Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri.
Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini.
Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri.
Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini.
Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut.
Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan.
"Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab.
"Bagaimanapun artikel adalah berdasarkan atas hak saya sebagai wartawan dan rakyat yang bebas menyuarakan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan peraturan dalam perlembagaan," katanya.
Beliau juga turut menjelaskan catatannya dalam blog boleh digunakan oleh mana-mana media untuk diubah menjadi berita asalkan pihak tersebut memetik sumber artikel yang diperolehi.
Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara.
Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak).
Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa.
Susulan dari itu Kadir dalam tulisan diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri.
Mengulas kenyataan Najib yang memuji isterinya ketika Perhimpunan Agung Umno itu, Tokoh Wartawan Negara itu berkata, pendedahan perdana menteri menyebabkan kedudukan Menteri Luar dan menteri lain harus dikaji kerana ternyata ia tidak setanding dengan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa. -TMI
ULASAN GB
Selepas tersiarnya tulisan A.Kadir Jasin di balam blognya The Scribe, beberapa portal telah meyiarkan semula tulisan tersebut diantaranya The Malaysian Insider dan astro awani.
Lazimnya artikel The Malaysian Insider akan menjadi perhatian untuk GB ulas semula, namun pada hari berkenaan, tergerak hati GB untuk memilih menyiarkan tulisan di astro awani. Boleh baca di SINI.
Apa sebabnya GB memilih tulisan di astro awani dan bukan The Malaysian Insider mengenai isu ini? Kerana sukar sekali untuk melihat astro awani menyiarkan tulisan yang kritikal berbanding The Malaysian Insider atau malaysiakini atau harakahdaily.
Apabila astro awani berani menyiarkan semula tulisan A.Kadir Jasin tersebut, GB mendapati wujudnya fenomena suara dari silent majority yang mengesahkan rakyat telah meluat dengan sikap Najib yang membela perlakuan melampau isterinya Rosmah Mansor. Jika tidak masakan astro awani sendiri turut sama di dalam penyiaran semula tulisan wartawan terbilang itu.
Kini JPM pula kelam kabut memandai-mandai arahkan astro awani buang artikel berkenaan. Ya, astro awani terpaksa patuh, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak akan dapat ditolak lantarannya. Bahawa sememangnya semakin hari semakin ramai yang menyedari perbuatan melampau Rosmah Mansor. Ingat, yang menulis artikel itu bukan calang orang. A.Kadir Jasin, bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times. Bukan Sakmongkol, MSO, Aspan, Shahbudin atau tukartiub yang sememangnya telah diketahui sentiasa melemparkan pandangan yang kritikal terhadap isu semasa. Yang menyiarkan semula ialah astro awani. Bukan juga oleh KiniTV atau TVPAS!
Apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai JPM yang memaksa astro awani keluarkan tulisan itu tidak akan sekali-kali memadam rasa meluat rakyat terhadap isteri PM tersebut. Dan apa yang GB katakan dulu, Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah semakin hampir menjadi kenyataan.
p/s Sekalipun artikel itu telah dibuang dari portal astoawani ia tetap boleh diakses di google cache. Itu kebebalan pegawai di JPM tentang sistem dan teknologi maklumat.
Sama juga dengan kes dengan Hamidah Osman yang disaman Khalid Samad. Mahkamah Rayuan memutuskan memang sah Hamidah telah memfitnah Khalid. Sekalipun Hamidah telah membuang artikel berkaan ia tetap boleh diakses siap dengan gambar fitnah itu melalui webarchive.
Lepas i komen malaysia bankrap esk hari kalau big mama jadi pm terus shj arah tarik balik artikel? Apa ni beb. Why takutkan sangat dengan artikel mr. A kadir? he just human being yg kemukaan opinion pun lu takutkah UMNO?
BalasPadamBenda lu patut takut lu tak takut tapi benda yg lu tak patut takut lu takut pula. Come onlah, lu kena remember apabila kita dipencen oleh allah s.w.t ke dlm alam kubur, masa itu dah tak ada apa - apa kecuali amalan baik dan amalan buruk kena bawa masuk ke kubur. So u all so sudah prepare utk kena interview di dlm kubur dan jawap soalan killer yg mana lebih killer dari semua soalan SPM, soalan peperiksaan Universiti dan soalan interview kerja beb?
Apabila org beri opinion sebegini, try auditlah diri sendiri bukannya pergi audit benda bukan - bukan beb cakap org syiahlah, sesatlah atau what so ever.
Lu tarik balik artikel we all takkan lupa bahkan kita blh dapat balik punya artikel lu tarik itu.
Biasalah processor (otak) we all lebih canggih dari I5 dan I7 beb. Bukan mcm umat melayu processornya lebih lembab dari I5 dan I7.