Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal
KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar.
“Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat tidak harus dipandang serong.
“Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos, dan kerajaan mendakwa bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan, maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Mohd Azmi berkata, jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin.
Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang ditanggung rakyat bawahan.
“Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi.
“Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat, apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau.
Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome) di kalangan pemimpin negara.
“Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini.
“Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau.
Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera.
“Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya. -HD
ULASAN GB
"Himpunan Guling Kerajaan" - itulah ungkapan dan istilah yang digunakan oleh pihak berkuasa, terutama pihak polis bersama-sama dengan UMNO, para pencacainya dan NGO-NGO mesra-UMNO serta media massa arus perdana terhadap perhimpunan TURUN yang akan diadakan malam esok.
GB merasa lega kerana pihak TURUN, parti-parti komponen Pakatan Rakyat, NGO-NGO mesra-PR tidak terlibat dengan himpinan yang dimaksudkan untuk guling kerajaan tersebut. Yang ada ialah himpunan untuk mendesak kerajaanj menurunkan harga barang akibat kenaikan kos sara hidup jika kenaikan harga barang tidak dibendung.
Persoalan kini: kenapa dan mengapa pihak-pihak berkenaaan mengembar-gemburkan "guling kerajaan"? Takut dengan sebarang perhimpunan rakayt seperti BERSIH dan Black505 dahulu yang mendapat sambutan puluhan malah ratusan ribu rakyat? Kecut kerana merasakan kerajaan UMNO BN bakal tumbang kerananya?
Terbukti, tanpa provokasi mana-mana pihak - kesemua perhimpunan yang dibuat dan disertai Pakatan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Dan kini perkataan "guling kerajaan" digunakan dan promosikan secara meluas untuk mengugut dan menghalang rakyat menyertai perhimpunan TUUN malam esok.
Menurut Ilmu Psikologi, sesuatu perkara yang tidak wujud tetapi apabila acapkali disebut dan diulang-ulang ia bakal menjadi kenyataan. Itu dinamakan Hukum Suggesti (cadangan). Apabila perkataan "guling kerajaan" diulang-ulang, ia akan diterima oleh alam separa-sedar sebagai "perkara yang benar" dan alam separa sedar akan bertindak mengikut seperti yang disebutkan. Maka akan berlakulah "realiti" iaitu kerajaan akan terguling!
Di dalam Islam, kita diajar bahawa: "Setiap perkataan itu adalah doa" (Kullu kalam addu'a). Justeru itu apabila pihak polis, UMNO, NGO mesra-UMNO dan media massa arus perdana berkata bahawa himpunan yang hendak diadakan adalah himpunan untuk menggulingkan kerajaan BERARTI mereka sendiri yang mendoakan agar "kerajaan terguling", maka jangan salahkan orang lain jika ia bernar-benar berlaku nanti. Kamu yang mendoakan begitu!
Orang nak bantah dikata guling....Saya doakan Allah makbukanl apa yang diharap2 'Kerajaan Diguling'...mintak sangat ambik kau.
BalasPadamYes GB agreed.
BalasPadamYg beranggapan "guling" tu adalah grombolan yg termimpi-mimpi Kerajaan UMNO/BN akan benar-benar terguling.Kalau akal sudah terencat, mana boleh faham antara "guling" dengan "bantah harga naik" - spisis ni sokong tanpa mengetahui apa yg sebenarnya.Pemimpin depa kata bantah(ada masuuuk pulak sikit) depa pun bantah walhal yg depa bantah tu, diri sendiri yg turut akan merasa kepahitannya.Ini jenis spisis yg sudah terencat akal.
BalasPadamKenapalah NGO's mesra umno & pendokong umno sengaja selak kain tunjuk kebodohan sendiri. Mentari 2013 dah nak tutup tirai,tahun 2014 akan menjelma, cara berfikir dan kaedah tindakan mereka tak berubah2 mcm zaman 50 tahun dahulu “sempit & terkurung”’. Nyata masih terlalu ramai anak bangsa ku yg tidak cerdik
BalasPadamKalau kena tahan sebab hadir TURUN pun mahkamah tak boleh hukum atas tuduhan guling kerajaan kerana berapa ribu repot yang dibuat banyak menyebut tentang guling kerajaan bukan tentang tuntut penurunan harga.
BalasPadamSatu yang aku musykil, yang puak-puak tak mau harga barang turun tu kumpul ramai-ramai di depan balai polis tu ada permit perhimpunan amankah? Atau itu boleh dikira perhimpunan haram yang perlu diambil tindakan oleh PDRM. Kalau PDRM tak ambil tindakan maknanya pegawai dan anggota yang bertugas tu buta dan pekak sebab tak nampak pelanggaran undang-undang himpunan aman di hadapan balai mereka.
Mangkok!! Mangkok!! ini semuanya gaji Ribu-Ribu kot sebab itulah tak terasa kenaikan kos hidup yang melampau-lampau.
BalasPadamApabila si ketua bahalol takut akan bayangan nya , itu tanda tanda terlalu banyak cium bau kentot nya sendiri sampai pening ter Guling gaya khinzir. Badan nya aje macam khinzir besar nya....
BalasPadamPOLIS DIRAJA MALAYSIA ...
BalasPadamIbarat "Harapkan Pagar, Pagar yang Makan Padi".
Di Malaysia ni, tiada lagi yang boleh kita harapkan dari qgensi penguatkuasa kerajaan terutama PDRM. Lihat saja hujah Ketuanya pun kita dah tahu dan boleh agak, betapa tingginya ilmu dalam dada depa? betapa tinggi integriti dalam diri depa? betapa jujurnya tindakan depa? betapa patriotiknya pemikiran dan tindakan depa tu?
Guling Kerajaan? Memang kita nak gulingkan kerajaan BN tapi bukan secara kekerasan tetapi melalui "UNDI". Rakyat Malaysia memang sedar dan amat sedar bahawa kekerasan bukan caranya. Sebab dengan kekerasan, yang menang akan jadi arang manakala yang kalah akan jadi abu. Rakyat Malaysia sangat matang tapi bukan kerajaan BN. Rakyat Malaysia dah jauh bergerak ke hadapan tapi penyokong kerajaan BN masih berada di zaman 60an hingga 90an (era Che Det), begitu juga dengan menteri-menterinya.
Asyik nak suruh rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan depa berhijrah ke luar negara? Awat depa ingat tanah Malaysia ni bapa depa yang punyakah? Pi la ke pejabat tanah dan lihat, adakah geran tanah tu tertulis "Tanah BN"? Lihat betul-betul, bila masa urusan kerajaan ditulis URUSAN BARISAN NASIONAL ATAU UMNO ATAU MCA ATAU ...???? Yanga tertera ialah URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Nak kata bodoh, nanti depa marah. Nak kata cerdik, memang nampak bodoh.
Ini mesti dapat habuan pitih punya nmpak semua dah berusia emas...pengikut NAAMANU totok...nak kata tak cerdik semuanya dah gayut sehingga kiamat pun mereka2 ini tak akan faham harga barang naik ke atau tak naik....ABU
BalasPadam