11 Ogo 2013

Lajnah Ulama Saudi Kutuk Penggulingan Mursi


Lajnah Ulama Arab Saudi secara rasmi mengeluarkan kenyataan mengutuk dan mengecam kudeta tentera yang menggulingkan presiden Mesir Muhammad Mursi.

Kenyataan yang ditandatangani 56 orang para ulama tersebut menyatakan, tindakan tentera yang dipimpin Panglima Militer Abdul Fattah Al Sisi merupakan tindakan jenayah yang telah melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

"Yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Abdul Fattah Al-Sisi itu jelas merupakan satu pelanggaran ke atas kehendak rakyat yang telah dizahirkan di dalam pilihanraya," bunyi kenyatan para ulama tersebut, seperti disiar dari Middle East Monitor, pada Sabtu (10/8).

Menurutnya, Presiden Mursi merupakan presiden sah yang dipilih melalui pilihanraya. Penggulingannya merupakan pencabulan terhadap demokrasi dan melukai hati rakyat Mesir.

Kenyataan para ulama tersebut mendesak Pemerintahan Mesir sementara ketika ini untuk menyelenggarakan dialog bersama pihak pro Mursi. Kekerasan bukanlah jalan yang dapat memberikan penyelsaian, melainkan akan terus membawa negri Piramid itu ke kancah kehancuran politik dan ekonomi.

Lajnah Ulama Saudi itu juga mengutuk pertumpahan darah yang telah terjadi. Tercatat, sejak penggulingan Mursi pada 3 Julai 2013 lalu, lebih dari 250 orang terbunuh dalam aksi demontrasi aman.

4 ulasan:

  1. Dah berbulan baru nak kutuk? Wayang ke apa ni?

    Atau nak cover line selepas ramai dah tau raja saudi yang rancang semua kerja syaitan ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin jugak Raja Saudi bersentongkol dengan US dan Yahudi..

      Padam
  2. Memang pun dia org sekutu yahudi laknatuulah

    BalasPadam
  3. Tanpa Arab Saudi dan negara teluk dah lama ekonomi amerika muflis.Umarak saudi ialah hipokrit agama no.wahid.Memperdagangkan agama melalui urusan haji,siap dengan pelbagai cukai lagi.Kekayaan hasil minyak insyallah akan pupus disatu masa nanti.Dubai sedang membina industri perlancongan bagi mengatasi pergantungan pada petrol.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.