12 Nov 2013

Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli Diedar


Kuantan: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Mohd Raffli.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media tadi.

Beliau berkata, lakaran itu 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

"Suspek bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban.

"Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau bilik gerakan IPD Kuantan di 095142999," katanya. -hm


2 ulasan:

  1. minta pdrm siasat & tangkap pembunuh
    ketua penolong pengarah penguat kuasa (JAIP) juga pembunuh pegawai kastam dulu ! ABU !

    BalasPadam
  2. Ini 2 kali ganda lagi teruk dari pembunuh ambank sebab bukan shj dia pembunuh, dia juga menyebar agama sesat kpd rakyat malaysia.

    Tolong pdrm cari dia sampai dpt sekalipun dia sembunyi di lubang cacing atau lari ke luar negara.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.