Siapa yang raih lebih untung daripada PTPTN?
PETALING JAYA: Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) menempelak kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap yang disifatkan mereka sebagai naif, berkepentingan sendiri serta tidak peka terhadap hak pendidikan untuk semua.
Sebelum ini, Mary berkata golongan yang membayar untuk pendidikan akan lebih menghargainya daripada mereka yang menerima secara percuma.
Sambil menegaskan pendidikan percuma adalah hak rakyat dan bukannya perniagaan, GMPP juga mempersoalkan golongan mana yang mendapat keuntungan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anak muda atau pihak korporat.
“Kenyataan beliau yang menyatakan pendidikan harus dibayar untuk dihargai oleh penuntut adalah satu fakta songsang kerana ia tidak menyatakan maksud yang sebenar.
“Statistik menunjukkan lebih banyak wang PTPTN disalurkan kepada pihak swasta selepas tahun 2007. Contohnya, kolej-kolej yang menawarkan kursus kejururawatan menikmati keuntungan jutaan ringgit daripada wang PTPTN manakala ribuan graduan kejururawatan swasta tidak mendapat kerja kerana kelambakan dalam pasaran. Kini, lebih banyak kolej swasta diberi lesen untuk dibuka,” menurut satu siaran media GMPP yang diedarkan semalam.
GMPP mendakwa kegagalan kerajaan mengawal pertumbuhan kolej swasta serta penyertaan VIP dalam perniagaan ini menyebabkan pengaliran wang PTPTPN yang tinggi kepada kolej-kolej swasta.
“Perlantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah sebagai canselor Universiti Terbuka Wawasan adalah contoh terbaru bagaimana golongan penting dalam sistem kerajaan dipergunakan oleh sektor swasta demi kepentingan mereka,”
Jelas GMPP lagi, skim pendidikan percuma akan melahirkan sikap penghargaan yang lebih daripada penuntut kita kerana pendidikan mereka dibiayai oleh kerajaan melalui wang rakyat. Maka, kerajaan mempunyai hak tersendiri untuk menyuruh anak muda kita menyumbang balik penghargaan mereka kepada rakyat kita.
GMPP turut mempersoalkan nasib graduan yang, menurut mereka, majoritinya mendapat kerja yang bergaji kurang dari RM2,500 sebulan untuk melangsungkan kehidupan mereka dalam suasana ekonomi yang mencabar.
“Bayangkan, dengan kenaikan harga barangan keperluan dan spekulasi harga rumah masa kini, adakah gaji mereka mencukupi untuk berumahtangga atau sekurang-kurangnya membeli sebuah rumah? Inikan pula dengan kenaikan harga rumah di lembah Klang dan Penang, perlaksanaan cukai GST, kenaikan cukai taksiran di Kuala Lumpur, kenaikan harga petrol dan sebagainya,”
Tegas mereka, Malaysia hanya memerlukan RM6 bilion setahun untuk menampung sistem pendidikan percuma dari tadika hingga ke universiti dan bukannya sehingga RM45 billion sepertimana yang dinyatakan oleh Mary.
“Jka Mary berhujah bahawa 10 universiti terbaik dunia mengenakan bayaran kepada penuntutnya, adakah beliau sedar negara yang menjuarai sistem pendidikan dunia iaitu Finland memberikan pendidikan percuma untuk rakyatnya dan sudah menutup semua sekolah swasta mereka. Tiada universiti swasta di situ dan malah, sekolah ‘independent’ mereka juga ditanggung oleh kerajaan,”
GMPP turut mendakwa bahawa kedudukan Mary sebagai Lembaga Pemegang Amanah untuk Yayasan Pintar juga memberi refleksi kepada kenyataannya itu yang disifatkan mereka sebagai pro-korporat daripada kepentingan rakyat. -FMT

Yap: Free education will create generation dependent on subsidies
While free education is being globally advocated as a basic necessity, Deputy Education Minister Datuk Mary Yap said it will lead to a generation that is "unappreciative" of the value of education.
It will also create a future generation that is dependent on subsidies, and hence impact the good standards the government hopes to achieve in the education system, said Yap.
She was responding to a question by Thomas Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) in the Dewan Rakyat today on the how the government plans to tackle the hefty amounts of National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) outstanding loans.
Su also asked if the government intends to proceed with the suggestion to enlist blacklisted borrowers under CCRIS, or Central Credit Reference Information System.
"Students who pay for part or all of their tuition tend to appreciate their education compared to those who obtain it for free," said Yap.
Yap's assertion, however, did not go down well with opposition MPs.
Irked by her answer, Su said: "Students will appreciate education if given the chance, not when they have to pay."
In response, Yap curtly told Su: "You are entitled to your own opinion."
While the cost of primary and secondary school eduction in the country is mostly borne by the government, financing tertiary education, which is the bone of contention, is a problem faced by a majority of middle-class families.
According to Yap, there are currently 1,345,894 PTPTN borrowers, will total loans of RM9.7 billion.
"Some 910,746 or 68% of the borrowers have paid debts totalling RM4.87 billion, which represents 50.4% of the overall debt," she said.
The deputy minister explained that the ministry is contemplating on a better income recovery model to improve the loan repayment.
Abolition of the PTPTN scheme, Yap said, would result in lesser funds for other sectors such as development and agriculture.
"In the event the government implements free tertiary education, it would have to spend billions for education.
Therefore, funding for other sectors such as development, construction, and services, will be cut," she explained.
"Furthermore, if the government funds tertiary education, it will limit academic freedom and restrict the students from learning to their full potential.
"Enforcement efforts such as issuing summons is the ministry's last resort to remind students to repay their loans," she added. -theedge
Apalah punya bengang matematik timbalan menteri pendidikan ni. Apabila guna lutut utk berfikir nilah resultnya. 6 billion dijadikan 45 billion ketara sangat lu nak pau duit rakyat.
BalasPadamNegara lain, tak payah kita ambil jauh kita ambil contoh jepun shj diaorg mengetatkan kemasukan ke u dan mengehadkan jumlah pengambilan pelajar sekadar cukup memenuhi kadar keperluan pasaran pekerjaan semasa.
Commonlah. Mana janji lu nak kurangkan kadar penganguran takkan step ini u tak boleh buat. If u tak kasih pendidikan percuma pun (sebaik kasih percuma shj) please perketatkan lagi pengambilan student ke u dan perbanyakkan kursus kemahiran seperti salon, mekaniksl dll kpd rakyat (kemahiran ini blh diaorg gunakan utk buka business sendiri).
Tapi apa blh buat puak UMNO ini lebih suka berbusiness dgn rakyat daripada buat kebajikan dan itu sebabnya kenapa 6 billion blh berubah jadi 45 billion.
Kerajaan umno haramjadah ini boleh apa saja yg mereka suka...naik harga...rasuah..menyeleweng...boros...apa saja...orang melayu macai akan tetap sokong dan pangkah puak haramjadah ni comes PRU 14!!! Aduhai bangsaku...bilakah pemikiran kita nak berubah...!!,
BalasPadamMP Saba ni 'ndak abis-abis bikin malu urang Saba, buduhnya ternyata sangat cakap ikut utak penu giuk.
BalasPadamDari kinababatang, kuta belud, tawau dan sandakan buduh semuanya......
Urang Saba 'ndak kaya ba, kami perlu sekul percuma. Kamu buli cakap sabab kamu ada duit.
Kami urang kampung makan belum tantu......