5 Okt 2013

Pasca Kudeta: Ikhwanul Muslimin Bertambah Kukuh


Salah seorang pimpinan Partai Kebebasan dan Keadilan (FJP), Izzah Jaraf, menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin ketika ini lebih solid dari waktu-waktu sebelumnya.

"Begitulah Ikhwan, akan semakin kuat dalam memegang kebenaran di masa kesulitan. Berita-berita yang menyebutkan terjadinya perpecahan hanyalah isu yang disebarkan pihak intelijen kudeta," kata beliau lewat akaun facebooknya, dipetik dari dakwatuna.

Izzah Jaraf menambahkan bahwa Ikhwan sudah sering mengalami hal seperti ini, bahkan lebih dahsyat lagi, dan pada saat itu pasti akan tersebar berita-berita bahwa Ikhwan berpecah. Namun walaupun demikian, fikrah dan dakwah Ikhwan tetap jelas dan kuat dari dulu hingga sekarang.

"Alhamdulillah, tidak ada yang dapat memecah-belahkan kami. Ini membuktikan bahwa dakwah Ikhwan adalah dakwah rabbani yang diisi oleh orang-orang yang ikhlas." Ujarnya.

Lebih lanjut beliau menjelaskan bahwasannya ujian yang menimpa Ikhwan akan segera pergi, dan hanya akan menampakkan pahlawan-pahlawan baru di Mesir, membela dan mengorbankan segala yang dimilikinya untuk Mesir. Rakyat Mesir akan mengembalikan pemerintahan yang sah, yang akan menjadi contoh bagi negara-negara lain, terutama untuk kawasan Timur Tengah.

ULASAN GB

Demikianlah sunatullah, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apabila sesebuah pertubuhan itu ditekan dan dizalimi, ia bukan bertambah lemah tetapi akan menjadi bertambah kukuh dan padu. Bukankah emas dan permata yang ditenyeh dan digilap itu akan lebih bercahaya dan berkilau?

6 ulasan:

  1. Semoga Allah mengurniakan pertolonganNya didalam memperjuang kebenaran dimana sahaja khusus perjuangan Islam.

    BalasPadam
  2. Ya Allah, bantulah pejuang2 Islam ini...Ya Allah...

    BalasPadam
  3. Kalau dah hati terpancar nur yang ikhlas untuk Ilahi, darah telah menjadi taruhan....tunggulah kemenangan untukmu..wahai pencinta Islam di bumi ambiak. Tetapi kepimpinan negaraku yang Islam dan aman nie sikit pun tak mau merasa kenikmatan itu tetapi ingin meneruskan agenda Lord Reidnya. Allah Hu Robbi

    BalasPadam
  4. Yaa Rob.. aku mohon pada mu agar pemerintahan di Mesir dikembalikan kepada golongan yang ikhlas dan bertakwa kepada mu agar syariat islam tertegak di bumi ambiyak. Ya Rob..bantulah para mujahidin di bumi Mesir, Syria, Palestin dan dilain-lain tempat hatta termasuk Malaysia tanah air ku. Aamiin.

    BalasPadam
  5. Masih banyak yang perlu dipelajari oleh PAS dari Ikhwan Muslimin untuk menjadi Gerakan yang disokong massa

    BalasPadam
  6. Selagi ia tidak jadi mimpi ngeri USA, Munafik dan Yahudi Laknatullah, selagi itu Ikhwanul Muslimin sentiasa ada di sisi anda.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.