwa raya berkata, Ikhwanul Muslimin dituduh melakukan keganasan di Mesir serta menyediakan pelan yang membabitkan pergerakan Hamas di Genting Gaza dan pergerakan Hezbollah di Lubnan.

Hamas bagaimanapun mengutuk tuduhan berkenaan yang disifatkan sebagai satu lagi usaha mengaitkannya dalam hal ehwal dalaman Mesir dan bertujuan memburukkan nama pergerakan itu kepada penyokong rakyat Palestin terutamanya Gaza.

Mursi kini masih berdepan dengan perbicaraan atas pertuduhan menghasut keganasan ketika tunjuk perasaan di perkarangan Istana Presiden setahun lalu ketika menjawat jawatan Presiden.


1 ulasan:

  1. Dahsyatnya puak2 yg tak nak Islam, versi terkini, yg dapat kita saksikan muka2 & wajah2 mereka, mereka takkan senang sebagaimana tak senangnya Firaun , Abu Jahal, Abdullah Ubai dll terhadap kebangkitan Islam.

    Watak2 begini berterusan selagi dunia ni wujud.

    Tak mustahil bole berulang sebagaimana menimpa nasib spr Hasan al Bana dll.


    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.