Allah bermaksud tuhan, semua jenis tuhan,” kata intelektual Islam Amerika
Intelektual Islam Amerika Syarikat terkemuka turut sepakat dalam kritikan terhadap larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu merupakan satu keputusan politik.
Dalam satu wawancara bersama radio BFM, Reza Aslan (gambar) menegaskan, penganut Kristian menggunakan kalimah Allah yang membawa maksud Tuhan dalam bahasa Arab dan ianya bukanlah satu ancaman kepada Islam.
"Pengganas Taliban meletakkan bom bersama Al-Quran dan membawanya ke sebuah masjid di Pakistan pada Hari Raya Korban. Inilah ancaman kepada Islam," katanya.
Minggu lalu, seorang Gabenor di Afghanistan terbunuh selepas sebutir bom yang diletakkan berhampiran Al-Quran meletup semasa beliau sedang menyampaikan ucapan Aidiladha.
Reza yang menulis buku “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” hairan dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Malaysia kerana kalimah Allah merupakan istilah merujuk kepada Tuhan, “sebarang jenis Tuhan”.
"Allah daripada perkataan Al-Ilah. Itulah asal perkataannya. Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri.
"Ini bukan satu interpretasi. Ia fakta sejarah," katanya.
Minggu lalu, tiga panel Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menetapkan "kalimah itu bukan perkara asas dalam kepercayaan dan amalan Kristian serta penggunaannya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam".
Keputusan itu mencetuskan perdebatan di antara sarjana sementara masyarakat Islam antarabangsa melahirkan rasa hairan atas kecelaruan yang terjadi.
Reza turut tertawa kecil mengenangkan keputusan mahkamah sambil berkata, "bagaimana anda boleh membacanya dan tidak tertawa?"
Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Reza dalam kiriman Twitter menulis, "Bagaimana Malaysia boleh menjadi bodoh? Di Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, saya rasa Amerika telah melarang perkataan 'twerking' kepada mereka yang berumur 17 tahun".
"Larangan itu bukan sathaja menyebabakan penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu tetapi turut memberi ancaman kepada Islam.
"Rakyat Malaysia (orang Islam) sangat bodoh jika mereka mendengar penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka pula yang menjadi Kristian. Maksud saya kebodohan kenyataan itu terserlah," katanya dalam temubual itu.
Reza mengulangi pendirian sarjana dan penulis Islam bahawa penganut Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad merujuk Tuhan mereka sebagai Allah.
"Mengapa? Sebab mereka berbahasa Arab. Bukannya kerana kalimah Allah merujuk spesifik kepada Tuhan tetapi ia dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan. Ia bukan satu pandangan. Ia fakta," katanya.
"Jika ada Imam yang memberitahu Tuhan mempunyai nama. Mereka sesat. Allah bukanlah nama Tuhan. Umat Islam tidak memiliki kalimah itu."
Reza yang merupakan Profesor sejarah Islam berkata keputusan Mahkamah Rayuan telah menjadikan Malaysia bahan tertawa serata dunia.
"Ini melihatkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh mahkamah kerana mereka tidak mampu berfikir sendiri. Kami mentertawakan anda.
"Ia satu pencabulan kepada kemodenan, Perlembagaan dan demokrasi sebuah negara Islam seperti Malaysia," katanya. -TMI
ULASAN GB
Bukankah GB sudah utarakan sebelum ini bahawa pengharaman penggunaan kalimah ALLAH oleh masyarakat bukan-Islam hanya akan menjadi kita bahan tertawa masyareakat dunia.
Kedua, apa yang dinyatakan oleh Reza Aslan di atas menyamai apa yang dinyatakan oleh Raghib Al-Isfani, seorang pakar bahasa Arab yang terkenal, iaitu kalimat ALLAH itu adalah perkembangan dari kalimat "AL-ILAH" dan kalau jamak, orang Arab menggunakan istilah "AL-ALIHAH". Jadi ALLAH itu merujuk kepada Zat Yang Maha Berkuasa yang mana kesemua fikiran murni tanpa mengira apa agamanya, akan sampai kepada kesimpulan bahawa dari tuhan-tuhan dan dewa-dewa yang mereka katakan banyak itu, hanya satu jua Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Esa dan Maha Mulia. (rujuk HAMKA, Tafsir AL-Azhar, Jilid 1 hal 69).
