Shah Alam: Berita baik buat golongan lelaki di Selangor apabila kerajaan negeri akan mula memberikan bantuan kesihatan pemeriksaan kanser prostat mulai tahun depan.
Bagi yang mementingkan kesihatan, mereka kini tidak lagi perlu gusar dan boleh mendapatkan pemeriksaan secara percuma di hospital dan klinik panel yang dilantik.
“Selama ini bantuan banyak tertumpu pada wanita (pemeriksaan mammogram dan pap smear) sampai lelaki di Selangor pun mula bertanya; asyik wanita saja mana lelakinya,” kata Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Dr Daroyah Alwi ketika ditemui FMT.
Penjagaan kesihatan dan kebajikan kaum lelaki menjadi tumpuan utama seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.
Hampir 90% lelaki berusia 50 tahun keatas berisiko menghidap penyakit ini dan 550,000 kes dikesan secara global, 13% daripadanya lelaki Asia.
Rawatan saringan ini terbuka secara percuma tanpa mengira usia, berbeza dengan perkhidmatan yang disediakan hospital kerajaan hanya terhad kepada lelaki berumur 50 tahun keatas sahaja termasuk golongan pencen.
Melalui kaedah rawatan pemeriksaan rektum digital (DRE) dan ujian darah antigen prostat khas (PSA), lelaki berumur 50 tahun keatas terutamanya digalakkan menjalani pemeriksaan saringan setahun sekali.
Selain itu, menurut Daroyah bantuan pusat dialisis akan diteruskan, dan masih merangka perancangan bangunan dan subsidi rawatan melalui Tabung Dialisis Rakyat dengan peruntukan RM10 juta seperti yang dibentangkan dalam manifesto.
Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa itu juga mempunyai misi untuk menjadikan Selangor sebagai hab kesihatan utama negara.
Beliau menyatakan keyakinan kerana Selangor mempunyai kelebihan infrastruktur serta berpotensi menjadi pesaing dengan hab kesihatan lain di Pulau Pinang dan Melaka.
Selangor ada kepakaran
“Mengapa tidak, sedangkan negeri Selangor mempunyai kepakaran, doktor-doktor hebat yang bertauliah, hospital dan prasarana perubatan yang jauh lebih canggih berbanding dua negeri tersebut.
“Jika perkara ini berjaya direalisasikan kelak, Selangor akan menjadi hab kesihatan utama bukan hanya kepada penduduk negeri, malah Malaysia juga Asia Tenggara,” katanya.
Industri perkhidmatan kesihatan di Selangor menyumbang sebanyak lapan peratus kepada pendapatan ekonomi negeri.
Sementara itu, ditanya projek perintis mengawal menangani wabak demam denggi menggunakan nyamuk gajah atau Toxorhynchites (Toxo), beliau berkata kajian awal menunjukkan menunjukkan penurunan kes.
Namun, belum ada keputusan yang komprehensif dan masih menimbang sama ada kaedah tersebut mampu mengawal pembiakan nyamuk aedes secara praktikal.
“Kita bimbang jika ada kesan sampingan kalau (nyamuk toxo) populasinya bertambah dan mengakibatkan ekosistem tidak seimbang, Jadi kita perlu kaji lagi,” katanya.
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui Program Kawalan Pembiakan Aedes dan Pencegahan Demam Denggi telah pun memulakan langkah awal bulan lalu dengan peruntukan sebanyak RM60,000.
Mengenai portfolio usahawan, Daroyah berkata pihaknya akan meneruskan pemerkasaan Pusat Usahawan Sgor (PUNS) sebagai ‘one stop centre’ bagi aktiviti keusahawanan.
“Bila semua (usahawan) bernaung dibawah satu bumbung kita boleh tahu siapa mereka, apa yang mereka usahakan dan sedang ditahap apa jadi kita boleh asingkan ikut tahap keperluan dan pencapaian masing-masing,” katanya.
Bagaimanapun tiada peruntukan diberikan kerana kerajaan negeri telah menyalurkannya secara terus kepada agensi terlibat, antaranya veterinar, industri asas tani, dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). -FMT

kami anak johor rasa irihati dgn kebaikan Kjaan RAKYAT SGOR.Inilah SAYANGI SELANGOR YAKINI PAKATAN RELEVAN.Bukan mereka yg bangga umat um NO/B angkai N egara sentiasa menerima KANSER RASUAH dan KRONISME,masih sanggup lagi di-PERBODOHLEMBUKAN dgn melantik lagi
BalasPadamsenator LEMBU SHARIZAT MEMIMPIN mereka untuk terpalit sama dengan NAJIS-NAJIS LEMBU.
Hanya Jauhari yang mengenal Manikam dan Hanya Lembu yang mengenal Sapi.
BalasPadamKalau lembu di hadapan maka diikuti di belakangnya oleh lembu juga, mana ada gajah diikuti di belakangnya oleh kambing, unta, buaya dll.....