6 Ogo 2013

[MACAM-MACAM HAL] Ada Pihak Mahu Rampas Jawatan "Yang Di Pertuan Agong"


10 individu dakwa pewaris agong ditahan berkumpul di Istana Negara

Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

“Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

“Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers,” katanya kepada pemberita, di ibu negara.


Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).

Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.

Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’. – Bernama

5 ulasan:

  1. ini game hebat mula2 tembak mnembak & skrg rancangan nk rmpas istana WOW!!! hebat game ni.. sure gomen akan laksanakan semua undang2 EO & ISA
    mula2 menteri akan ckp pmbangkang punca smua ni blaku... hehehe game hebat ni

    BalasPadam
  2. Sudahhlah penjenayah semakin hari semakin bertambah sekarang pengamal ajaran sesat pun bertambah seiring dengan penjenayah. Teruskan sahaja kerjamu pengamal ajaran sesat kerana polis Malaysia hanya nak tangkap orang perjuangkan hak rakyat. Penjenayah dan pengamal Ajaran sesat tidak akan ditangkap polis.

    BalasPadam
  3. Ini mesti geng Nor Omar..... kalau tak gila tak akan berbuat demikian.

    BalasPadam
  4. Bukan pe tu, maklum la kan dah nak raya. Dapat masuk lokap dapat makan tidur free dah tu tak payah bagi duit raya......... macam2.

    BalasPadam
  5. Satu sendiwara wayang yg dikhususkan untuk cover kisah tembak menembak dan minyak diesel

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.