Himpunan 31 Disember simbol rakyat ditindas
Pemimpin bersifat ultra kiasu kini semakin jelas takut kepada anak suara anak muda kerana mereka yakin anak muda mahu satu perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara yang lebih telus dan efisien.
Oleh sebab itu, media massa pro kerajaan memainkan watak utama memutar-belit isu himpunan perhimpunan rakyat selepas tindakan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. ?
Himpunan aman membantah peningkatan kos sara hidup 31 Disember ini sudah jelas dengan matlamatnya menuntut supaya tidak berlaku kenaikan harga barang.
Tidak ada sama sekali istilah mahu mengulingkan kerajaan. Golongan muda masih menghormati keputusan PRU13.
Saban tahun kerajaan menyatakan jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini tetapi rakyat tidak merasai makna di sebalik pelaburan masuk yang didakwa melimpah-ruah itu.
Ini menyebabkan rakyat tidak yakin dengan pentadbiran ekonomi negara. Lebih menyedihkan apabila kerajaan tidak pernah memberi jawapan dan harapan kepada rakyat.
Rakyat sudah sedia maklum apabila harga barangan asas dan harian mulai naik, barangan dan perkhidmatan lain juga tetap naik atau pun harga sama tetapi kuantiti berbeza.
Hal ini cukup membebankan rakyat terutama golangan berpendapatan rendah dan kelas pertengahan.
Ini cukup jelas pendapatan isi rumah tidak seimbang dengan kenaikan harga barang walaupun kenaikan itu satu persatu tetapi dalam tempoh yang singkat ia menjadi kenaikan yang drastik dan radikal kepada rakyat.
Himpunan menuntut kerajaan menurunkan harga barangan ini sebenarnya simbol rakyat terbeban dan tertindas kerana kenaikan harga barang dan sifat boros dan tiris pemimpin.
Jom anak muda, kita bantah kenaikan harga barang.
Penulis ialah bekas Pengerusi Transformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (TMUUM).-HD
Demonstrasi kenaikan kos sara hidup tidak wajar dihalang
Demonstrasi oleh kumpulan pro-demokrasi yang dibarisi oleh anak-anak muda yang membantah kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember ini tidak wajar dihalang, sebaliknya dibantu agar amalan demokrasi terus subur dengan menghormati hak-hak rakyat untuk bersuara, kata Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong.
Teo merujuk kepada rancangan kumpulan anak-anak muda yang ingin turun berdemonstrasi di Dataran Merdeka pada malam esok, berkata, ia merupakan satu langkah matang yang bukan sahaja selaras dengan budaya demokrasi malah ia juga adalah hak asasi yang dijamin oleh undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.
“Kami Pemuda DAP bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil prinsip dengan menyokong langkah ini selari dengan semangat perlembagaan, undang-undang dan demokrasi yang matang.
“Malah prinsip kami ini juga seharusnya turut diikuti oleh Pemuda Barisan Nasional khususnya Pemuda MCA dengan barisan kepimpinan baru yang mendakwa ingin melaksanakan pembaruan, tetapi berdiam diri dalam membela dan mempertegaskan hak-hak asas demokrasi oleh kumpulan anak-anak muda yang pro-demokrasi.
“Kita juga ingin menjemput sama Pemuda MCA dan UMNO yang memegang prinsip demokrasi untuk turun sama berdemo pada 31 Disember ini untuk membantah polisi ‘naik-naik’ kerajaan Barisan Nasional. Jika tidak, laungan pembaharuan atau transformasi oleh pemuda-pemuda BN hanya menjadi retorik semata-mata.
“Harus juga diingat bahawa kumpulan anak-anak muda ini adalah mereka yang prihatin terhadap apa yang sedang dan yang akan membelengu rakyat dengan peningkatan luar biasa kos sara hidup rakyat terbanyak.
“Mereka ini adalah kumpulan pro-demokrasi yang harus dihormati, diberi ruang sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan serta harus diberi kerjasama oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.
“Kumpulan pro-demokrasi ini bukanlah kumpulan penjenayah atau mereka yang berniat buruk untuk menggulingkan kerajaan apatah lagi untuk melakukan keganasan, sebaliknya kumpulan pro-demokrasi yang pelbagai kaum dan latarbelakang ini wujud dan berjuang demi memastikan nasib rakyat yang tertindas, terus dibela dan dibantu.
“Menyamakan kumpulan pro-demokrasi ini dengan tindakan jenayah dengan memberi gambaran yang salah merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara lojiknya, kumpulan penjenayah tidak akan sekali-kali berdemo di Dataran Merdeka untuk mendapat perhatian apatah lagi untuk menuntut haknya,” kata Teo.
Teo yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah menyeru kepada pihak-pihak berkuasa agar dapat menjalankan kewajipan mereka dengan profesional malah perlu memberi kerjasama dan membantu demi memastikan demonstrasi berjalan dengan aman dan selamat buat semua.
Teo menambah bahawa inilah bentuk kerjasama yang seharusnya wujud dalam prinsip-prinsip demokrasi yang telah matang serta inilah impian Malaysia kita. -FMT
ULASAN GB
Sperti yang GB pernah katakan sebelum ini, Polis Tak Boleh Sembarangan Larang & Tangkap Peserta Himpunan. Petikan:
Negara kita ada undang-undang. Polis tidak boleh sembarangan melarang dan menangkap peserta perhimpunan kerana semasa perhimpunan BERSIH 2.0 mahkamah pernah memutuskan polis bersalah menahan dan menangkap beberapa aktivis.
Malah kerana tindakan polis menangkap sesuka hati, pihak kerajaan Malaysia telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar gantirugi kepada aktivis berkenaan.
Precedent mahkamah sudah ada. Iaitu jika pihak polis menangkap anda malam ini, pihak polis boleh didakwa di mahkamah dan anda berkemUngkinan memperolehi RM50,000 berdasarkan penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes Salahuddin Ayub & Mahfuz Omar vs PDRM & Kerajaan Malaysia.
Bersih 2.0 - Mahkamah Putuskan Kerajaan Bersalah Tangkap Naib Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral.
Sebelum itu Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa rayuan kerajaan Malaysia terhadap keputusan saman kedua-dua plantif adalah dibenarkan berhubung ganti rugi sahaja.
Kedua-dua plaintif telah berjaya dalam tindakan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diputuskan ganti rugi sebanyak RM70,000 tiap seorang atas tangkapan salah dan tidak sah tersebut.
Kedua-dua plantif diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil Noor, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan Rasul.
Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron.
PENTING
JUHAM menyediakan 3 talian Hotline berikut bagi memudahkan urusan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap sebelum, semasa atau selepas himpunan TURUN pada 31.12.2013.
016 6341133
016 6345544
016 6346633
Untuk panduan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap atau yang mengetahui orang sekeliling yang ditangkap, adalah dinasihatkan supaya menghantar SMS sahaja kepada kami bagi mengelakkan kesesakkan talian telefon dengan menyertakan butiran berikut.
1. Nama penuh
2. Nombor kad pengenalan
3. Nombor telefon
4. Lokasi tangkapan
5. Lokasi di bawa.
Talian Hotline JUHAM akan diaktifkan bermula pada 31.12.2013 jam 12.00 tengahari.
Sekian untuk makluman.
Yang Benar.
Noorazmir Zakaria
Pengarah JUHAM
Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.