Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.
Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.
Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.
"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.
"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.
Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.
Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.
Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.
Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).
"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.
"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya. -HD

Gula: Najib kata lemah tenaga batin, Muhyiddin kata jangan jadi macam Azizan
Bagi mempertahankan pemotongan 34 sen subsidi gula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tenaga batin untuk lelaki.
"Saya rasa jika bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berada di sini, beliau akan menerangkan dengan cara yang lebih berwarna-warni," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.
Harga gula naik 34 sen hari ini menjadikan harganya RM2.84.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyokong langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.
Menurutnya, tindakan kerajaan memotong subsidi itu untuk kepentingan orang ramai.
Allahyaraham Azizan terpaksa menjalani memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.
"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).
"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.
"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya dalam ucapan di majlis pertemuan bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi. -TMI
Menteri Kesihatan akui peningkatan diabetis dan obesiti bukan kerana gula
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengakui peningkatan penyakit diabetis atau kencing manis serta obesiti di kalangan rakyat di negara ini bukan semata-mata berpunca daripada pengambilan gula.
Namun jelas beliau, pengambilan gula boleh menyebabkan penghidap penyakit berkenaan bertambah teruk atau kronik.
Subramaniam mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung dakwaan seorang doktor pakar yang menyangkal alasan kerajaan menaikkan harga gula demi menangani peningkatan penyakit tersebut di negara ini.
Menurut Dr P Ramesh, langkah tersebut tidak akan mengurangkan rakyat Malaysia mengidap diabetik, memandangkan penyakit tersebut juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat yang tinggi, seperti yang terkandung dalam nasi dan bahan berasaskan gandum.
"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman.
"Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh.
Menurut Subramaniam, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.
Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula adalah satu perkara wajar dimana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.
"Sepatutnya kerajaan sejak dahulu tidak memberikan subsidi gula kepada rakyat. Saya rasa inilah kesilapan kerajaan yang kini telah diperbetulkan.
"Ini adalah masa terbaik untuk tidak lagi memberikan subsidi gula kepada rakyat tambahan pula umum sedia maklum mengetahui pengambilan gula secara kerap tidak baik untuk kesihatan malah ia memudaratkan," katanya.
"Pengambilan gula adalah satu budaya di negara ini. Namun kita perlu tahu ia tidak diperlukan kerana bukan bahan keperluan penting seperti beras atau petrol.
"Sekiranya pesakit diabetik pergi berjumpa doktor termasuk yang memberi pandangan ini, pastinya mereka menyarankan pengurangan pengambilan gula," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri forum Simposion Klinikal Immunology Kebangsaan di Kuala Lumpur. -TMI
jenis manusia yang tak beriman, membicarakan orang yang sudah meninggal dunia, sudah bangkrap isu..etika dan akhlak pemimpin UMNO. jgn sampai anak cucu kencing di kuburan anda. banyak isu lain yg bolih di ketengahkan...sebagai ahli keluarga kami sangat sedih dengan statement seperti itu.
BalasPadamPemimpin cap ayam, berhujah tak gheti, ajak berhujah..lari. Soalan budak kecik bab najis pun tak boleh jawab. Sah pemimpin cap ayam. Sapa2 cer tanya doa jimak dan mandi hadas.
BalasPadamMudah mudahan muhyiddin kena kencing manis dan kaki nya juga dipotong.....
BalasPadamAminnn.....
PadamMuhyiddin wajib minta maaf kepada keluarga Allahyarham dan ahli PAS.
BalasPadamhahaha, mcm pak lawak laa muhyiddin!
BalasPadamaku doakan TPM kena kencing manis :)
MUHYUDIN YASSIN, mana akhlak kamu jika kamu seorang Islam, demi kuasa dunia kamu hina seorang yang dah meninggal, pemimpin umno memang kurang ajar seperti tun M menghina janggut mulia RasulAllah....
BalasPadamLaknat Allah ketas kamu......
Jangan risau semua yg marahkan kenyataan muhyidin tu. aku tengok muka dia pun dah nampak muka mcm org tak sihat ada pengyaki.cuba perati betul2 muka dia, kan ada tompok besar hitam kat kiri kanan tulang pipi dia ti. saya dengar dan apa yang saya faham, itu memang tanda penyakit kencing manis. siapa2 yg pandai perubatan, tlg komen sikit.tapi memang saya tengok muka dai pun tau ada penyakit.Allah akan balas dia buat fitnah dan hina ustaz azizan tentang kencing manis tu.wallahualam
BalasPadamSaya tengok muka muhyidin tu pun nampak macam dia sendiri pun ada kencing manis.cuba perati betul2 kat muka dia ada tompok hitam kat tulang pipi tu.itu pun tanda org kena kencing manis peringkat teruk juga tu. ada siapa2 yg pandai ilmu perubatan blh tolong komen sikit.Allah akan balas kata kata fitnah dan penghinaan yg dia tujukan kepada almarhum ustaz azizan insyalAllah.TAKBIR>>>>
BalasPadamIngat! bapak awak pun dah mninggal jugak. Kalau org kata awak tak sempat habis diajar,nanti awak terasa pulak.
BalasPadamkalau betul niatnya nak jaga kesihatan rakyat, rokok jangan dijual,naikkan harga garam juga, penyumbang penyakit darah tinggi. Kopi, tehpun, patut dinaikkan harganya sebab ada dadah caffeine seperti rokok juga.Masaalahnya ialah bila dipilih-pilih. Kalau ia menguntungkan, ia tidak akan diganggu, walaupun memudharatkan rakyat. Niatnya salah la..
BalasPadamBagi tau Najib supaya kerajaan naikkan harga garam sebab banyak rakyat Malaysia kena penyakit Darah Tinggi.
BalasPadamHangpa jaga jaga mamat yiddin tengah dok cari akai nak PENAIK REGA GARAM pulak lepaeh ni, alasan dia nak mengurangkan jumlah orang nyakit DARAH TINGI
BalasPadamKamedian sebagai nak amek ati dia kata - kita penaik rega garam ni bersipat semtara sehingga ada petunjuk kadar penyakit darah tingi menurun, kita akan bagi garam sacara percoma pulak- Bersorak macai OMNO suka hati becampog geli geleman