27 Sep 2013

Kesilapan Tweet Najib Yang Amat Memalukan Negara


Najib Tersilap Tweet

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuatnaik satu status unik di Twitter @NajibRazak apabila melakukannya dari ibu pejabat Twitter sendiri di San Francisco, California.

Mungkin masih keliru dengan pengalaman berkenaan, Najib telah melakukan satu kesilapan apabila memuatnaik satu lagi status di Twitter, semalam.

Dalam status berbunyi, “Had a good chat yesterday with Mark Zuckerberg at Twitter HQ” Najib menyatakan dia berada di ibu pejabat Twitter sedangkan dalam gambar yang dkepilkan, beliau berdiri bersama Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg.

Kesilapan itu bagaimanapun segera disedari beliau dan dibetulkan sejurus kemudian.

Bernama melaporkan Najib memiliki lebih 1.7 juta pengikut dengan rekod lebih 5,000 tweet telah dimuatnaik sekalipun sebelum ini pernah Meld Magazine pernah menyatakan Najib merupakan pemimpin yang paling banyak mempunyai pengikut palsu di Twitter berbanding pemimpin-pemimpin dunia lain.

Portal atas talian itu pernah melaporkan, Najib mempunyai 40 peratus atau 1.41 juta pengikut palsu - bermaksud pemilik akaun yang mempunyai hanya beberapa pengikut dan tweet tetapi mengikuti banyak akaun.

Sebanyak 15 peratus daripada pengikut Najib tidak aktif, menurut laporan yang disiarkan pada 3 Mei sementara 15 peratus lagi dipercayai pengikut asli.

2 ulasan:

  1. Dua jenama yahudi yang menhancurkan Islam. Siapa berkawan maknanya subahat, perangai pun macam yahudi.Hai pemimpim Malayia kembalilah ke Islan sebenar, bersholat lima waktu, aurat keluarga hendak lah di jaga, jangan sekongkol dengan rasuah(komisyen),belanja ikut gaji,jangan bermewah mewahan itu perangai syaitan,ingat sesen duit kau ambil duit rakyat, dapatkah kau jawab depan Allah, nanti takut di dunia kau di sanjung tapi di ahkirat derita yang tak terkira.Bertaubat lah, bertaubat lah, bertaubat lah agar kau mendapat takwa.

    BalasPadam
  2. tak habis2 nak tipu ......... barangkali yang palsu tu hantu kot, macam pengundi hantu la tu, tipu...tipu...tipu

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.