Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kabinet dicabar membayar sendiri perbelanjaan petrol dan diesel yang selama ini dinikmati mereka atas pembiayaan wang rakyat secara percuma.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat cabaran itu berikutan kenaikan harga RON 95 dan diesel sebanyak RM20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.
Dengan kenaikan itu, RON 95 berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.
“Najib bertanggungjawab menaikkan harga minyak, wajarlah beliau mengarahkan semua Menteri Kabinetnya seramai lebih kurang 70 orang itu membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung wang rakyat.
“Mereka mesti berlaku adil kepada rakyat yang selama ini menanggung perbelanjaan ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Najib semalam memberi alasan kenaikan itu kononnya langkah rasionalisasi subsidi dan proses pengukuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana oleh kerajaan bertujuan memberi kesan positif kepada rakyat.
Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Pandan itu menolak alasan itu dengan membawa fakta bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan berganda kepada rakyat terutama golongan miskin.
Berdasarkan Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Kaji Selidik Isirumah 2009/2010, katanya, menunjukkan kenaikan itu memberi kesan lebih buruk kepada golongan miskin.
“Contohnya, golongan berpendapatan bawah RM500 sebulan membelanjakan 35 peratus pendapatan untuk petrol dan diesel sahaja.
“Mereka yang bergaji lebih RM4,000 sebulan hanya membelanjakan 10 peratus daripada pendapatan mereka untuk hal sama,” katanya.
Beliau turut menyangkal kenyataan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong BN di Parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan kenaikan itu tidak memudaratkan orang kampung kerana yang berkereta kebanyakannya orang kaya.
“Rakyat termasuk golongan miskin guna kerana bukan kerana pilihan tetapi keperluan,” kata Rafizi. -selangorku

Harga minyak naik: Hari-hari terakhir Najib
“Kenaikan harga minyak memperlihatkan kepada kita satu lagi babak kisah hari-hari terakhir seorang Perdana Menteri,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Sejarah berulang lagi. Apa yang berlaku kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kini sedang berlaku kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
"Sama seperti Pak Lah, Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan Najib juga membuat kesilapan seperti Pak Lah dalam pembentukan kabinetnya selepas PRU13," katanya.
Bagi Salahuddin, kabinet Najib yang baru dipenuhi oleh personaliti yang hanya dilantik dengan tujuan menguatkan kedudukannya menghadapi pemilihan Umno.
"Kabinet Najib dipenuhi oleh mereka yang hanya bertujuan mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, bukan mereka yang dapat memakmurkan negara dan rakyat," katanya.
Dengan latar belakang sedemikian, kata beliau, tidak hairanlah Najib melakukan apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah, iaitu menaikkan harga minyak yang secara langsung dan serta merta akan menaikkan kos pengangkutan, harga makanan dan juga harga barang-barang keperluan.
Kesemua itu, kata Salahuddin, akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi yang tidak terkawal atau runaway inflation.
Beliau melihat, kesemua faktor itu akan menguatkan apa yang diheboh-hebohkan sebagai ‘Gerakan Singkir Najib (GSN)’ di dalam Umno.
"Kenaikan harga minyak merupakan faktor ketiga yang akan memberikan lampu hijau kpd GSN dalam Umno untuk mempertingkatkan usaha mereka menjatuhkan Najib dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) daripada tampuk pemerintahan.
"Tokoh-tokoh dan ahli-ahli Umno yang tidak senang dengan regu Najib-Rosmah akan menggunakan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga minyak sebagai faktor utama dalam usaha penyingkiran tersebut," katanya.
Salahuddin juga menyatakan kekesalannya dengan tindakan Najib menarik balik subsidi minyak kepada rakyat.
"Subsidi minyak kepada rakyat Najib rampas, sedangkan subsidi kepada kroni-kroni yang menjadi tuan-tuan punya penjana kuasa bebas (IPP) tidak diusik sedikit pun, hutang setengah bilion ringgit (Tan Sri) Tajuddin Ramli dihapuskan manakala pemerasan kroni-kroni yang menjadi pemegang-pemegang konsesi tol di lebuhraya-lebuhraya diteruskan.
"Subsidi kepada golongan kapitalis diteruskan, contohnya melalui geran-geran Dana Mudahcara (Facilitation Fund) yang dikendalikan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjangkau berbilion ringgit," katanya.