Inilah yang difirmankan oleh Allah di dalam Al-Quran:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? Al-Ankabut:61
Ketiga, ramai umat Islam Malaysia beranggapan kalimat ALLAH itu adalah suci, justeru itu dipertahankan kalimat itu dan tidak dibenarkan orang lain menggunakannya. Sedangkan kita umat Islam tidak sepatutnya mensuci dan menyembah kalimat ALLAH kerana kita tidak menyembah perkataan "ALIF LAM LAM HA" itu (malah di dalam bangsa kita, ada yang menjadikan kalimat ALIF LAM LAM HA itu sebagai tangkal azimat). Sedangkan kita sepatutnya mensuci dan menyembah ZAT Yang Maha Berkuasa yang dipanggil ALLAH. Jika kita mensuci dan menyembah ALIF LAM LAM HA, itulah syirik namanya!
Keempat, Islam yang sampai ke tanah air kita pun, melalui apa yang tertulis di atas Batu Bersurat yang ditemui di Terengganu, yang ditulis di dalam tulisan Jawi kira-kira tahun 1303 Masehi, orang Melayu ketita itu meneyebut ALLAH sebagai Dewata Mulia Raya.
Kelima, sekalipun ada ulamak menyatakan kalimat ALLAH itu adalah lafaz Jalallah, iaitu lafaz yang amat tinggi yang tidak boleh ditafsir dengan sembarangan tafsiran, namun ia tetap tidak boleh menjadikan kalimat itu sebagai "bahan sembahan". Yang perlu dan wajib disembah ialah hanyalah Zat Yang Maha Berkuasa dan Maha Agong yang disebut ALLAH. Ramai yang terperangkap oleh syirik khafi (halus) di sini.
Demikian, keterangan-keterangan yang dapat GB kemukakan buat ketika ini untuk memenuhi permintaan beberapa rakan berhubung polemik yang berlaku menyentuh kalimat ALLAH.
Minta pencerahan dgn lafaz syahadah
BalasPadam"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"
BalasPadam"Sekor lembu membawa lumpur, terpalit semua lembu yang bersamanya"
Sebenarnya bukan rakyat Malaysia yang bodoh tapi diperbodohkan oleh Kerajaan UMNO/BN dan dipersetujui oleh lembu-lembu dan katak-katak.
Terlampau nak tunjuk TUAN sangat. Kali ni tuan makan diri.
Dulu aku dah cabar Melayu UMNO ni. Binalah TANAH PERKUBURAN MELAYU untuk manusia yang angkuh dan sombong ni. Awat hangpa ingat senang-senang orang lain nak terima bulat-bulat.
Aku dah kata Allah swt tu Tuhan bagi sekalian alam. Tapi hangpa juga yang menyempitkan dan memperkecilkan kuasa dan zat Allah swt. Hangpa ingat hangpa tu Pandai dan Cerdik tapi rupa-rupanya bodoh piang.
Sayangnya masih ramai lagi yang percaya pada puak ni. Entahlah bila rakyat Malaysia "mata"nya nak celik seluas-luasnya. Jangan jadi, ada mata ... buta, ada telinga ... pekak, ada hati ... tiada perasaan, ada otak ... BODOH dan BANGANG. Tu yang depa dok pilih tauke lembu lagi.
Setuju dengan anon 11.02, pendapat tuan seakan bermaksud lafaz syahadah tidak ada maknanya lagi. Mohon pencerahan.
BalasPadamAndre Irwan,
BalasPadamBolehkah isu seperti ini tidak dilihat daripada sudut politik? Sempit sangatkah fikiran kita sehingga semua benda hendak dipolitikkan tanpa penghujahan secara ilmiah?
Ulama PAS juga berbahagi pendapat dalam soal ini. Perbezaan pandangan adalah lumrah. Jika rasa kurang berilmu dan tidak mampu, dan hanya bersandarkan hujah kaki lima, sebaiknya tuan diam sahaja.
