Anwar sahkan, Najib tawar kerajaan perpaduan dengannya, lapor Asia Sentinel
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.
Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.
"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.
Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.
Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu.
Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13.
Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri.
Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13.
Dalam suasana yang ada, pemimpin Umno berpandangan, menawarkan sebarang hubungan dengan pembangkang akan melambangkan kelemahan Umno.
Dalam hal ini, Asia Sentinel membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu. -TMI
ULASAN GB
Usul dan tawaran Kerajaan Perpaduan oleh Najib membuktikan bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh beliau kini sedang berada di dalam keadaan lemah dan goyah. Sekalipun UMNO mendabik dada mengakui partinya masih kuat, dengan menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen, namun hakikatnya, hanya kerusi yang kuat tetapi tidak pada undi popularnya.
Apatah lagi kini MCA dan MIC telah di tolak oleh rakyat Cina dan India sebagai parti yang mewakili kaum mereka masing-masing. Maka BN hanya bertunjangkan UMNO dan ia tidak lagi menggambarkan "realiti" masyarakat Malaysia yang sebenar.
Apabila keadaan sedemikian berlaku maka, lambat laun nafas UMNO akan sesak dan akan tumbang dengan sendirinya bersama panji Barisan Nasionalnya itu.
Maka benarlah apa yang GB katakan sebelum ini, kememangan yang diperolehi dengan penipuan itu adalah satu kemenangan yang rapuh, kemenangan yang batil, kemenangan yang tiada berkat padanya dan akhirnya kemenangan yang sedemikian akan tetap binasa. Demikian hukum kebenaran dan keadilan.
Kalau Najib nakkan perpaduang(UG) dia kena ajak Hadi Awang dan Stopa Ali baru betul.Kalau DSAI dah salah orang.
BalasPadamSalam GB..
BalasPadamPencatuman diantara PKR/UMNO dikira hanya gimik politik. Najib dikatakan mempelawa Anwar hanya tak ubah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Sekali pun Anwar bersetuju namun ianya tetap dianggap pengkhianat memandang UMNO penuh dgn perasuah dimana Anwar sendiri menjadi penentangnya. jika ianya berjaya mencapai perpaduan bukan semua ahli dan akar umbi akan turut serta menyokong. Perlu diingat,kekuatan sesebuah parti bukan kerana pemimpinnya. Tanpa ahli akar umbi dan penyokong ianya tidak kemana. Apa lagi dikaca mata rakyat mereka tetap dianggap pengkhianat kpd arus perjuangan.
Dulu masa tak berapa ceredik saya rajin juga pergi menggetah burong
BalasPadamAda sekor burong tu jinak tak berapa jinak la tapi memang comey, kalu bab bekukok memang itulah yang membuat saya sentiasa teringat bekenan di hati. Bukan saya sorang, kengkawan saya pon kata gitu jugak
Ada sekali nak geroh burong tu dah terkena getah seorang dogtor, tapi entah macamana terlepas pulak kerana getah tu tak cukup kuat, tercabut juga beberapa helay bulu burong tu.
Lepas tu ada sekali dua hampir mengena getah yang dipasang.
Nampak gaya burong ni tak serik serik, kalau ada orang menggetah dia pi la dok main main melompat dekat dekat situ.
Berasa kalu kena pulak terip ni haroeh BAWAK OMOG.