2 Sep 2013

Akhbar Mesir Bohong, Jutaan Rakyat Berdemonstrasi Bukan Ratusan!

Para penganalisa politik Mesir menilai, pemberitaan akhbar-akhbar nasional pasca-revolusi umumnya "bias" terhadap Ikhwanul Muslimin, terutama di masa pemerintahan Muhammad Mursi dan pasca-penggulingannya.

"Berita-berita media massa Mesir pasca-revolusi sangat bias dan kadang tidak proporsional yang menjurus pada pembohongan publik," kata Mamdouh Sabri dalam dialog interaktif dengan jaringan television Al Sharq Al Awsat, Sabtu (31/8).

Sabri merujuk pada laporan akhbar Al Shouruq terbitan Sabtu yang menyebut, jumlah demontstran Ikhwanul Muslimin pada Jumaat (30/8), hanya ratusan orang di Kaherah dan sejumlah ibu kota wilayah.

"Padahal jumlahnya ratusan ribu, bahkan jutaan di Kaherah dan sejumlah provinsi lain. Ini pembohongan publik,"
tutur Sabri. Demonstrasi Ikhwanul Muslimin yang disebut 'Jumaat Syuhada' tersebut, digelar di beberapa tempat di Kaherah dan di berbagai provinsi dengan mengusung beberapa tema. Aksi demo di Kaherah membawa tema, 'Jumaat Pemulihan Revolusi', di Iskandariah bertema 'Jumaat Penentuan', dan di Fayoum dengan temanya 'Jumaat Penumbangan Pemerintah Kudeta'.

Demonstrasi sejuta orang itu menimbulkan aksi kekerasan di beberapa tempat di Kaherah yang mengorbankan belasan orang akibat pertempuran dengan pegawai keselamatan. Jumlah korban jiwa yang muncul di media massa setempat juga tidak sekata. Al Ahram, misalnya, menyebut enam orang terkorban, Al Watan lima orang, Al Masri Al Youm tiga orang, dan Al Naba menyebut 15 orang terbunuh.

Akhbar nasional Mesir umumnya dimiliki pemerintah. Warga Mesir menamainya 'Al Jaraid Al Qaumiyah'. Selain itu, sejumlah parti politik juga memiliki akhbar sendiri seperti Al Wafd dan Al Ahrar. Namun, Sejumlah akhbar milik kubu Islam diganggu pasca-penumbangan Mursi dalam kudeta tentera pada 3 Julai lalu.

ULASAN GB

Hal yang sama juga berlaku di negara kita. Agensi berita nasional, BERNAMA dan media arus perdana di Malaysia melaporkan hanya "ratusan" orang hadir di perhimpunan BERSIH. Puluhan orang saja hadir ceramah peimpin Pakatan.

Tetapi jika acara BN, maka angka yang puluh pun sudah melonjak jadi ribuan.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan akhirnya menyerlahkan UNDI POPULAR berpihak kepada Pakatan, bukan Barisan. Ertinya majoriti rakyat di negara ini memilih Pakatan Rakyat sekalipun akhbar-akhbar bercetak dan media massa eletronik begitu bias. Kerajaan UMNO BN yang ada kni hanya menang kerusi, bukan undi, satu kemenangan yang tidak bermaruah. Dan hukum kebenaran dan keadilan akan menetapkan kemenangan yang tidak bermaruah itu akan tetap tewas akhirnya! Pembohongan media massalah penyebabnya.

7 ulasan:

  1. kita diMalaysia dah kenyang dipaksakan telan2 manipulasi, fitnah2, putarbelit oleh penipu2 melalui media2 dia sebagai lidah KERAjaan..

    BalasPadam
  2. sama setong taik media cari makan pembodek totok disini & disana ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  3. Inilah Resmi Lidah Syaitan walau di mana saja berada.Kebenaran dinafikan,Pembohongan dibenarkan.Sekutu Yahudi sememangnya amat takut kepada Kebenaran serta Realiti dan sentiasa saja Rakan Syaitan dijadikan Idola Dalam Tindakkannya.
    Malaysia dan Negara Negara Umat Islam(majoriti) sudah menjadi sahabat Israel secara tidak sedar apabila berhadapan Jemaah Islam.

    BalasPadam
  4. Ingat lah ulama2 UMNO kamulah yg pertama sekali akan dihumban ke neraka kerana bersekongkol dgn pemimpin zalim. Tentu kamu ingat hadith berkenaan. dah terang lagi bersuluh.

    BalasPadam
  5. Sedangkan ada dikalangan anak & isteri nabi2 terdahulu mati kufur, siapalah sangat mereka tu(ulama UMNO), bersyukurlah kita kerana diberi hidayah.

    BalasPadam
  6. Nampaknya krjn M'sia lebih advance drp kudeta mesir, kerana M'sia terlebih dalu mengamalkan cara tersebut terhdp pembakang.

    BalasPadam
  7. Kan penasihat yg di pakai krjn BN sama dgn penasihat kudeta mesir.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.