Kampar - Ahli keluarga mangsa tembakan, Norazita Abu Talib, 37, menyifatkan insiden pembunuhan pegawai bank itu sebagai tindakan kejam.
Sepupu, Musa Othman, 50, berkata, meskipun mereka reda dengan kematian berkenaan, namun terkilan dengan insiden yang dilakukan tanpa rasa perikemanusiaan itu.
“Pada mulanya kami sangka ia kematian biasa, tak sangka Allahyarham pergi dalam keadaan tragis begini.
“Dia cuma seorang perempuan, kenapa masih ada orang sanggup lakukan sebegitu? Kalau nak kata marah, memang kami marah, geram pun ada, beberapa saudara lain ada yang tak sanggup nak lihat gambar kejadian pun,” katanya ketika ditemui di Kampung Air Itam Labu, di sini, semalam.
Musa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Poliklinik Kampar berkata, berita kematian itu hanya diketahui kira-kira jam 8 malam sebelum memaklumkan kepada ibu dan bapa Norazita.
Katanya, ibu Allahyarham, Norsham Abd Kadir, 63, rebah di kediaman sebaik mengetahui insiden itu sebelum dibawa ke Kuala Lumpur bersama suaminya, Abu Talib Md Isa, 75.
“Pada mulanya mereka dimaklumkan Allahyarham kena tembak, hanya pada panggilan kedua, barulah kami dimaklumkan yang Allahyarham sudah tiada,” katanya.
Kali terakhir dia bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu ketika cuti Aidiladha, 15 Oktober lepas.
Suasana pilu dan sedih menyelubungi kampung halaman sebaik jenazah Allahyarham tiba kira-kira jam 7 malam menggunakan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu kira-kira jam 7.15 malam untuk disemadikan.
Idam makan tilapia
Sempena cuti Aidiladha lepas, Allahyarham dikatakan menyatakan keinginan untuk makan ikan tilapia kegemarannya.
Musa berkata, keinginan itu disuarakan kepada ibunya sementelah Allahyarham sukar mendapatkan ikan itu melainkan di kampungnya sahaja.
“Mujur secara kebetulan saya dapat ikan itu di kolam berhampiran dan memang niat saya untuk berikan kepada dia dan kakak saya di belakang rumah.
“Saya bersyukur apabila keinginan dia dapat dipenuhi sebelum pergi,” katanya.
Musa berkata, lagak Norzita yang diibaratkan orang mengidam itu begitu asing kerana Allahyarham jarang bersikap sedemikian.
Katanya, ketika cuti itu juga, Allahyarham turut menunjukkan sikap pelik apabila membasuh kereta Toyota Wish miliknya dalam hujan.
“Dalam hati sudah berdetik, mungkin dia buang tabiat basuh kereta pada waktu itu, tetapi tidaklah menegur pula,” katanya.
Pendiam, pentingkan keluarga
Seorang lagi sepupu mangsa, Suhana Abd Aziz, 48, menyifatkan Allahyarham sebagai pendiam, namun mementingkan hubungan kekeluargaan.
Katanya, meskipun tidak terlalu akrab, namun setiap kali cuti, mereka kerap bertemu di kampung.
“Suaminya orang sini juga, jadi mereka sekeluarga memang selalu balik kalau cuti panjang dan perayaan.
“Allahyarham memang tak banyak cakap tapi mesra dengan ahli keluarga dan saudara lain.
“Saya tak sangka, dia pergi dalam keadaan zalim begitu, sampai sekarang saya tak sanggup nak tengok gambar kejadian, terlalu kejam,” katanya.
Kami reda
“Perkara dah berlaku, apa pun kami reda dan terima ketentuan ini,” itu kata luahan yang dapat dilontarkan bapa Allahyarham, Abu Talib Md Isa, 75.
Abu Talib ketika ditemui di kediamannya di Kampung Air Itam Labu, di sini, kelihatan tenang meskipun suara tangisan silih berganti mengiringi jenazah Allahyarham.
Menurutnya, tiada perasaan marah atau dendam terbit kepada suspek atas insiden itu, sebaliknya menganggap ia satu takdir.
“Nak marah macam mana.. Biarlah polis yang menyiasat, pakcik serahkan kepada polis sahaja,” katanya.
Beliau berkata, Allahyarham memang dikenali sebagai seorang yang komited bekerja.
“Dia memang begitu, tunggu sampai semua kerja betul-betul siap baru akan balik,” katanya.
Kali terakhir mereka bertemu pada cuti Aidiladha lepas apabila arwah sekeluarga bercuti selama tiga hari di kampung berkenaan. -SH

'Abang masih sayang saya?
SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.
Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.
“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.
"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.
Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.
"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.
Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.
"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.
"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.
Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.
Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.
“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).
"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.
Irwan benar-benar tidak menyangka nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.
Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.
Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.
“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.
Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.
“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.
"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu.
Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.
Seisi rakyat Malaysia turut merasai kekejaman yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.
Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.
Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah. -SH
Meleleh air mata ku membaca post ni.
BalasPadamSetelah membacanya, aku berharap diriku & kita semua agar sentiasa baik2 dgn org, masy, keluarga,dll selain tunaikan perintah Allah yg fardhu & sunat (kalau mampu).
Sebab kita tak tau bila & bagaimana kita mati.
(org baik, biasanya setelah meninggal, cerita2 baik mengenainya yg akan disebut2).
Alfatihah untuk arwah.
salam saudara anon 1:24., saya sangat setuju ngan saudara " Setelah membacanya, aku berharap diriku & kita semua agar sentiasa baik2 dgn org, masy, keluarga,dll selain tunaikan perintah Allah yg fardhu & sunat (kalau mampu).
BalasPadamSebab kita tak tau bila & bagaimana kita mati.
(org baik, biasanya setelah meninggal, cerita2 baik mengenainya yg akan disebut2)." saya juga brharap agar dapat berbuat kebaikan semampunya.. teringat doa Tuan Hj. Mat Raai dalam khutbah jumaat tadi
. Semoga allah mengampunkan pn. norzita dan kita semua., dan harap sangat-sangat sipelaku pembunuhan ini di hukum didunia dan diakhirat
Kita berada d situasi yg sangat genting.
BalasPadamProjek ic yg berlaku d sabah telah melahirkan gejala yg mnakutkan..inilah kesannya..
Rkyt yg tak terdaya telah mnjadi mngsa?.
Simpati pd keluarga arwah terutama anak2 yg masih memerlukan kasih sayang.Hrp kerajaan dpt banteras pendtg asing dgn drastik yg byk melibatkan jenayah terhadap rakyat kita.Jgn benarkan mrk bermaharaja lela di bumi kita.kita perlu tegas spt singapore dan brunei!
BalasPadamYA ALLAH,
BalasPadamKau cucuri rahmat katas roh Allahyarham dan aruah-aruah suadar mara kami lainnya. Kurniakan kesabaran kepada anak-anaknya dan suaminya, walaupun itu mudah dilafaskan dari dilaksanakan.
YA ALLAH Kuatkanlah hati pihak berwajib KDN, POLIS dan yang sewaktu dengannya untuk MELAKSANAKAN KEADILAN & MENGHUKUM semua yang cuai dan tidak telus dalam melaksanakan amanah mereka sehingga penjahat bagini dipermudahkan dengan peralatan untuk melakukan kemusnahan.
Tokwan Perak.
Kalau dapat tangkap pembunuh tu, hanya qisas yang paling layak untuk dia.....
BalasPadam