2 Dis 2013

[BERGAMBAR] Tiga Beradik Ditemui Mati, Teman Lelaki Mangsa Dicari


Alor Setar: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.

"Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.

Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.

Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi.

"Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya.

Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.



'Hilang semua'

Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian.


Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
-SH


7 ulasan:

  1. Pembunuh ni kalau aku dapat,aku takkan bunuh dia.aku siat kulit dia,bubuh garam,air limau.pastu aku cacatkan kakitangan dia.pastu aku hantor hospital utk rawatan.dah sembuh aku ulang balik sampai dia mati sendiri.mudah mudahan dia ditempatkan bersama Abu lahab,firaun

    BalasPadam
  2. Moga diberi kesabaran & ketabahan kepada kedua ibubapa mereka. Redha dengan dugaan yg berat ini.
    Alfatihah!

    BalasPadam
  3. malaysia dah tak aman,klu dulu dulu kita nak keluAr rumah,kita takut hantu,pontian ak,langsuir dan mcm lagi,tapi kin i kita takut dan berhat2 dgn manusia2 jahat yg tak berhati perut,ini le dia malaysia yg baru

    BalasPadam
  4. Nampaknya kadar jenayah di negara ini tak pernah - pernah turun tapi menteri KDN dengan muka sombongnya mengatakan kadar jenayah turun. Inikah u cakap kadar jenayah turun, ditambahkan polis lambat dalam proses siasatan menyebabkan penjenayah lambat ditangkap. Kalau di USA, ada sahaja kes pembunuhan pihak polis negara diaorang terus buat siasat dan cuba tangkap penjenayah dalam masa 24jam atau lewat pun 48 jam.

    Come on beb takkan polis malaysia tak dapat buat macam polis di negara USA? Takkan hanya kes VIP baru you nak buat tangkapan dalam masa 24 jam dan bersikap bias terhadap rakyat Malaysia?

    Tapi apa boleh buat parti cap dacing senget yang memerintah jadi benda i yakin diaorang tak akan ambil tahu kecuali nak berbusiness dengan rakyat.

    BalasPadam
  5. “Belum pun saya beri kata putus terima atau tolak (Majlis Tertinggi UMNO), saya diserang dengan kata-kata, digelar binatang, munafik. Ada pimpinan Pas kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, agamawan bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam. ( KENA KATA MACAM NI DAH NAK UNDOG, NAMPAK SANGAT ADA KEPENTINGAN PERIBADI )

    “Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan Pas. Serangan terhadap saya bermula pada 2004 sedangkan saya aktivis Pas. Mereka boikot kata saya anjing UMNO, macai UMNO, barua UMNO sedangkan saya tak pernah jadi ahli UMNO.” (BETOI KA MANGKOK NIE, TAK JADI AHLI MACAMNA BOLEH LANTIK, JANGAN LA NAK BODOHKAN MARHAEN... )

    BalasPadam
  6. inilah balanya bila penyokong umno menyokong pemimpin yg zalim. Negara paling aman didunia...............piraaaaah mabuk.

    bala turun = semua terkena

    BalasPadam
  7. Dulu dengan sekarang sama je x amannya... Beza dulu dengan sekarang, sekarang berita smpai cepat.... Dulu kalau kes kes macam ni, orang kat kl mana tau.... N dulu dengan sekarang manusia ni sama je binatangnya....\uc0\u8236 \
    \uc0\u8236 }

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.