Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak hukuman dua tahun penjara yang dijatuhkan terhadap 13 peserta demonstrasi dalam insiden rampasan kuasa di Perak pada tahun 2009, KeadilanDaily dipetik.
“Terlalu keras hukuman,” tegas Anwar dalam twitter. Anwar mengulas keputusan hakim Norsalha Hamzah yang memutuskan semua peserta didenda RM5,000 dan penjara dua tahun mandatori.
Sementara itu, Naib Pengerusi KEADILAN Perak, Chang Lih Kang pula menyifatkan hukuman berkenaan mirip seperti yang berlaku di Mesir sekarang.
Katanya, hukuman itu hanya mendedahkan kebobrokan demokrasi di Malaysia apabila hak asasi rakyat ditutup dengan penjara manakala pemimpin korup terus kekal berkuasa.
“Hukuman itu juga langsung tidak mengikut prinsip kedaulatan undang-undang apatah lagi hakim yang mengadili pula lebih cenderung untuk menghukum Orang Kene Zalami(OKZ) berbanding mendidik, ini tidak ubah seperti di Mesir!
“Apatah lagi tidak ada penangguhan pelaksanaan dibenarkan walhal Mahkamah Sesyen sepatutnya membenarkan perkara itu dilaksanakan atas budi bicara untuk menghormati OKZ dan keluarganya,” ujar Adun Teja itu kepada Keadilan Daily.
Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya tangan ghaib yang mengatur hukuman itu sebagai amaran supaya rakyat lain tidak bangkit menyatakan kebenaran.
“Ini yang buat kita khuatir kerana mahkamah yang sepatutnya menjadi tempat rakyat menuntut keadilan sudah bertukar menjadi gelanggang untuk tangan ghaib yang zalim menunjukkan keangkuhan mereka.
“Justeru, saya desak mahkamah segera membebaskan kesemua OKZ itu tanpa sebarang syarat kerana apa yang dilakukan tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan yang membolehkan himpunan aman dibuat,” katanya.
Tambah Lih Kang lagi, Pakatan Rakyat Perak turut mengadakan kutipan dana untuk membantu OKZ membayar denda RM5,000 yang dikenakan selain program kebajikan untuk membantu keluarga mangsa tersebut.
Ops Bubar: Hakim dengar permohonan Khamis ini
Mahkamah Tinggi Taiping hari ini menetapkan 19 September ini (Khamis) untuk pendengaran permohonan penangguhan hukuman yang dijatuhkan terhadap 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik Perak tahun 2009 lalu.
Hakim, Datuk Ahmad Nashfi telah menerima permohonan tersebut untuk didengarkan selepas bertemu dan berbincang dengan pihak peguam tertuduh ketika prosiding.
Peguam tertuduh, Aminuddin Zulkipli turut memfailkan perakuan segera bagi mempercepatkan pendengaran kes tersebut.
"Setelah berbincang, berjumpa dengan hakim, Yang Arif telah menerima untuk pendengaran penangguhan hukuman tersebut pada Khamis ini.
"Dan kita akan serahkan DPP (Timbalan Pendakwa Raya) sama ada mereka akan membantah atau tidak membantah permohonan itu dan kita akan tengok keputusannya," katanya.
Kesemua 13 tahanan tersebut akan turut dibawa ke mahkamah untuk pendengaran tersebut pada Khamis ini.
Ketika ditanya tentang peluang permohonan tersebut, Aminuddin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Perak menyeru seluruh rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat serta pencinta demokrasi dapat bersama-sama berdoa agar ada sinar kegembiraan dalam proses pendengaran itu nanti.
"Kalau tanya saya, sudah semesti saya kata ada peluang cerah, tanya peguam mana pun mereka akan jawab begitu," jelasnya dalam nada spontan.
Antara pimpinan yang hadir ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin dan Adun Kuala Sepetang, Chua Yee Ling.
Hadir sama ialah ahli keluarga tahanan dan aktivis masyarakat serta penyokong Pakatan Rakyat. -HD
Ketahuilah, tidak semua hakim mempunyai hati dan keimanan yg serupa. Malangnya bagi yg sering memutuskan hukuman mengikut laras undang2 yg betul menjadi tidak popular. Begitulah hukum dunia di negara kita. Mudah2an akan lahir lebih ramai hakim2 yg mempunyai iman & jiwa yg kental.
BalasPadamMarilah kita sembahyang hajat beramai2 supaya Allah memberi petunjuk kpd hakim itu.
BalasPadam
BalasPadamAgak2nya , apakah gamaknya yang sedang bermain di kepala hotak Hakim yang telah menjatuhkan hukuman tu , ye.......Tak pasal2 dulu mungkin ianya seorang hakim yang berwibawa dan adil dalam menjalankan sesuatu kehakiman tetapi sekarang , fikir2kan lah . Semuga hakim itu mendapat hidayah dan taufik kerana kebanyakkan rakyat malaysia sekarang ini sedang berdo'a di atas kezaliman yang telah di buat kepada 13 pendemo kudeta Perak. Ingat wahai hakim kubur kata mari dunia kata pergi. Daripada tanah kita dikeluarkan , kedalam tanah kita dikembalikan dan sekali lagi daripada tanah kita semua akan dikeluarkan nanti.