Baru2 ni sy ada baca blog yg terang2an mgatakan dr Maza kafir kerana mberi pncerahan ttg isu ini..sy nak remind sikit jangan suka kafirkan orang, nanti balik pada diri sendiri..memang benar perkataan Allah itu sudah lama digunakan dalam ajaran kristian koptik dan ianya bukan milik agama islam sahaja tolong la sedar sikit ya..islam ini agama yg mudah dan indah, jgn sampai kita halang orang kafir dari mgenal islam dgn kbodohan kita mperjuangkan isu spt ini sampai sanggup kafir mgkafir antara sesama islam, hello apa hukum takabur? Oh aku seorang islam, aku dijanjikan syurga, persetan semua orang kafir, Allah itu milik kami! Hello, orang kafir itu tidak semestinya akan kekal kafir, hidayah itu milik Allah, macamana kita hendak brdakwah jika kita takabur dgn memikirkan kita seorang islam, kita lebih baik dari orang kafir dan mrebut sesuatu yg bukan hak milik mutlak agama kita? Jangan lupa ya ada neraka khas utk orang islam juga wallahualam bissawab so jangan takabur. Sy rasa it's a joke bila terbaca komen rakan2 sy yg memaki agama lain kerana mereka mperjuangkan bahawa Allah tidak boleh digunakan oleh non muslim! Ttp yg kelakarnya rakan2 sy itu tutup aurat pun tidak, bila ditegur tak nak dengar pula, apa bezanya kau dgn orang non muslim bila tdk mnutup aurat? Isu ni kau prjuangkan brmatian pula, apa kau ingat kau confirm masuk syurga ya? Hello kpd mereka yg extreme dgn isu ni, tgok2 diri sendiri dulu ya, subuh tadi ada bangun solat? Anak2, adik bradik ppuan yg single dah tutup aurat ka? Bukan balut aurat ya! Hari ni dan seterusnya cukupka solat lima waktu kita, minggu ni ada baca quran ke...kenal dan ikut sunnah nabi ke yg tidak mzalimi non muslim yg tidak mmerangi islam? Macam bagus!
BalasPadamanon 11:02
BalasPadamSedikit pencerahan terhadap kalimah syahadah.
Orang Melayu menterjemahhkan kalimah syahadah sebagai, "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah."
Allah sudah menjadi "nama khas", dan setiap "nama khas" adalah baharu, sedangkan zatNya adalah qadim. Tidak sama.
Jika kita susur kitab Al-Quran jelas bahawa kalimat "Allah" itu telah digunakan zaman-berzaman oleh sekalian bangsa dan agama. Ia merujuk kepada Tuhan. Hanya sanya konsep Allah bagi umat Islam berbeza dengan agama-agama lain iaitu Allah bagi umat Islam adalah Maha Esa sedangkan konsep Allah bagi bukan Islam berbagai-bagai.
Maka itu maksudnya Surah Al-Kafirun:
1. Katakanlah: “Hai orang-orang kafir,
2. aku tidak akan menyembah apa
yang kamu sembah.
3. dan kamu bukan penyembah
Tuhan yang aku sembah.
4. dan aku tidak pernah menjadi
penyembah apa yang kamu sembah,
5. dan kamu tidak pernah (pula)
menjadi penyembah Tuhan yang aku
sembah.
6. untukmu agamamu, dan
untukkulah, agamaku.
Dipertegaskan lagi dengan surah Al-Ikhlas:
1. Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
4. Dan tidak ada seorangpun yang serupa dengan Dia.
Wallahu alam
Terima kasih diatas pencerahan..
PadamJadi, kenalilah Allah yg kita lafazkan dlm syahadah.. Tuhan sekalian alam.. Tetapi bknlah Allah yg digambarkan agama lain..
Contoh mudahnya, kita pastinya mengenali Muhammad yg turut disebut dlm dua kalimah syahadah sedangkan nama Muhammad turut dikongsi berjuta insan lain..
T.Q GB
Anon 11:02
Saya setuju dengan oendapat Andre Irwan.
BalasPadamWalaupun di dalam PAS ada percanggahan pendapat, dilihat yang menyokong kalimat Allah dipertahankan itu ialah Haron Din dan Harun Taib. Kedua-duanya dikenali sebagai faksi UG yang bermentalitikan UMNO, mungkin secara kebetulan, tetapi seperti yang blog GB ini selalu ungkapkan, kebenaran akan tetap terserlah... kedua-duanya tak ikut pun keputusan Majlis Syura yang menetapkan bahawa kalmat Allah boleh digunakan selain umat Islam. Apa hukumnya di dalam jemaah jika tidak patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh Majlis ertinggi jemaah iaitru Majlis Syura? Masing-masing boleh jawab.
