2 Ogo 2013

"Tinggal BN Jika Tak Setuju Tuntutan Noh Omar"


Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar parti MIC, Gerakan dan MCA meninggalkan BN sekiranya parti itu tidak bersetuju dengan tuntutan untuk menyiasat individu yang mendedahkan gambar mengenai isu kantin SK Seri Pristana.

Jika tidak, kritikan seperti yang disuarakan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung tuntutan seperti itu hanyalah satu retorik semata-mata, kata Lim.

Beliau mengulas kenyataan Chua semalam yang menyifatkan ketua perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar "gila" kerana membangkitkan tuntutan seperti itu.

Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan UMNO dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh Omar mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu," kata Lim (kanan) dakan kenyataannya.

Begitu juga dalam pengetua SK Alam Megah yang mengakui memberitahu pelajar India dan Cina supaya "balik India dan China".

Lim berkata, pendirian MCA supaya pengetua sekolah berkenaan didakwa mengikut Akta Hasutan tidak akan dipandang serius, khususnya oleh Umno.

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan maaf pengetua SK Alam Megah itu "tidak ikhlas" dan menuntutu agar tindakan dikenakan ke atas guru berkenaan. -mk

3 ulasan:

  1. Chua semalam menyifatkan ketua perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar "gila"

    Kejadian menudoh orang lain gila biasanya kedengaran berlaku di Tanjong Rambutan, apabila dua orang gila bertemu mereka akan tudoh menudoh yang lawan bercakap dengannya gila dan menafikan diri sendiri gila, adakala membawa kepada begocoh.

    Rupanya kejadian begini berlaku juga di luar Tanjong Rambutan dewasa ini. Boleh jadi dua orang ini benar benar ada kriteria penghuni Tanjong Rambutan? Cuma mereka tinggal di luar

    CSL diketahui memang gila sex
    MatNoh pulak gila tanah 30 ekar

    Yang busuk berak orang, berak sendiri ..........?
    Tanya dua orang ini

    BalasPadam
  2. Politikus2 yg sudah muflis ide dan marwah tersungkur di tepi jalan dan di tepi katil. Apa yg nak di hiraukan.... jangan layan publisiti murahan yg dangkal....

    BalasPadam
  3. Sebab itu rakyat Selangor dah lamanya kick out UMNO dari pemerintahan negeri Selangor kerana adanya orang Gila di dalam UMNO Selangor. Gila kuasalah katakan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.