3 cedera, pro Morsi diserang samseng upahan
MESIR: Penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi yang berarak ke bangunan Kementerian Dalam Negeri semalam diserang oleh sekumpulan samseng upahan.
Aljazeera melaporkan samseng upahan tersebut telah melemparkan batu dan botol kaca ke arah peserta yang berarak dari atas balkoni bagi mencetuskan provokasi.
Suasana kelam kabut sehingga pergelutan tercetus dan polis kemudian melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.
Beberapa ribu penunjuk perasaan pro demokrasi telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut apabila pergelutan bermula.
Reuters pula menyebut samseng tersebut turut membaling batu ke arah penyokong Morsi.
Dua lelaki memegang parang dilihat mengejar peserta dalam perarakan tersebut.
Ribuan menyertai perarakan tersebut termasuk ulamak Al-Azhar, wanita dan kanak-kanak.
Dalam pada itu, Rabitah Ikhwan melaporkan sekurang-kurangnya 23 orang cedera termasuk ulama Al-Azharakibat serangan samseng yang dilindungi oleh polis tersebut. -HD
ULASAN GB
Nampaknya suku sakat mereka yang sekularis itu sama perangainya di mana-mana.
GB tidak menuduh UMNO itu serupa dengan golongan anti-Mursi, tetapi nampaknya perlakuan, gelagat dan tindakan mereka hampir serupa.
Jika berita di atas itu berlaku di Mesir dimana kumpluan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang merupakan seorang hafiz 30 juzuk Al-Quran diserang dengan balingan batu dan botol kaca, apa kurangnya di negara kita dimana golongan yang serupa (?) pernah membaling batu, besi, botol, kayu dan bermacam-macam lagi semasa ceramah Pakatan Rakyat sewaktu sebelum PRU13 yang lalu.
Sebagai bukti, sila baca semula:
klik untuk baca
anak murid yg mengamal ajaran yahudi bertebar keserata dunia bg menghalang kebangkitan islam.....tetapi sebenarnyer tanpa sedar kaum laknatullah itu perbuatan mereka itu sebenarnyer akan menunjukkan kpd dunia betapa laknatnyer bangsa yahudi itu sebenarnya....dan seluruh umat manusia akan sedar akhirnyer dan kebangkitan utk menghapuskan yahudi itu akan secara fitrah bangun didlm diri manusia sejagat seperti menghapuskan sesuatu wabak penyakit.....makanyer masanyer kian tiba akan kebangkitan itu.....
BalasPadam