Simptom “perasan kuat” faktor Pemuda PAS tidak lihat realiti sebenar, kata pemerhati
Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.
Pemerhati melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR lain.
"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.
"Mereka tidak lagi melihat kepada realiti, realiti politik. Adakah mereka berkeyakinan untuk menjadi parti tunggal tanpa bekerjasama dengan PR?" soal pemerhati daripada Universiti Malaya (UM) yang enggan namanya didedahkan apabila diminta mengulas tentang beberapa kenyataan kontroversi semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.
Usul semalam yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS untuk mengkaji kerjasama dalam PR menurut pemerhati tersebut adalah suatu yang tidak masuk akal dan tidak bijak, ketika prestasi dan kredibiliti sayap generasi Y dalam parti Islam tersebut masih lagi jauh belakang berbanding PKR dan DAP.
"Adakah mereka berbangga dengan hasil pemimpin muda daripada Pemuda PAS yang dilahirkan?
"Adakah dua pemimpin daripada Pemuda PAS tersebut mempunyai nilai tambah kepada Pakatan Rakyat di Parlimen?" soal pemerhati tersebut yang merujuk kepada bekas ketua dan timbalan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Prestasi calon pemuda PAS semasa pilihan raya umum ke-13 menjadi ukuran, apabila sekadar menang lima kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada sejumlah 19 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN yang ditandingi.
Pemuda PAS juga digesa supaya melihat realiti sebenar dan memahami politik negara, bukan semata-mata bergantung kepada tarbiah ataupun ideologi parti mereka kerana ia tidak akan membawa mereka sampai ke peringkat tertinggi.
Ditengah kekalutan dan cakap berdegar-degar kritikan terhadap rakan mereka dalam PR, mujurlah perwakilan daripada Johor semalam menggesa supaya pemimpin pemuda berfikir sebagai seorang anak muda untuk menjadi "cool".
"Pemuda PAS perlukan keseimbangan, antara tarbiah dan realiti politik semasa," kata pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang hadir sebagai pemerhati pada muktamar kali ini.
Pemimpin AMK yang turut tidak mahu namanya dikenali berkata, Pemuda PAS sewajarnya menerokai pembaharuan Islam baru serta mempelopori idea-idea baru, bukan sekadar masih lagi dengan dogmatik lama.
"Politik berubah-ubah, idea-idea baru politik Islam juga banyak.
"Perubahan dan pembaharuan juga diperlukan seiring dengan rentak semasa, ini yang Pemuda PAS sepatutnya terokai. Bukan lagi sekadar masih bergantung kepada idea-idea lama," katanya lagi.
Sememangnya pemerhati menanti usul berbentuk transformasi untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat yang bermula hari ini, bagaimanapun harapan tersebut tinggal harapan apabila usul kitar semula sama seperti dikemukakan oleh Dewan Ulama yang diluluskan.
Pemerhati tidak melihat wujudnya sebarang idea ataupun strategi mapan yang dibawa oleh Pemuda PAS semalam.
"Adakah dengan usul tersebut mereka rasakan selepas ini Pemuda PAS akan mampu berdiri setinggi dengan pemimpin muda PKR ataupun DAP?
"Adakah Pemuda PAS mampu mengeluarkan sebuah polisi dan dasar negara dalam kerangka masyarakat majmuk negara?" soal pemerhati daripada UM lagi.
Bekas Ketua Pemuda PAS Nasrudin sendiri mengakui PAS perlu mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang semasa ucapan pembukaan.
Keputusan pemilihan semalam menyaksikan kumpulan anak muda pro-ulama memenangi hampir keseluruhan jawatan yang disandang, kecuali bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dari golongan professional yang dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS manakala anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi dipilih sebagai timbalan.
Dalam pada itu, pemimpin muda DAP Zairil Khir Johari mengambil pendirian menggesa supaya semua parti dalam PR mengenepikan ideologi dan fahaman demi memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia.
"PR adalah gabungan politik yang memberi harapan baru kepada rakyat, sebelum PR dibentuk pada tahun 2008, tiada siapa yang dapat bayangkan pemerintahan bermaharajalela BN (Barisan Nasional) boleh dibendung.
"Walaupun ideologi ketiga-tiga parti memberi persepsi tidak bersehaluan, hakikatnya kerjasama antara tiga parti sejak 2008 membuktikan keutuhan politik ini kerana kami semua bersehaluan dalam hal pendemokrasian, kebajikan dan ekonomi yang manfaatkan rakyat," kata beliau.
Zairil mengingatkan semua pihak dalam PR agar mengelak daripada permainan jahat BN dan menjauhi isu perkauman.
"Yang penting, kita harus elak daripada permainan jahat BN yang akan sentiasa mengipas sentimen perkauan dan agama untuk memecah-belahkan PR," tegasnya lagi.
