25 Nov 2013

[VIDEO MELETUP] Mat Sabu Bercakap Dalam Bahasa Inggeris


Video di bawah ini telah disiarkan di dalam facebook Mat Sabu 4TP sebelum pemilihan dalam Muktamar ke-59. Ia telah masuk Youtube. GB petik dari blog Yong Suka Kuning.

Video terbahagi kepada 3 bahagian, satu wawancara oleh Zakiah Koya dari fz.com bersama Mohd Sabu di dalam rancangan face to face.

Mohd Sabu mengisahkan detik-detik beliau menyertai PAS, penjelasan bahawa beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini. Malah beliau menjelaskan konsep "kepimpinan ulamak" yang dilaksanakan PAS kini adalah usul yang beliau bawa bersama-sama dengan tokoh-tokoh PAS sezamannya sperti Datuk Mustafa Ali, Subky Latif dan Abu Bakar Chik. Dan pelbagai isu lain.

Apa yang menarik, meminjam kata-kata Yong, "Mat Sabu boleh speaking. Mungkin lebih baik dari ramai pemimpin UMNO". GB tambah, jauh lebih baik dari macai UMNO yang sentiasa mengutuk Mat Sabu...

Tontonan terbaik untuk malam ini...






7 ulasan:

  1. wow! this is versatile. congrats abg mat!

    BalasPadam
  2. jangan sangka bang mat lekeh...dia tak tunjuk saja dan dia bukan jenis yang suka menunjuk2....Saya yakin bang mat akan dapat memacu perjuangan parti pas ke peringkat yang lebih tinggi lagi Insyaallah

    BalasPadam
  3. wahh!! hebat Abg Hj Mad.Bila ceramah kita pakat abng hensom ni buat dalam bahasa orang puteh pulak.haha.. tabik spring utk TPPas.

    BalasPadam
  4. Abang Mat Sabu bukan jenis hipokrit. Bukan mcm sesetengah pemimpin negara sekarang. Depan audient yg terdiri hampir keseluruhan rakyat Malaysia pun, tapi berucap dlm bahasa inggeris. Kalau berucap dlm bahasa Melayu pulak nak selit jugak perkataan Inggeris. Konon2 tak jumpa perkataan Melayu yg tepat. Dalam agenda lain, berdegar2 cakap nak memertabatkan bahasa Melayu. ble

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah Abg.Mat telah berjaya menamatkan idaman team UG.sorry to nasa and hasan akidah,yur time already pass.hope Allah bless YB Abg.Mat.TAKBIR...

    BalasPadam
  6. Penerangannya cukup jelas untuk yg memahami BI. Cadang supaya terbitkan artikel temubual dlm BM supaya sebhg ahli dan bukan ahli yg keliru dgn isu shiah serta isu ulama vs profesional dapat lebih kefahaman. Dgn itu mudah untuk menangkis serangan dan tohmahan parti syaitan dikenali.

    BalasPadam
  7. tahniah abg mat..teruskan perjuangan membela mustadaffin dan menentang mustakbirin

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.