Temerloh: Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan Ops Cantas Khas dan Ops Tapis pada pukul 8.50 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol, gari dan lapan butir peluru hidup daripada anggota polis berkenaan.
Polis turut menemui pelbagai jenis dadah selain lapan pedang samurai, sepucuk senapang angin dan lima pistol mainan, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mereka yang ditahan anggota kumpulan kongsi gelap.
"Polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini juga geng yang melakukan aktiviti samun dan pecah rumah berdasarkan penemuan barangan seperti tujuh jam tangan dan 19 telefon bimbit," katanya.
Menurutnya semua suspek yang berusia antara 21 dan 27 tahun terbabit tidak mempunyai rekod lampau, namun kesemua mereka positif dadah.
Beliau berkata kes disiasat mengikut beberapa seksyen Akta Senjata 1960 selain Akta Dadah Berbahaya.
"Anggota polis yang ditahan turut akan disiasat mengikut Akta Polis 1967," katanya. -Bernama
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.
Terdedah satu demi satu anggota plis yang durjana yang diibaratkan harapkan pagara, pagar makan padi.
Maka sebab itu tak hairan mengapa begitu banyak senjata api milik PDRM dilaporkan hilang seperti yang didedahkan oleh Audit Negara.
Ia tidak jatuh ke dalam laut, tapi oleh kerana berita di atas tentang penglibatan anggota polis dengan kongai gelap, semakin jelas kemana senjata itu semua pergi...
Tindakan segelintir manusia seperti inilah menjadi reputasi satu Jabatan tercalar. Dan tindakan cantas seperti ini tidak perlu memilih bulu biar pun di jabatan mana mereka berada atau setinggi mana pangkat mereka.
BalasPadamMenghadapi musang berbulu ayam seperti ini lebih sukar dari yang sebenar. Tahniah PDRM kerana sedia bertindak membersih gunting dalam lipatan.
Itu kes terpencil beb. Tak percaya?
BalasPadamSyukur negara kita masih aman dan selamat ini semua "ketentuan Allah"
BalasPadamAku masih ingat ayah pernah berkata POLIS ini SAMSENG BERLESEN sebab dia pun bekas polis juga dan dah tak ada di dunia lagi.
BalasPadamApa kata KPN kali ini?
KPN kata mereka bukan polis lagi dah kena buang.Yang dijumpai tu bukan dadah tapi tepung ubi.Senjata yg dijumpai tu senjata mainan bukan betul.
BalasPadamPESTOL YG HILANG TLH DICURI OLEH OTOMEN UNTK TEMBAK RESAKSA YG SDG MENGAMUK DI PEKAN -PEKAN
BalasPadam