Kaherah - Dr. Manshur Abdul Ghafar, seorang pakar undang-undang dari Pusat Pusat pengajian Undang-undang menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin bertambah populer dan kuat akibat dari tekanan yang dialaminya. Hal yang sama telah terjadi dan terbukti sepanjang sejarah jamaah ini.
Menurut Abdul Ghafar, selama 80 tahun Ikhwanul Muslimin juga selalu mendapatkan pukulan hebat yang menyebabkan banyak kalangan mengira sebagai akhir riwayat jamaah ini. Tapi yang terjadi malah sebaliknya, jamaah ini semakin membesar dan meluas.
Dalam wawancara dengan televisi Al-Arabia, Abdul Ghafar menyangkal perkiraan bahwa Ikhwnul Muslimin telah tamat saat ini. Beliau menyatakan bahawa Ikhwan mempunyai dasar sosial yang sangat kuat. Beliau membuktikan bahwa walaupun hampir semua pemimpinnya telah masuk penjara, tapi demonstrasi-demonstrasi menentang kudeta masih saja berlaku setiap hari. Demonstrasi-demonstrasi dilakukan oleh rakyat biasa yang ingin mengungkapkan aspirasinya yang sama dengan Ikhwan.
Menurutnya, jumlah pendukung Ikhwan mungkin saja akan berkurang saat ini. Tapi dapat dipastikan para kader Ikhwan akan tetap memegang sikap dan prinsipnya.
Kerana ideologi tidak mengenal mati. Sejarah membuktikan walaupun pimpinan dan kader pimpinan Ikhwan ditangkap, ditahan, dihukum mati, disita asetnya, dibubarkan dan dilarang organisasinya, tapi mereka tetap bekerja.
ULASAN GB
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Demikianlah sunatullah, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan.
Apabila sesebuah pertubuhan itu ditekan dan dizalimi, ia bukan bertambah lemah tetapi akan menjadi bertambah kukuh dan padu. Bukankah emas dan permata yang ditenyeh dan digilap itu akan lebih bercahaya dan berkilau?
Sumbangan 100 Juta Dolar Kerajaan Saudi Untuk PBB Untuk Memerangi Umat Islam
BalasPadamDalam satu kenyataan akhbar, Raja Saudi telah menyumbang sejumlah 100 juta dolar Amerika kepada PBB di bawah rancangan untuk memerangi keganasan. Ini merupakan salah satu bentuk pengkhianatan terbaru ke atas agama dan umat Islam yang dilakukan oleh kerajaan Saudi. Dana ini bukan sahaja haram untuk disumbangkan kerana ia diberikan kepada sebuah lembaga kuffar yang memperjuangkan ideologi kufur, bahkan dana ini jugalah yang akan digunakan oleh PBB untuk membunuh dan menindas umat Islam dalam senyap. Siapa yang tidak kenal dengan PBB yang hanya pandai bersandiwara dan bermanis mulut? Ia merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang dijadikan sebagai alat untuk menghalalkan segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya ke atas negeri-negeri umat Islam.
Agenda “war on terrorism” yang dilancarkan oleh Amerika selama ini adalah bermaksud “perang terhadap umat Islam”. Itulah definisi sebenar pengganas yang dimaksudkan oleh kaum kafir. Adakah kita telah lupa dengan kata-kata ancaman daripada bekas Presiden Amerika Syarikat, Bush yang menyatakan, “Either you are with us, or you are with the terrorists” (Sama ada kalian bersama kami, atau kalian bersama teroris). Kata-kata ini yang sememangnya memberi petanda yang jelas bahawa sesiapa yang tidak sejajar dengan Amerika, maka mereka itulah yang digelar sebagai pengganas. Sehingga kini, Kerajaan Saudi masih terus memberikan taat dan setianya kepada musuh Allah dan RasulNya untuk memerangi umat Islam. Padahal, seluruh tanah Arab termasuklah Arab Saudi adalah sebahagian daripada negeri umat Islam yang seharusnya memihak kepada Islam dan bukan kepada kaum kuffar.
Ya Allah, bantulah umat Islam dan bebaskanlah negeri-negeri umat Islam ini dengan bantuan para Ahlun Nusrah yang ikhlas yang semata-mata mengharapkan keredhaanMu untuk menegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah yang berdiri di atas jalan kenabian seperti yang dijanjikan.”
Sumber: islamtoday.net
Mimpi ngeri para munafik, yahudi dan usa semakin menjadi kenyataan.
BalasPadam