Selain dari itu, kata Salahuddin, ratusan juta boleh pula diberikan kepada konsultan-konsultan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di bawah JPM, tetapi kalau kepada rakyat, subsidi yang tidak seberapa bagi setiap individu pun dirampas atau dikurangkan oleh kerajaan Najib.
"Sharizat boleh dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri dengan gaji menteri dan segala nikmat dengan jawatan tersebut, tetapi kapada rakyat marhaen 'no subsidy'. Inilah Najibnomics," katanya.
Salahuddin mengakui, adalah sukar bagi sesiapa pun menolak kemungkinan protes-protes rakyat akibat kenaikan melampau harga minyak akan tercetus dengan hebat.
"Tidak perlu sesiapa pun menghasut, kemarahan rakyat yang semakin membara amat jelas di mana-mana.
"Mereka sendiri yang berkempen secara besar-besaran menentang kenaikan harga minyak ini," katanya. -HD
Munafik buat kerja umpaman Udang disebalik Batu. Tiada satu perkara pun yang Munafik buat yang tiada agenda disebaliknya dan ini terbuktinya diaorang ganda BriM sepertimana janji PRU ke -13 tetapi disebaliknya diaorang naik harga petrol. Buat kerja alah "Udang disebalik Batu" adalah salah satu lagi sifat Munafik yang WAJIB yang mana orang yang beragama Islam dah lama dah tahu.
BalasPadamTetapi malangnya orang beragama Melayu yang sekepala dengan diaorang lebih ramai dari orang Islam.
So Muhasabah diri anda sama ada anda ni berada di kalangan "Umat Melayu" atau "Umat Islam". Ingat hanya Islam sahaja yang boleh selamat kita walaupun ianya ditentang dengan hebat di negara kita ni.
Letih dan Sedih mempunyai pemimpin yang tiada wawasan untuk mempertingkatkan ekonomi negara selain perah dari rakyat jelata.
BalasPadamNegara Pengeluar minyak tetapi membayar harga minyak yang mahal untuk rakyat jelata.
Negara Pengeluar kereta tapi harga dalam negara lebih mahal daripada harga luar negara. Yang sedih lagi ialah kereta dieksport ke luar negara lebih berkualiti daripada kereta yang di"eksport" ke dalam negara.
Betulkah Melayu ni hanya JUARA KAMPONG? Hanya tahu berkokok deras di halaman sendiri tetapi bila berada di antarabangsa, ... keluar tahi.
Tanya pakar ekonomi, apa kesan kenaikan harga minyak? Hanya munafikun sahaja yang memberitahu bahawa ianya tiada kesa.
Yang paling aku geli hati ialah kenyataan dari "menteri-menteri" bingung terutama dalam hal mengawal harga barangan. Pernahkah harga barangan dapat dikawal selama ni? Bila bercakap berapi-api seolah jaguh. Bila berdepan dengan peniaga, telur kecut. Nak kawal harga macam mana? Harga minyak sendiri pun tak dapat kawal. Sembang bodoh.
Benar kata2 anda. Menteri hanya pandai cakap,dah sekian lama harga barangan naik apabila berlaku kenaikan harga minyak. Apa yg kita nampak, semua yg keluar dari mulut PM tiada satu biji mata menteri yg berani bangkang, bahkan jadi nasi tambah belaka. Mengampu utk kepentingan peribadi semata2.
PadamAnon 12:28, sebenarnya orang melayu yg beragama Islam(org sedar) lebih ramai skrg dari orang beragama Melayu.
BalasPadamKemenangan NAJIB adalah kerana undian pendatang yg di bagi IC segera & lain-lain penipuan, jadi sbenarnya kita kuat skrg skiranya kita bersatu dan istiqomah dlm perjuangan. Marilah kita seru kenalan kita protes bterusan. Cuba perhati kaum2 cina & india, mereka ni sedar & sentiasa myokong pejuanagan kita. Jgn lupa tu.
Pandangan rakyat tak dipandang serius. Tatkala sampai musim pilihanraya barulah kerjaan BN bagi pelbagai subsidi dan janji-janji manis.
BalasPadamRakyat yang duduk di pendalaman serta kurang pendedahan akan termakan kata-kata manis ni.
Akhirnya, kita yang tinggal di bandar menanggung kos sara hidup yg makin tinggi.