Hello anon October 23, 2013 at 1:57 AM,
BalasPadamDi Malaysia, agama sudah dipolitik. Semasa aku berbicara tentang hal ni, aku hanya peringatkan puak tersebut, jangan jadi BODOH dan PIANG. Ini bukan soal hujah jalanan tapi hujah aqidah. Adakah orang bukan Islam nak memesong aqidah orang Islam atau orang Islam yang cuba memesongkannya?
Aku tak pernah sebut PAS pun sebab aku bukan orang PAS tapi orang ISLAM. Apa pendapat anda tentang soal ini kalaulau kau ni pandai sangat? Kan Bekas mufti pun dah jatuh hukum bahawa sesiapa yang mempertikaikan ni boleh jatuh kekufuran. Awat yang hang tak pi tegur dia????? Aku selalu lihat bila Melayu kita berbincang tentang Islam, sangat suka memasukkan ciri-ciri Melayu di dalamnya sedangkan Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu.
Kalaulah kau rasa aku bodoh, maka aku pun bodohlah. Jadi minta yang pandai di sana cuba jelaskan sejelas-jelasnya dan jangan sekerat jalan aja.
Rujuk pada pencerahan greenboc,
BalasPadam'Hanya sanya konsep Allah bagi umat Islam berbeza dengan agama-agama lain iaitu Allah bagi umat Islam adalah Maha Esa sedangkan konsep Allah bagi bukan Islam berbagai-bagai...'
Maknanya Allah untuk kita umat Islam tidak sama dengan Allah yang digunakan oleh bukan Islam, kan? Bagaimana sesuatu yang tidak sama digunakan secara sama? Di mana wajarnya?
greenboc said...
BalasPadamanon 11:02
Sedikit pencerahan terhadap kalimah syahadah.
Orang Melayu menterjemahhkan kalimah syahadah sebagai, "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah."
Allah sudah menjadi "nama khas", dan setiap "nama khas" adalah baharu, sedangkan zatNya adalah qadim. Tidak sama.
Jika kita susur kitab Al-Quran jelas bahawa kalimat "Allah" itu telah digunakan zaman-berzaman oleh sekalian bangsa dan agama. Ia merujuk kepada Tuhan. Hanya sanya konsep Allah bagi umat Islam berbeza dengan agama-agama lain iaitu Allah bagi umat Islam adalah Maha Esa sedangkan konsep Allah bagi bukan Islam berbagai-bagai.
Maka itu maksudnya Surah Al-Kafirun:
1. Katakanlah: “Hai orang-orang kafir,
2. aku tidak akan menyembah apa
yang kamu sembah.
3. dan kamu bukan penyembah
Tuhan yang aku sembah.
4. dan aku tidak pernah menjadi
penyembah apa yang kamu sembah,
5. dan kamu tidak pernah (pula)
menjadi penyembah Tuhan yang aku
sembah.
6. untukmu agamamu, dan
untukkulah, agamaku.
Dipertegaskan lagi dengan surah Al-Ikhlas:
1. Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
4. Dan tidak ada seorangpun yang serupa dengan Dia.
Wallahu alam
October 23, 2013 at 7:20 AM Delete
Anonymous Anonymous said...
Saya setuju dengan oendapat Andre Irwan.
Walaupun di dalam PAS ada percanggahan pendapat, dilihat yang menyokong kalimat Allah dipertahankan itu ialah Haron Din dan Harun Taib. Kedua-duanya dikenali sebagai faksi UG yang bermentalitikan UMNO, mungkin secara kebetulan, tetapi seperti yang blog GB ini selalu ungkapkan, kebenaran akan tetap terserlah... kedua-duanya tak ikut pun keputusan Majlis Syura yang menetapkan bahawa kalmat Allah boleh digunakan selain umat Islam. Apa hukumnya di dalam jemaah jika tidak patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh Majlis ertinggi jemaah iaitru Majlis Syura? Masing-masing boleh jawab.
Pencerahan GB cukup terang dan nyata. syukran.

Tiada isu sebenar berkaitan Kalimah Allah kerana ianya telah digunakan oleh semua penganut agama .. cuma di Malaysia UMNO telah spin untuk mengambil sokongan Melayu.. cara terbaik muzakarah semua ulama .. bersandarkan dalil2 dan nas yang ada
BalasPadamAnonymous 8:16 AM menulis ...
