Ayer Keroh - Seorang peniaga jubah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan pemerasan dan memiliki gajet mengandungi video lucah.
Tertuduh, Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, membuat pengakuan itu selepas faham empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret, Syajaratudur Abd Rahman.
Irfan didakwa melakukan pemerasan hingga mendorong Lizah Buang, 49, menyerahkan wang tunai RM10,000 di sebuah restoran di Bukit Beruang, Melaka Tengah kira-kira jam 12 tengah hari pada 20 November 2013.
Dia dituduh mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.
Irfan turut berhadapan pertuduhan memiliki komputer riba jenama Dell mengandungi filem lucah yang bertentangan kesopanan awam di sebuah hotel Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana, Melaka Tengah kira-kira jam 7.30 malam pada 30 November 2013.
Dia juga didakwa melakukan dua kesalahan sama dengan memiliki thumbdrive (pemacu jari) dan telefon bimbit jenama Samsung di sebuah stesen minyak di Jalan Panglima Awang, Melaka Tengah kira-kira jam 6.45 petang pada hari sama.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang boleh dihukum denda maksima RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh yang merupakan warga asing.
“Saya membantah jaminan diberikan kepada tertuduh namun jumlah jaminan tinggi perlu diberikan jika mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya,” katanya.
Bagaimanapun, peguam bela, Zulfiqri Zakaria dan Intan Nazifa Ahmad merayu anak guam mereka dijamin dengan kadar rendah dengan alasan menanggung isteri dan dua anak yang kini menetap di Pakistan.
Selepas mendengar rayuan itu, Syajaratudur kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM13,000 dengan dua penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 7 Januari depan. -SH
klik untuk baca
oh! my Islam.. ala Malay!
BalasPadamMat Pakistan ni paling beruntung, yg itu dapat, duit pun dapat.Berjasa meninggalkan isteri dan negara.Yg kena tipu Melayu.
BalasPadamKebanyakan orang Melayu yang malas berfikir sebenar nya telah di tipu sejak UMNO berkuasa 56 tahun yang lampau.Dek kerana sudah lali maka apa yang di perkatakan oleh PATI akan di terima dengan mudah.Maka tak hairan lah seorang guru turut di tipu sehingga tergadai maruah dan wang ringgit.
BalasPadamKalau rajin, pergilah kecerok kampong, pasti akan ketemu. Ada perkhabaaran yang menyatakan bahawa beberapa orang suri rumah setuju melakukan butter-trade dengan si penjual karpet.
"KARPET" sendiri di serah untuk mendapat kan karpet sebagai perhiasan.
Entah kes jenayah yg keberapa melibatkan warga asing di negara 1Malaysia ini. Bukalah pintu masuk seluas2nya utk warga asing kerana kita dapat hasilkan jutawan peniaga manusia. Itu antara matlamatnya kan?
BalasPadamMasalah pendatang dah kritikal. Gomen tak kisah pun.
BalasPadamMelayu tanpa Islam akan hina disisi Allah dan hina juga didunia. Celaka sungguh dahlah berzina lagi dirakam pula, lagi hina lagi binatang.
BalasPadamBawalah masuk bangla lagi ramai........
Dah zaman berzaman perkara ini berlaku bukan saja sekarang ini diceruk kg mau pun dibandar kusah ugutan dengan tawaran awal yg diberi kemudahan samada karpet ataupun barang runcit, sering kita dengar pekedai runcit india yg sanggup menghantar hanya sekati gula(dulu2lah) sekarabg dah kilo dirumah yg ditawarkan olih yg punya badan untk hantar tapi itu hanye trik jika lihat 1 kati berat manalah sangat, jadi mereka ini ambil kesempatandan berlakulah apa yg seharusnya berlaku, begitu juga penjuak karpet memberi hutang, bila hutang x dapat dibayar badan sendiri atau anak gadis dijadikan pebus hutang
BalasPadam