5 Okt 2013

[Langkah Terpuji] Pasar Malam Bergelap Waktu Maghrib


DDunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan.

Sehubungan itu, program ‘Jom Tutup Lampu’ diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha.

“Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk,” katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya.

Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang.

“Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim,” katanya.

Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato’ Harun.

“Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, ” katanya. -selangorku


Bunyi wisel waktu Maghrib


Jangan terkejut jika terdengar bunyi wisel dan lampu dipadamkan pada waktu Maghrib ketika berkunjung ke pasar malam Taman Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan. Sehubungan itu, program ‘Jom Tutup Lampu’ diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha. “Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk,” katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya. Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang. “Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim,” katanya. Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato’ Harun. “Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, ” katanya.Medan.

Inilah satu kelainan yang dibawa pihak pengurusan pasar malam di sini dalam usaha mendidik peniaga dan pengunjung supaya mengerjakan solat Maghrib apabila tiba waktunya menerusi program Jom Rehat Azan Maghrib yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu.

Lebih menarik lagi, bacaan ayat suci al-Quran dipasang 10 minit sebelum masuk waktu sebagai isyarat menandakan waktu Maghrib hampir tiba.

Pengerusi Persatuan Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Ahmad Abdullah berkata, selepas program itu dilaksanakan, setiap gerai akan menutup lampu dan menghentikan perniagaan 10 minit bagi memberi laluan kepada waktu Maghrib.

Jelas Kamal, program Jom Rehat Azan Maghrib itu dilihat mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan peniaga di sini, dan masing-masing mengerjakan solat di surau sementara yang disediakan berhampiran tapak pasar berkenaan.

“Golongan peniaga menyokong usaha pihak persatuan dan semua gerai akan menutup lampu selepas wisel dibunyikan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Jelasnya, ini merupakan langkah yang dilihat wajar iaitu di samping dapat meniaga, peniaga juga dapat beribadat dan menyahut seruan agama.

“Kita mahukan kesemua 250 orang peniaga di sini dapat mengerjakan tuntutan agama di samping bekerja bagi mendapatkan keuntungan,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga di tapak pasar malam berkenaan turut berharap agar surau sementara yang disediakan pada Julai lalu itu dapat dikekalkan bagi membantu peniaga dan orang awam dapat mengerjakan ibadah tanpa masalah.

Menurut Kamal, tapak surau sementara itu adalah bekas tapak pembuangan sampah haram dan pernah menimbulkan permasalahan kepada peniaga ekoran bau busuk.

“Setelah mengadakan perbincangan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), beliau bersetuju meletakkan surau sementara di kawasan ini,” katanya.

Menurut Kamal, walaupun terdapat surau sedia ada di kawasan itu namun ia jauh dari lokasi tempat berniaga dan menyukarkan peniaga beribadah.

Sementara itu, Adun Taman Medan, Haniza Talha yang hadir merasmikan Jom Rehat Azan Maghrib, menyokong penuh inisiatif peniaga di kawasan berkenaan menghentikan perniagaan buat sementara waktu bagi memberi laluan untuk azan Maghrib.

Jelas beliau, usaha berkenaan sewajarnya diikuti oleh setiap peniaga pasar malam bagi membolehkan mereka menunaikan tuntutan agama di samping berniaga bagi mendapatkan keuntungan.

“Kawasan-kawasan lain juga wajar mencontohi inisiatif ini memandangkan ia merupakan satu langkah yang wajar dan berkesan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mengusulkan kepada MBPJ agar surau sementara di kawasan itu dikekalkan demi kemudahan orang awam.

Katanya, perbincangan susulan akan diadakan bagi membolehkan surau di kawasan berkenaan dikekalkan demi kemudahan setiap pihak.
-SH


7 ulasan:

  1. wushhh...tak boleh jumpa masa zaman umno

    BalasPadam
  2. Perkara2 baik yang tak pernah dibuat org memang pada sesetengah orang akan rasa janggal, susah dsbnya di peringkat awal & tak mustahil akan ada rungutan, komplain dsbnya.

    Itu mmemng biasa, tapi TERUSKAN usaha2 tu, jangan peduli apa kata orang yang penting ALLAH didahulukan, lama kelamaan akan menjadi biasa & dicontohi pula.

    Berbahagialah mereka2 yang mencetuskan & melaksanakan (pioneer) perkara2 baik yang disukai Allah. Kita yang tak cetuskan idea tapi ikut & sokong tanpa banyak soal, pun insyaAllah berbahagia dunia & akhirat.

    BalasPadam
  3. kami di kelate dah lama amalkan perkara ni sejak thn 90an lagi terima kasih tok guru

    BalasPadam
  4. masa jaman omno dulu nak jumpo camno bro, makhlok omno dio berkawan ngan setan

    smayang ni maklekat mari tunjok caro caro mengerjokannyo, apolagi makin menjaoh la makhlok omno

    BalasPadam
  5. Alhamdullillah, terlaksana satu. Berikutnya, wajibkan peniaga wanita menutup aurat yg betul(BUKAN pakai tudung je) waktu berniaga.

    BalasPadam
  6. Kalau bagi UMNO Money is everything. Solat tinggal tak apa yang penting duit masukkkkkk....

    JADI DI AKHIRAT KELAK JANGAN MENYESAL JIKA ANDA DIGELAR SEBAGAI ORANG YANG BANKRAP BIARPUN ANDA KAYA SEMASA HIDUP DI DUNIA. TAK CAYA ADA ORANG BANKRAP DI AKHIRAT???? REFER KEPADA USTAZ YANG BERTAULIAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT. INSYAALLAH ANDA AKAN DAPAT JAWAPANNYA.

    (Anda akan menghargai ilmu tersebut jika anda perolehi dengan usaha sendiri)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..satu usaha yg berani dan patut dilakukan...syabas kepada peniaga2 pasar mlm yg terlibat..dan patut d lakukan d pasar mlm d tempat2 lain seluruh selangor d mana peniaga2nye kebanyakan nye melayu islam..takbir..refomasi..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.