Muktamar ke-59 bermula secara rasminya hari ini menjadi medan kepada PAS untuk memikirkan masa depan mereka.
Pilihan Raya 2013 pula menyaksikan PR menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat apabila mendapat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30, PAS 21).
PAS hilang tiga kerusi Parlimen ekoran kekalahan di Kedah yang mereka kuasai akibat daripada perpecahan dalaman parti Islam itu. -TMI
ULASAN GB
Benar atau tidak tanggapan berkenaan adalah sesuatu yang tidak penting. Yang terlebih utama ialah Pemuda PAS perlu bermuhasabah. Menerima kritikan dengan dada terbuka kemudian memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.
Jangan mudah melenting apabila dikritik.
Sentiasa pandang dari sudut yang positif terhadap kritikan yang diterima.
Tak perlu mendabik dada Kita Berkata Bahawa Kita Telah Kuat.Biar org lain Berkata Demikian asalkan bkn kita.Perasaan Sombong,Riak,Takabur akan menterjemahkan kpd penyakit hati dan menguasai diri yg akan membawa kpd Lupa Diri.Islam akan dijauhkan oleh Bkn Penganutnya jika Perasaan Demikian diamalkan dan disuburkan.
BalasPadamdulu masa mula jinak2 dgn pas tak ada pulak timbul soal ulamak dan bukan ulamak ni. tapi sejak pr menguasai byk kerusi pru, tak semena2 timbul pulak puak2 dlm pas terutama sejak ustaz nasarudin kalah dlm pertandingan. malah sejak ustaz nasa lompat parti, sikap puak2 ni jadi macam lebih teruk pulak. situasi ni menjadikan ahli bawahan haru biru...... mungkin dah tiba masanya jangka hayat pas berakhir kot.... nabi dah kata dah, kalau pemimpin tak percaya rakyat (ahli) dan kalau rakyat (ahli) tak percaya pemimpin (ulamak atau profesional) maka tunggulah saat kejatuhannya.
BalasPadamTapi iya lah, pemimpin walaupun ulamak setebal manapun jubah dan janggut, bukan nak fikir rakyat (ahli)kalau dah terpengaruh dengan jawatan dan pangkat akibat mengikut nafsu, mulut dan perut.. Mungkin Pas bukan parti yang sesuai untuk golongan Gen Y yang terdedah pada pemikiran kritis dan analitik.... Ada banyak lagi pilihan parti bagi golongan Gen Y yang mampu memberi nilai tambah terbaik dalam pelbagai bidang kehidupan dan tidak terhad kepada agama semata-mata walaupun tidak dinafikan bahawa agama menjadi teras kehidupan di dunia dan akhirat.....
Apa nak jadi dengan orang muda dalam PAS ni? Adakah ini sifat Mat Jenin kot?
BalasPadamApa itu ulamak? Bukankah Ulamak seharusnya seorang manusia yang berilmu pengetahuan dalam selok belok, berhemah tinggi, berbudi pekerti yang baik, bersahaja dan tidak sombong, berhemah dalam perebutan kuasa, tidak mungkir janji dan bersekongkol dengan manusia yang penuh dengan maksiat, .... janji yang baik-baik le.
Ini tidak, ulamak PAS sudah mula berebut kuasa dalam PAS. Awat hangpa ingat Nasruddin, Nik Abduh (Anak TGNA), ... hebatkah?
Kalau setakat pakai ketayap atas kepala, belum tentu ianya menunjukkan orang itu alim sehingga menjadi taraf ulamak. Kalau nak sebut ketayap, puak yahudi pun berketayap juga.
Muhasabah diri bila berlaku suatu muhsibah dan jangan menyalahkan orang lain di atas kegagalan kita sebab kekadang kekalahan kita juga datang dari diri kita sendiri. Biar apa pun Karpal atau sesiapa saja berkata, kita tetap utuh dan sentiasa bertindak di atas landasan Islam semata-mata walaupun perit untuk ditelan.
Aku berharap kalaulah PAS dah berasa kuat, bolehlah depa keluar dari PR. Tak ada siapa yang akan menahan. Cuba tanya ayahanda Nik Abduh iaitu TG Nik Aziz.
Ikhlas sy nyatakan disini peranan pemuda Pas adalah yg plg terkebelakang di antara parti2 lain. Tiada idea untuk mendekati pemuda hanya sibuk dekati pemimpin atas
BalasPadammacam nilai tambah T & G daa ! ABU !
BalasPadamSetuju dengan komen Dr Mazlee. Ulamak PAS perlu lebih mendalami cabang ilmu2 lain. Kalau tidak nampak macam terkepong dalam dunia tersendiri. Akhirnya ahli pun jadi bengong melihat tingkah laku mereka.
