18 Sep 2013

Kerjasama PAS-UMNO? Sorry, NTBL .. No Time Bo Layan..


PAS tolak kerjasama dengan Umno.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad berkata, tidak ada ruang kerjasama dengan Umno selagi ia tidak mengubah dasar dan perjuangan parti itu.

Khalid berkata, tawaran kerjasama yang diumumkan Umno hanyalah mainan politik parti itu semata-mata.

"Selagi Umno tetap Umno maka tidak ada ruang kerjasama, ia tidak akan langsung berlaku," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada satu sidang media PAS Selangor hari ini di Shah Alam.

Khalid yang dilihat menyindir parti itu berkata, isu kerjasama Umno dan PAS sering dibangkitkan parti tersebut.

"Mereka cerita hendak kerjasama tapi seolah-olah Umno ini biasanya kata mahu jadi kawan kita lepas itu dia ketuk kepala kita jadi bagaimana untuk kita mempercayai mereka," katanya.

Pada masa sama, PAS Selangor turut menjelaskan salah faham yang berlaku berhubung tahaluf siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat (PR) ketika Multaqa Ulama Se-Malaysia minggu lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abul Rani Osman media memberi gambaran salah berhubung perkara tersebut.

"Tidak salah dengan tahaluf siyasi tersebut kerana ia bertujuan menambah baik namun perbincangan mengenai keluar dari PR itu telah disalah tafsirkan," katanya.

Menurut Rani, PAS juga tidak memberi kekebalan kepada mana-mana ahli yang menggugat hubungan parti Islam itu dengan PR.

"Sejarah PAS membuktikan naib presiden PAS sebelum ini telah digugurkan pesuruhjaya juga kita pecat apabila mereka ini kita lihat terkeluar dari dasar perikatan PAS dan PR," kata Rani merujuk kepada Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hassan Ali.

Ia turut disokong oleh Khalid yang mengakui PAS gagal menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi parti itu.

"Kerana itu kita bertekad ingin meningkat kefahaman terhadap ahli-ahli PAS tentang perikatan ini,"kata Khalid yang juga merupakan ahli Parlimen Shah Alam.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menawarkan kembali kerjasama antara Umno dan PAS demi kepentingan umat Islam Malaysia.

Muhyiddin berkata orang Islam di negara ini masih belum berada di tahap terbaik terutama dari segi pembangunan ummahnya. -TMI


'Selagi hidup, aku tak layan kerjasama PAS-Umno'


PAS Selangor hari ini menyifatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008 banyak mendatangkan kebaikan dan membanggakan parti itu.

Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) menegaskan parti itu tidak pernah rugi dengan kerjasama dengan PKR dan DAP, sebaliknya memberi banyak faedah hasil daripada kerjasama itu.

ADUN Meru juga berkata kerjasama itu menyebabkan PAS diterima oleh kaum lain dan tidak hanya tertumpu kaum Melayu sahaja

"Melalui tahluf siyasi ini, PAS tidak pernah rugi ini malah paling banyak terima kebaikan," katanya dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

"Kalau dulu orang Cina, India dengar PAS takut. Tetapi sekarang mereka datang berduyun-duyun dengar kita punya ceramah dan dapat menerima Islam sebagi satu agama yang syumul," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kajian semula PAS dengan Pakatan mestilah untuk menambahbaik kerjasama sedia ada, ekoran resolusi persidangan ulama di Kedah hujung minggu lalu.

Resolusi persidangan ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah antara lain mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan.

Khalid: Dia ketuk, kemudian ajak kawan

Ditanya berhubung tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PNONEAS, Dr Abd Rani berkata:

"Selagi aku hidup, takkan aku layan benda itu".

Kemudian Timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad yang turut berada dalam sidang media itu mencelah:

"Saya nak petik kata-kata almarhum (bekas presiden PAS) Ustaz Fadhil (Nor), beliau kata Umno ni manusia yang pelik, dia ketuk kepala kita, lepas tu dia ajak jadi kawan.

"Lepas tu dia ketuk kepala kita lagi, dia ajak jadi kawan (lagi)," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.
-mk

7 ulasan:

  1. Diharap PAS dapat merehatkan ustaz old school yang dah tak releven dengan suasana politik zaman millineum. Tumpu perhatian pada bidang dakwah saja kerana itu kepakaran mereka.

    Kami setuju agama dan politik tak boleh dipisahkan tapi politik zaman tun razak dan politik zaman anak tun razak sudah jauh berbeza.

    BalasPadam
  2. Pelawaan Muhyiddin ni ada kaitan dengan sikap dan aspirasi beberapa orang dlm PAS(Geng UG) yg bekerja keras untuk tidur sebantal dengan UMNO.Khalid Samad memang tau dan kenal mereka malah pernah membongkar kegiatan mereka beberapa tahun yg lalu.Geng ni sangup melibatkan bekas DYMM Yang DiPetuan Agong,nasib baik TGNA cepat membau nagis mereka.Geng ini jugalah yg sekarang sibuk keulu-kehilir bekempen menolak gulungan profesional memegang jawatan-jawatan tertingi dlm PAS.Dan Geng ini jugalah yg inginkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat supaya senang berkawan dengan UMNO.Beberapa orang pemimpin Geng ni sudah banyak termakan "budi" UMNO,leher sudah terjerat.

    BalasPadam
  3. HIDUNG TAK MANCUNG,PIPI TERSORONG SORONG.

    BalasPadam
  4. Setelah ucapan DHT dalam Multaqa ulamak semalayaia tidak dipersetujui oleh berbagai pihak dan lapisan, tiba-tiba muncul pula pelawaan drp TPM ajak PAS bergabung dengan UMNO.

    Hairan juga saya. Macam ada kesinambungan maksud dan tujuan. Kalau terjadi perancangan ini saya tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku dgn PAS selepas ini.

    Kalau ikut hati memang untung PAS kawan dgn UMNO tak payah nak bantah undi hantu, undi pos, pengundi Banglasia dll. Perjuangan Islam tidak berlaku seperti itu yg Nasi SAW tunjuk dalam siroh Nabi menolak tawaran puak kuraish untuk diberi tahta, harta dan wanita.

    BalasPadam
  5. Bisikan setan @ iblis.
    Kenapa kita suka membuat iblis tu gelak ketawa dan riang ria?
    Kenapa kita tak mahu buat iblis tu menangis dan sengsara?
    Kita jangan sekali-kali membenarkan iblis gelak ketawa dan riang ria sebab dengan berbuat sedemikian bermakna kita semakin hampir dengan neraka Allah swt.
    Berazamlah kita dalam membuat iblis itu menangis dan sengsara iaitu berbuat apa saja yang diperintah oleh Allah swt. Insyaallah, syurgalah balasan Allah swt. Bernekad dan berwawasanlah kita.
    Janji setan @ iblis kat dunia ni memang indah dan sedap mata memandang tapi ..... aku tak suka lagi dengar bisikan setan. Itulah nekad aku.

    BalasPadam
  6. tak payah lah mengabihkan boreh aja.dgn umnooo .. ni

    BalasPadam
  7. Baru beberapa bulan selesai PRU13. Masa kempen PRU13 berbakul2 PR trutama PAS dikutuknya. Ceramah diganggu dan mcm2 lagi. Boleh percaya ke UMNO tu ikhlas buka pintu utk PAS. Menjelang PRU14 nanti onarnya akan bermula smula. Harimau tak akan beranak kucing. Pelanduk tak akan terjerat lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.