17 Ogo 2013

[BERGAMBAR] Ustaz Azhar Idrus Terbabit Kemalangan Pagi Tadi


Shah Alam - Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya, pagi tadi. Namun, beliau dikatakan tidak mendapat sebarang kecederaan. Kemalangan berlaku di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Sementara pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan.

"Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zamri berkata Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.

Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu. - Bernama






4 ulasan:

  1. Innalillahiwainaillajirrojiun...
    Cuba hubungi UAI tadi utk bertanya khabar, alhamdulillah dia x cedera.

    BalasPadam
  2. Kenapa ustaz pakai kete mahal sangat gituuuu ... camry baru pun ok, badan tak sakit pun jalan jauh2 utk ceramah, lagipun kat Msia ni paling laju bole bawa 110-115km/jam. Klu laju sngat, org lain terpegun & kagum .

    BalasPadam
  3. nampak tak beza kualiti keta nasional dgn import

    BalasPadam
  4. Dugaan utk UAI. Selalu ceramah sana sini & di saat sedang sangat2 popular, diuji olehNya.

    Agak2nya atas alasan apa UAI pakai kereta mewah tu. Kerana keluarganya kaya? Dihadiahkan? Sedap driving? Kami peminat UAI nak tau sbb ustaz kan mmg tempat tanya soklan.

    Walaubagaimana pun jawapan2/ceramah2 UAI ttg hukum hakam dll bnyak membantu masy Islam dlm menambah ilmu & amal.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.