27 Ogo 2013

[VIDEO] Perusuh Fanatik ‘Buddha’ Bakar Lagi Rumah Muslim Di Myanmar

Perusuh fanatik yang anti-Islam membakar kedai dan rumah penganut Islam di Myanmar dalam satu pertempuran terbaru antara dua penganut agama itu, kata polis, semalam.

Gerombolan 1,000 penganut buddha telah membakar berpuluh-puluh rumah-rumah dan kedai-kedai di Htan Gone, sebuah kampung 16km selatan bandar Kantbalu dalam wilayah Sagaing.

Ia berikutan khabar angin bahawa seorang lelaki Islam telah ditangkap didakwa kononnya cuba melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita muda, menurut pegawai-pegawai dan saksi.

Menurut stesyen TV pemerintah Myanmar, kira-kira 42 rumah dan 15 kedai serta sebuah kilang beras telah dibakar dalam satu pergeseran berlaku Sabtu malam kelmarin.

“Kira-kira 150 orang berkumpul di balai polis semalam (malam kelmarin), sambil menggesa supaya tahanan itu diserahkan kepada mereka. Apabila polis tidak mengendahkannya, mereka mula membakar kedai-kedai berdekatan,” kata seorang pegawai kepada agensi berita AFP.

“Kedai-kedai ini dipercayai dimiliki oleh penganut Islam. Orang yang menyerang pula dipercayai penganut agama Buddha dari dua perkampungan setempat,” tambah sumber itu.

Al-Jazeera melaporkan corak keganasan terhadap umat Islam yang telah berlaku selama lebih daripada satu tahun dan tiada penyeleaian sehingga sekarang.

Ia seolah-olah sama coraknya, bermula dengan perbuatan jenayah terpencil, dan khabar angin tersebar yang mengatakan ia dilakukan oleh seorang Islam, tetapi kemudian ada keganasan perusuh sebagai akibatnya.

Ribuan penganut Buddha itu dilaporkan membawa pedang dan lembing sambil bergerak dan menyanyikan lagu kebangsaan Myanmar.

Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dilaporkan.

Beberapa rusuhan agama – kebanyakannya disasarkan ke atas masyarakat Islam – telah menyebabkan perpecahan dalam negara yang majoriti penganut Buddha itu, yang seolah-olah membayangi usahanya melaksanakan pembaharuan politik sejak pemerintahan tentera berakhir dua tahun lalu.

Kumpulan-kumpulan hak asasi telah menuduh pihak berkuasa gagal atau tidak bersedia menangani keganasan tersebut, yang menyebabkan sekitar 250 maut dan lebih 140,000 lagi kehilangan kediamannya.

Pihak Myanmar menafikan dakwaan itu. – Agensi


2 ulasan:

  1. org myanmar di sini pulak terlampau dimanjakan..

    BalasPadam
  2. Saya rasa untuk tidak membuat pembaca rasa marah, berita yang tidak tentu sah jangan dimuatkan di dalam blog. Kita tidak pasti sama ada berita itu disensasikan oleh satu-satu pihak untuk membenci pihak yang lain. Pembaca pula harus pandai bezakan berita mana yang betul dan mana yang salah. Dalam kes ini kebetulan majoriti orang Myanmar adalah Buddhis. Di Malaysia pekerja asing dari Myanmar ada yang Muslim and ada yang beragama Buddis. Biarlah mereka selesai masalah atau isu mereka sendiri. Salam.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.