17 Ogo 2013

Selepas Equador, Venezuela Pula Panggil Pulang Duta Besarnya Di Mesir


Presiden Venezuela Nicolas Maduro memanggil pulang duta besarnya di Kaherah, Jumaat (16/8/2013). Maduro juga turut menyeru agar kekuasaan Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Mursi, dikembalikan kekuasaannya, demikian lapor AFP.

Selain itu, Maduro juga mendesak pemulihan ketertiban perlembagaan di Mesir. Belia menuduh Amerika dan Israel berada di balik kejatuhan Mursi pada 3 Julai 2013. Menurutnya, kedua negara itu pun ikut serta terlibat dalam beragam konflik politik di bebeberapa negara, termasuk Syria.

Pada hari yang sama, Uruguay mengutuk pula kekerasan di Mesir. Negara itu turut menyeruk pihak yang bertikaian di Mesir untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka melalui dialog dan rundingan.

Setelah "pembantaian" pada Rabu (14/8/2013) menelan korban sekuranh-kurangnya 638 orang dan 4.000-an orang cedera, polis Mesir kembali menembak para demonstran pendukung Mursi pada Jumaat (16/8/2013). Data terakhir menyebutkan tak kurang dari 70 orang tewas terkena tembakan peluru tajam pada demonstrasi Jumaat.

Mursi terpilih dalam pilihanraya umum secara demokrasi pada Julai 2012, menggantikan rejim kukubesi Husni Mubarak. Majoriti pendukung Mursi adalah mereka yang turut serta aksi duduk bantah berhari-hari, yang kemudian dikenal sebagai Revolusi 2011 Mesir, yang menyebabkan kejatuhan Mubarak.

2 ulasan:

  1. malaysia bila lagi??

    BalasPadam
  2. Kami menyokong tindakan tentera mesir....jawapan dari hati penyokong ameno....org ameno mana suka ngan Islam

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.