10 Nov 2013

TV Mesir Laporkan Al-Sisi Kini Terlantar Di Hospital

Stesyen television AlFarain yang mendukung kerajaan kudeta mengumumkan Jumaat (8/11/2013) kelmarin, bahawa As-Sisi kini terlantar di hospital.

Dalam akaun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, “Akhirnya mereka akui, As-Sisi di hospital.”

Namun, Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan television tersebut:

Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi berita tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih populariti.

Kemungkinan kedua, seperti yang disampaikan Amru Farrag, pengarah pejabat berita Rassd, bahwa As-Sisi menghilang kerana nasihat dari badan perhubungan awam Amerika yang dikontrak Mesir untuk mengangkat imejnya. As-Sisi setelah ini akan kembali muncul dengan performa dan pengaruh yang baru.

Kemungkinan ketiga, As-Sisi menghilang dengan tujuan atas perintah Amerika agar Adli Mansur dan Bablawi (presiden dan perdana menteri kudeta) muncul ke ruang awam dan seakan mempunyai peranan memerintah, bukan sekadar boneka yang dipertontonkan.

Kemungkinan keempat, menurut Syafiq, pengumuman sakitnya ini adalah untuk menjadi mukaddimah pengumuman berikutnya tentang dirinya telah meninggal. Ini membenarkan dugaan yang sering muncul beberapa hari ini bahawa As-Sisi terkena tembakan di pangkalan laut di Iskandariah, dua minggu yang lalu. Atau kerana keracunan makanan dan ubat-ubatan seperti yang dikatakan sumber Aljazeera, sejarawan Muhammad Jawadi.

Saat ini, kemungkinan As-Sisi dalam keadaan kritikal kerana television Al-Farain sampai meminta rakyat Mesir mendoakan untuk kesembuhannya.

ULASAN GB

Samada Al-Sisi benar-benar sakit atau buat-buat sakit dengan alasan-alasan di atas, apa yang nyata, kehidupan Al-Sisi sekarang sudah tidak tenteram dan tidak aman.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Yang zalim dan kejam lambat-laun akan tetap terima balasannya. Apatah lagi dengan doa keluarga golongan mukmin yang menjadi mangsa pembantaiannya termasuk juga doa Dr.Mursi yang telah dikhianati dan digulingkan dari kerusi Presidennya. Tiada hijab doa orang dizalimi dengan Allah... mafhum hadith.

3 ulasan:

  1. ketika sihat kejam, anggap diri besar, kejar dunia. bila ditarik balik nikmat kesihatan br sedar diri ini kecil di hadapan Allah.

    BalasPadam
  2. Samada dia betul2 sakit atau pura2, selagi tak patuh pada Allah apalagi banyak kezaliman telah dilakukan, memang jiwanya takkan tenteram.

    Sebaliknya yg yakin & patuh pada Allah & Rasul diberi rasa ketenangan & tenteram walau sakit & dizalimi. Tapi org2 kafir, yg inkar & munafik takkan faham.

    BalasPadam
  3. Kita mesti teruskan berdoa supaya munafikun-munafikun diMesir di hancur leburkan. diporak perandakan.

    Tidak ada sejarah dalam dunia ini apabila tentera sebagai pemerintah negara itu semakin maju atau makmor. Melainkan mereka mengkaya diri sendiri.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.