8 Sep 2013

Kau Siapa KJ Nak Menyibuk Dalam Hal Pakatan Rakyat?


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan mengingatkannya agar tidak mencampuri urusan Pakatan Rakyat (PR).

"Dia patut buat kerja dia dan lebih baik fokus kepada tugasnya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan PR," katanya Anwar merujuk kepada kenyataan Khairy menggesa pembangkang mewujudkan kabinet bayangan.

Khairy dilihat menyuarakan pendapat sama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berhubung perkara itu.

"Kita cabar mereka, sebab desakan sekarang datang daripada ahli Parlimen pihak mereka. Jadi jangan berdolak dalih lagi...namakan kabinet banyangan dalam masa terdekat," kata Khairy.

Kerajaan perpaduan

Merujuk kepada laporan Sinar Harian, Anwar berkata kenyataan beliau disalah erti oleh pemimpin Umno, dan menambah beliau tidak pernah mencadangkan kerajaan perpaduan.

Merujuk kepada Khairy, Anwar menegaskan "dia tidak baca perutusan Merdeka saya. Kenyataan saya merujuk kepada dialog.

"Saya hanya menyentuh empat isu, tadbir urus, jenayah, ekonomi, dan hubungan antara kaum,"katanya.

7 ulasan:

  1. Mr. KJ kau patut bersyukur kerana tiada banyak blogger mahu complain pasal you kebelankangan ini. Tapi lu cari nahas lagi, so bersiap sedia kena complainlah Mr. KJ.

    Bagus - bagus orang tak nak complain pasal you, you nak cari pasal. Mr. KJ ini, bukan caranya untuk jadi famouslah bro.

    BalasPadam
  2. jwtn menteri la kata kan ...

    BalasPadam
  3. Barangkali KJ risau tidak begitu disebut dialam media siber,
    Maka segera beliau memulakan sesuutu untuk menguji popularitinya... jangan salah ujii....
    Nanti tak habis ditaji.....
    Orang tak sebut nama mu tu syukurlah ini maknanya peluncur siber dah mual menerima kamu....

    BalasPadam
  4. Dlm UMNO kalau kamu x agresif menghentang pihak lawan susah lah nak bertahan. Kan pemilihan UMNO dah dekat. Tapi ingat dia naik pun dulu disebabkan mertuanya. Kalu nak harap kebolehan sendiri jawabnya masakkkkkkk.

    BalasPadam
  5. KJ ada talent. Dulu masa mula naik, ramai yang tak setuju dengan cara dia naik. Tetapi sekarang dia berjaya membuktikan kepemimpinannya, so jangan persiakan kedudukan yang ada. Mantapkan kementerian anda ! Jaga kain sendiri !

    BalasPadam
  6. Kesiann kj.
    Adakah dia nak cari nahas atau cari populariti untuk prhimpunan umno ini.
    Klau nak cari populariti jgn lah jaga tepi kain pr.carilah isu untuk mmertabatkan belia atau mmbina kualiti belia..
    Dia nak cari nahaslah ni...

    BalasPadam
  7. kj, tak perlu susah hati kabinet bayangan pr. dlm kabinet yg betul pun hang hanya dapat jawatan menteri yg jaga mat rempit umno saja. Ikut layak hang patut jadi menteri kewangan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.