Kuching: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The Herald.
Katanya, mereka sentiasa boleh mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Pelawaan Isma disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan hasrat untuk keluar dari Persekutuan Malaysia yang diluahkan dalam Facebook mereka.
“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Harry Nelson J. Seliang.
Daniel Aishiteru pula berkata,”Malaysia- bawah Thailand, atas Singapura manakala Sabah & Sarawak dalam pulau Borneo. Jauh panggang dari api bah….memang kita layak keluar. Jangan tunggu lagi…”
“Peluang sudah Isma bagi. Sabah Sarawak bantah isu kalimah Allah, keluar Malaysia. Kita tak payah sain sain surat tak susah payah gaduh mulut. Bagus lah idea Isma bagi nih,” ujar Philip Harry Son.
Beberapa orang tidak merasakan, Malaysia tidak bermakna sudah bagi mereka.
“Saya di Borneo bukan di Malaya. Saya tidak mahu bah Malaya,” ujar Collin Ontak.
Gafpelz Blizt Ridexz pula berkata, “Kita bantah perkauman… Mereka semua nak keluarkan kita jadi teruskan… Lebih cepat lebih bagus.. Tak payah nak peduli bah. .Tolong keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia….Kami sedia utk keluar!”
Eva Claude menambah, “Siapa tahu Tuhan sedang bagi jalan sama Sabah Sarawak keluar Malaysia,”
Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sebagai rakyat Malaysia, orang Kristian mesti menerima ketuanan Islam di negara ini.
“Mereka boleh memilih untuk bergerak ke mana-mana negara lain jika mereka tidak dapat menerima ketuanan Islam dan royalti yang melindungi ketuanan agama,” ujar Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kelmarin.
Sebelum ini Najib telah menandatangani sepuluh perkara di mana membenarkan penduduk Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Alkitab (Bible) bahasa Indonesia, Malaysia serta bahasa pribumi Iban, Kadazan Dusun dan Lun Bawang. -FMT

ISMA seru kumpulan Kristian menjaga keharmonian hubungan kaum dan agama
BANGI, 14 Okt – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini menyeru kumpulan Kristian supaya menjaga keharmonian hubungan antara kaum dan agama di negara ini.
Seruan itu disampaikan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kepada wartawan ISMA berhubung keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang melarang penerbitan gereja menggunakan kalimah Allah pagi tadi.
Ustaz Abdullah turut menyeru agar pihak Kristian meninggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.
“Tinggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum kerana orang Islam di negara ini akan menentang sebarang niat jahat dari mana-mana pihak yang ingin mengancam masa depan mereka,” kata beliau.
Tambahnya, sebagai warganegara mereka harus akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini.
“Tindakan mencabar hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada raja dan negara.
“Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu,” katanya lagi. -ismaweb
hahaha...amik ko isma. Mentaliti mcm ni nak perintah Malaysia?. Xde beza dgn UMNO, x suka keluar, x suka pegi dok negara lain, x suka gi berhijrah...hahaha...x boleh ke Isma ni atur program penerangan dgn penganut kristian drpada keluar ayat tahap jamban mcm tu..hish...
BalasPadamISMA, Islam bukan suku suku jika mau ambil semua, menjerit melolong kerana kalimah Allah nak diguna pakai oleh orang bukan Melayu Islam.
BalasPadamIslam lebih dari itu, kenapa kamu tak tempelak PM yang jelas menghina syariat Allah seperti hudud? Mantan PM yang mempersenda janggut mulia Nabi s.a.w?,
Aakah kita telah cukup Islam dengan mencintai hanya namaNya?.....
Bodohkah Nabi Sulaiaman ketika menulis kepada Puteri Balqis yang menyembah matahari dengan menulis kalimah suci Basmalah?
Silapkah Nabi s.a.w memulakan perjanjian Hudaybiyah degan kalimat BasmAllah?
Kamu tidak pernah lama di Sabah, saya bekas penajawat awam begitu lama di Sabah, kalimah itu telah digunakan sejak sblm kamu lahir...
Kaji dan selidik jangan nak jadi UNWANTED HERO
Siapa ISMA apa kuasa ada pada kamu menghalau orang dari negara ini.
Kamu hanya NGO Islam yang berteraskan Melayu....
Suara intonasi dan bunyi seruan ISMA ini sama saja dengan beberapa anggota kabinet BN yang bingai dan tak cerdik
BalasPadam- tak suka cara pilihanraya duduk dlm hutan N O
- tak suka sistem pendidikan hantar anak bersekolah keluar negeri I J
- Ayam mahal makan daging danikan (mana ada daging & ikan lebih murah dari ayam?)
- rumah mahal jangan beli rumah.... T A
- sayor mahal tanam sayor sendiri......
Berbagai statement STUPID.... SADLY ISMA just joint the club of MORON In cabinet.... a k a government.
Mampuslah kamu bersama orang-orang bodoh
Ada ketuanan Islam ke? Ayat mana yang diambil ni? Dulu kata ketuanan Melayu, la ni ketuanan Islam pulak?
BalasPadamSiapa yang nak bergaduh? Siapa yang tak mahu keharmonian? Siapa ... siapa? Siapa yang mulakan provokasi ni?
Hangpa ingat puak Sabah dan Sarawak takutkah? Depa bukan ada Raja Melayu. Jadi buat apa depa nak hormat Raja Melayu. Jangan ugut. Hangpa ingat hangpa dah cukup kuatkah? Buat malu Islam saja. Dasar parasit.
isma+ umno sama2 bebal. mereka beranggapan Islam + prkataan Allah hak milik orang Melayu. Mereka sama mcm yahudi zionis yg lebih memuliakan bangsa dr agama
BalasPadamIsma dan umno memang d kategorikan bodoh.minda tahap 3 atau klau pmr G.
BalasPadamMereka sama dgn spesis Yahudi.
Buat dialog atau diskusi.kenapa dan mngapa.
Noh Gadut juga sama spesis ini.spesis yg mrosak umat mnusia dan alam ini.
Saya org islam sabah. Duduk dlm daerah yg majoritinya kristian tapi selama ini hidup aman damai,saling menghormati antara 1 sama lain umpama 1 keluarga...tetapi kini semua dah berubah.mereka marah dgn keputusan mahkamah.bagi mereka adalah tak adil org islam menghalang org kristian menggunakan kalimah Allah..kerana dari dulu lagi perkataan Allah sudah lama mereka gunakan.kini kemesraan antara kami sudah tak mcm dulu lagi.mereka menganggap islam ini agama yg tak adil.saya faham kenapa mereka bersikap begitu tapi saya tak sanggup persaudaraan kami selama ini makin lama makin renggang disebabkan perkara ini.untuk pengetahuan kalian,selama ini org2 kg ku amat menghormati org islam apa lagi org dr Semenanjung...tapi kini sebaliknya.. :-(
BalasPadamSatu lagi pembodek yg mulut cepat dpd otak. Itupun kalu ade otak ...akal x tau lah...Allah suruh guna perkataan guna hikmah.. bukan nak jadi popular. Ade Rasulullah nak minta jadi popular ... lagj takut pd Allah l.. ini ckp nak popular sbb NGO... malu pd org Islam lain yg tahu akan hukum dan dakwah... nak dakwah pun x reti .. nik nak halau org lain sesuka hati .. mana pergi ilmu yg belajar tinggi... otak dangkal ...!!!!
BalasPadam