16 Okt 2013

[KALIMAH ALLAH] Bekas Mufti Perlis Libas "Fatwa" Bekas Mufti Johor

Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad?

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi? -mk


7 ulasan:

  1. Sahih kata almarhum sultan iskandar yg noh gadut ni mufti nyayuk suatu ketika dulu yg dpt disaksikan life dlm tv.

    BalasPadam
  2. bila mufti umno mengeluarkan fatwa..

    BalasPadam
  3. Noh Gadut ini bila berfatwa, rujukannya bukanlah dari pandangan sharak tetapi pandangan UNNO iaitu mazhab yang dianutinya. Sayang ilmu tinggi akal rendah.

    BalasPadam
  4. Murtad Melayukah atau Melayu murtadkah??? Itulah yang dimaksudkan oleh Noh Gadut. Allah swt tak marah pun atas hal ni. Yang pasti jangan murtad dari menjadi orang Islam. Aku sanggup murtad dari menjadi orang Melayu tapi aku tak sanggup berpaling muka dari Allah swt, satu-satunya tuhan sekalian alam, termasuk semua isi di dalamnya.
    Mahathir, Azeez Rahim, Noh Mohamad, ... and the geng, murtad India menjadi Melayu.
    Inilah pemikiran orang Melayu UMNO yang singkat otaknya. Dulu kata Melayu akan hilang kuasa. Sewaktu Melayu kuat dulu (2004), wakil rakyat Melayu di parlimen hanya 123 orang saja. Sekarang Melayu dah lemah tetapi wakil rakyat Melayu di parlimen telah meningkat kepada 160 orang. Rupa-rupanya inilah cara sifir orang Melayu UMNO. Patutlah beli jam yang harganya RM100 dengan RM3700. Mampus kalau dibiarkan Melayu yang lemah sifir ni menjaga kewangan negara. Jadi kesimpulannya, bukannya Melayu yang lemah tapi UMNO yang lemah.
    Bila lagi Melayu UMNO akan sedar atau memang dalam hati dah penuh dengan benda-benda haramjadah yang dikedarah depa setiap hari?????

    BalasPadam
  5. Bro atas sekali tu tak mahu komen ker kenyataan ust Haron Din mengatakan kufur seseorang islam yg menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam dalam maksud bukan Allah yng satu.

    Ust Haron Taib juga melarang penggunaan kalimah Allah oleh orng bukan islam bagi maksud yng lain.

    Tak nak komen ker mereka ini bukan ulamak umno tau!

    BalasPadam
  6. penesihat ini kalau tak silap , kurang pandai berbahasa arab. sebeb itulah beliau tidak merujuk kepada kitabx arab.

    BalasPadam
  7. Noh Badut ni ada peminat dlm.PAS, Harun Taib dan Harun Din.Dua orang penyokong Noh Badut ni ancam nak keluar PAS jika Presiden PAS tak sokong Noh Badut.Amat baik sekiranya Harun Taib dan Harun Din tinggalkan PAS.Tak siapa yg akan menangis.Elok saki-baki geng Nasa dan Hassan Ali ni tinggalkan PAS.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.