Seorang ahli PAS, Ismail Said mendedahkan bahawa beliau telah ditipu kononnya telah menyertai UMNO dengan "penyerahan borang" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sedangkan sebenarnya beliau ke majlis itu kerana telah dijemput untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.
Hari ini Bernama melaporkan kononnya terdapat 351 orang termasuk anggota dan penyokong PAS di Sungai Limau menyertai UMNO (rujuk berita di bawah).
Rupa-rupanya, Jamil Khir yang dijulang UMNO sebagai ulamak ternyata seorang penipu. Malah beliau telah memuatnaik gambar-gambar penyerahan borang di majlis itu di dalam facebooknya di album Majlis Berani Hijrah. Cukup menjijik dan memalukan.
Mujur bapanya yang merupakan ahli PAS yang komited itu tidak ditipunya untuk menyerahkan borang menyertai UMNO.
351 penduduk Sungai Limau sertai Umno
YAN - Sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai Umno kerana percaya parti itu mampu membawa perubahan kepada penduduk di kawasan Dun Sungai Limau.
Borang keanggotaan mereka diserahkan wakil setiap cawangan dari Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Kampung Kabu 10, dekat sini, semalam.
Wakil Kampung Tok Rama, Siti Aishah Ismail, 31, berkata mereka membuat keputusan menyertai Umno kerana mahukan pembangunan dan perubahan selepas berada di bawah kepimpinan Pas sejak pilihan raya umum 1995.
Mohd Shabri Abdul Wahab, 50, pula berkata Umno merupakan parti yang banyak memberi bantuan dan sering mendengar masalah rakyat.
Beliau yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas berkata masalah mereka tidak pernah diambil peduli oleh Pas sehinggalah Jamil Khir turun bertemu serta menanyakan masalah yang mereka hadapi.
"Lima tahun yang lepas saya cuba membawa perkara ini kepada Pas tetapi gagal. Saya terus cari tempat saya boleh mengadu," kata Mohd Shabri dalam nada sebak.
Sementara itu, Jamil Khir berkata penyertaan mereka ke dalam Umno itu merupakan momentum baharu dan petanda baik kepada BN dalam PRK Dun Sungai Limau Isnin ini.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan penubuhan lima cawangan Umno baharu iaitu di Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama.
Sementara itu di Rumah Kelantan, Batu 16, Padang Lumat dekat sini, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menerima borang keanggotaan daripada 20 anggota Pas yang ingin menyertai Umno.
Jurucakap mereka, Azizan Omar, 36, berkata mereka menganggotai Pas lebih 10 tahun dan kini merasakan Umno dapat membantu mempertingkatkan taraf hidup mereka.
Azizan dan tujuh anggota keluarga, termasuk ibunya, Maimunah Main, 60, adalah anggota Pas bahagian Batu 16 Padang Lumat dan mendakwa bersaudara dengan bekas Adun Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Sementara itu Ahmad berkata penyertaan 20 anggota Pas ke dalam Umno merupakan petanda baik kepada Umno pada saat-saat terakhir menjelang pilihan raya kecil Isnin ini.
"Saya merasakan akan lebih ramai ahli Pas sertai kami kerana satu perubahan yang besar berlaku di Kedah dengan Menteri Besar sekarang Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir," katanya kepada pemberita pada majlis itu.
Ahmad berkata Jamil Khir juga menarik perhatian anggota Pas untuk menyertai Umno kerana beliau juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam. - Bernama
Menipu. merasuah oleh menteri jaga agama????
BalasPadamjamil khir tu ulamak ke??????? setahu aku dia tu hanya ular dalam semak @ ularmak....
BalasPadamSia2 Jamil baca khutbah di Arafah hari wikuf baru ni...kalau masih sanggup buat kerja mungkaron..
BalasPadamPara pengundi Sg.Limau pastikan undi anda memihak kepada PAS walaupun telah bersumpah depan UMNO dan dapat duit Rm200 sebab sumpah tu kira sumpah buat kerja batil.
Mr. Jamil maruah umat islam tiada nilainya. Kalau kau rasuah pun dengan semua emas di dunia untuk dapat mentadbir malaysia, umat islam tak akn terima biarpun kau nak beri berbilion - billion tan emas, itupun kalau kau nak berikan.
BalasPadamKalau umat melayu kau beri diaorang 0.0000000001 kg emas pun diaorang sanggup terima sebab maruah tiada apa -apa, money is everthing.
Sape kata jamil khir baca khutbah semasa wukuf di Arafah. Setahu saya dia hanya datang buat lawatan sahaja. Tanyalah jemaah haji Malaysia yang ada di sana.
BalasPadamSaya kata. Saya tengok siaran langsung dan buat rakaman kutbahnya.
PadamTanya jemaah haji mmg tak lah.. sbb khutbah kat sana bukan khutbah untuk jemaah haji 1 malaysia. Khutbah arafah ikut maktab.
Sahih anon belum buat haji lagi.
kalu masuk Bekas Najis(BN).....kalau tak terpalit...bau najis tu tetap ader juga melekat dibadan.......
BalasPadam