BalasPadamKlau pmuda Pas msh mncari klemahan rkannya dlm PR untuk d jadikn alasan kemorosatan sokong rkyt kpd Pas dan alasan untuk kluar dr PR itu sesuatu yg amat mngecewakan.
BalasPadamTak kira kita dr Dap Pkr atau Pas yg utama kita mahu mlihat PR adalah alternatif kpd rkyt setelah prjuangan BN lebih kpd perjuangan pribadi.
Kita mahu mlihat PR dpt mnterjemah dgn iklas dan penuh realiti apa yg termaktub dlm manifestonya.
Kita mahu mlihat dlm PR memiliki hubungan intim yg mlangkau plbgai agama dan bngsa tapi dlm satu suara perjuangan iaitu negara malaysia.
Klau pun ada propaganda Pas hnya tunggangan itu hnya permainan politik BN untuk mlihat PR untuk porakperanda kerana BN tau PR semakin kuat dan d minat rkyt..
Assalamualaikum.... Terus terang saya dapat rasakan syaitan sedang menghasut golonggan muda dalam pas.... Gila kuasa dan suka dunia.... Bekas ahli pas tiap2 hari masuk tv3 hafiz nordin dgn title aktivis pas sebenarnya adalah ahli parti syaitan yg dikenali.... Ilmu agama pob buat main semuga Allag nelaknat beliau sebab terlibat dalam wancana memecahbelah parti islam....Ustaz saleh man memang seorang pemimpin yg menghormati pakatan rakyat....
BalasPadamUsul supaya kumpulan ulama' menggantikan kumpulan erdogan d level pemimpin atasan,adalah cadangan yg.silap yg.merebahkan pas dlm.PR.
BalasPadamKalau perasan setakat menang satu penggal di terengganu dan kedah, jangan angan-angan nak perintah malaysia... masih belum boleh jadi pemimpin macam TGNA
BalasPadamtempat saya parlimen PKR menang, DUN PAS kalah. Satu sebab yg saya nampak ialah pemuda PAS lebih minat pasang bendera dari pergi solat fardu di masjid dan surau.
BalasPadamPEMUDA PAS ADALAH PEMUDA ISLAM. PEMUDA ISLAM HENDAKLAH MENJADI CERMIN KEPADA ORANG LAIN. KATA-KATA MESTILAH DIJAGA SUPAYA RAKAN-RAKAN LAIN TIDAK BERKECIL HATI. WUJUDKANLAH SIFAT PENDAKWAH BUKAN SIFAT PENGECAM. SESUNGGUHNYA KITA TIDAK BOLEH HIDUP BERSENDIRI.INGATLAH KITA BAKAL MEMIMPIN NEGARA, NEGARA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI KATEGORI MASYARAKAT. BAGAIMANA KITA NAK JADI PEMERINTAH KALAU SIFAT MAZMUMAH BERKARAT DALAM HATI. FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI ANAK-ANAK.
BalasPadamKesian tgk puak2 yg dok gila meroyan merasakan diri mereka lebih hebat dan lebih mulia dari org lain.barangkali ada yg terlupa setiap perjuangan di dunia adalah sbg sandaran utk di akhirat sehinggakan menggilakan jawatan dunia lebih dari akhirat.walau sebesar mana pun jawatan politik jika hanya bertindak pkai kepala sendiri tanpa mengambil kira pandangan org lain apa guna.kalo setakat nk menjadi Umno kedua baik xpayah pkai nama islam.buruk sangka org kpd islam.kalo rse diri anda je yg betul baik xyah ada ahli.cukup setakat hangpa2 yg konon ulamak sahaja sudahla.
BalasPadamimej PAS ni dari dulu ialah lelakinya solat jamaah di rumah2 Allah, (tak bermewah2 sangat samade kereka, rumah, aksesori), yg perempuannya menutup aurat sempurna, tak bersolek lebih2an (kalau pakai seluar longgar & blaus bawah lutut), tak terlibat dgn konsert melampau dgn rambut panjang rok mengerebang & hinggar bingar.
BalasPadamJadi kalau dah melampaui batas hok di atas, merokok pula di depan publik, maka fitnah timbullah.
Kena ikut peredaran zaman utk berdakwah? Tak perlu, biar yg leka & faham tu sedar melalui cara yang sederhana, bukan extreme jumud & bukan extreme melampau over.
Pemuda PAS kena lebih bergaul dgn org2 yg diluar PAS. Asyik dikelilingi ahli2 PAS sj mana nak berkembang pengaruh PAS.
BalasPadamContoh dah ada depan mata...Trengganu & Kedah...menang sorak kpg tergadai.
Ambil la ikhtibar. Jgn keras kepala & buta hati.
Salam
Farid