BalasPadamRujuk pada pencerahan greenboc,
'Hanya sanya konsep Allah bagi umat Islam berbeza dengan agama-agama lain iaitu Allah bagi umat Islam adalah Maha Esa sedangkan konsep Allah bagi bukan Islam berbagai-bagai...'
Maknanya Allah untuk kita umat Islam tidak sama dengan Allah yang digunakan oleh bukan Islam, kan? Bagaimana sesuatu yang tidak sama digunakan secara sama? Di mana wajarnya?
Apa yang jadi masalah?
Sesuatu yang sama tetapi isinya berbeza.
Saya bagi analogi mudah:
Seorang Islam dan seorang bukan Islam. Kedua-duanya memakai songkok. Tapi yang Islam tetap Islam yang bukan Islam tetap bukan Islam. Itu kebenaran.
Penggunaan kalimah Allah BUKAN penentu seseorang itu Islam atau tidak. Tiada nas yang menyatakan demikian. Apa tah lagi untuk mendakwa kalimat Allah itu hanya untuk Islam!
Anonymous 8:16 AM menulis ...

Malaysia satu satunya negara di dunia di mana setengah orang mempunyai kemaluan tergantung di dahi...
BalasPadamhati saya amat senang membaca ulasan dan jawapan-jwapan GB. Cukup terang dengan dalil-dalil aqal dan nas Al-Quran dan Hadith.
BalasPadamRujuk jawapan GB 8.58am;
BalasPadamSaya bagi analogi mudah:
Seorang Islam dan seorang bukan Islam. Kedua-duanya memakai songkok. Tapi yang Islam tetap Islam yang bukan Islam tetap bukan Islam. Itu kebenaran.
mohon pencerahan lagi;
Katakanlah yang seorang itu (A) yang bukan Islam tapi pakai songkok, dan yang seorang lagi (B) bersongkok juga tetapi Islam. Dan saya analogikan begini pula; katakanlah saya nak bermenantu, maka datanglah A kepada saya dengan berkata dia Islam dan saya percaya kerana dia 'bersongkok', bagaimana?
Anonymous 2:37 menulis ...

Lemah sangat analogi kamu. Tak apa saya jawab untuk pencerahan lagi.
Salahnya ialah kamu kerana percaya keislaman seseorang terletak kepada zahir. Walaupun dia pemuda bersongkok, takkanlah kamu terus hendak menyatakan dia seorang Islam. Nak dijadikan bakal menantu hendaklah disiasat terlebih dahulu latarbelakangnya, ilmunya, keluarganya dan lain-lain. Mengapa sekadar percaya kepada songkoknya?
Begitulah tamsilnya. Orang bukan Islam sekalipun dia menyebut perkataan Allah belumlah Islam lagi dirinya itu lantaran menyebut kalimah tersebut.

sangat berilmiah pencerahan tuan..
BalasPadamkemas kemis dalam menjawab..
tahniah. anda blogger y tinggi ilmu dlm soalan kehidupan.
Kepada org malaysia, if you sembah kalimah allah maka lu tak jauh beza dengan orang yg menyembah berhala. Ingat islam menyembah allah s.w.t. bukan menyembah kalimah sahaja.
BalasPadamKepada perkasa, cara lu sekarang membela kalimah allah nak bela agama islam tapi nak sesatkan lagi umat islam yg sekarang pun sesat.
Allahu Rabbi yang Maha Esa Pemilik 99 Zat Asmaul Husna yg Memiliki Sekalian Alam. Al-Quran kalamullah panduan kita, Muhammad ya Rasulallah yg sunnah baginda perlu kita turuti. Bukannya sembah kalimah, fahamilah Zat-nya, dalami Islam sedalam-dalamnya. Jadi pemimpin Islam mcm mana kalau sembah kalimah dan tak mngerti apa2, Islamnya hanya sekadar nama..nauzubillah. Hmm...mungkin sbb itulah salahgunakuasa tanpa batasan, seleweng wang rakyat, zakat, wakaf utk kepentingan peribadi.
BalasPadamWajibkan Usuluddin yakni Tauhid yg WAJIB FAHAMI dan PRAKTIKAL dalm diri seseorang yg beragama Islam.