20 Ogo 2013

Simbol 4 Jari Erdogan Kini Disebar Di Facebook & Twitter Membantah Kekejaman Mesir


Simbol 4 jari itu dicipta oleh Erdogan, ya perdana menteri Turki yang paling vokal mengecam pembantaian pemerintah Mesir kepada rakyatnya. Ketika itu Erdogan mengecam keras pembantaian besar-besaran pada Jumaat dan Sabtu lepas di Ramses Square dan pengepungan Masjid Fatih oleh junta tentera Mesir.

Dan mulai Sabtu kelmarin, ramai telah memakai simbol 4 jari terutama pengguna sosial media (twitter, facebook) yang disebut-sebut menjadi simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk pendukung Mursi.


Erdogan yang mencetus simbol 4 jari tersebut pada Sabtu (17/8), menyebutnya sebagai simbol mengenang medan jihad Rabiatul Adawiyah (Rabi’ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir.

Simbol 4 jari memberi maksud Rabi’ah. Rabi’ah/arba’ah berarti Empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi’ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

2 ulasan:

  1. Turki satu-satunya Negara Islam yang mengikut aliran ahli sunnah wal jamaah.

    BalasPadam
  2. Piya score gol kel lwn pahang turut angkat 4 jari tanda sokong morsi. .

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.