9 Jul 2013

[VIDEO] Penyokong Mursi Diserang Dengan Peluru Hidup Waktu Suboh


Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi.

Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.

Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.

Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah. -HD




9 ulasan:

  1. Semoga allah menangkan islam dan musnahkan musuh islam

    BalasPadam
  2. Mereka mahu memadamkan cahaya Allah ..............

    BalasPadam
  3. Adalah bukan satu perkara yang menghairankan kalau tentera mesir guna peluru hidup. Kepimpinan tentera Mesir dari dahulu telah dikuasai oleh Amerika dan Isreal Laknatullah. Jadi perangai tentera Mesir dengan tentera rejim Zionis adalah sama sahaja.

    PS: Of cause berita TV 3 yang rata - rata beragama melayu (Islam adalah tidak layak bagimu) akan menyiarkan berita yang memihak kepada tentera dan ini adalah for sure punya.

    BalasPadam
  4. Semoga Allah memberi kemenangan kepada Islam di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini....amiiin....

    BalasPadam
  5. Semasa penentang Mursi berhimpun tak tembak plak...nampak sgt double standard dan zionisnya sikap tentera Mesir ni. Pelik ada juga org Melayu yg ntah Islam ntah tidak dok menyokong penggulingan Mursi.

    BalasPadam
  6. semua penunjuk perasaan yang mati akan didakwa atas kesalahan 302 membunuh 3 pegawai polis. semua yang cedera akan didakwa 304 cubaan bunuh kerana mengusik polis. semut yang lari lintang pukang akan didakawa Sek4 akta hasutan.

    BalasPadam
  7. Ada org ckp, perubahan tak jamin kemakmuran. Benar, tiada jaminan. Tapi kezaliman pasti membawa kehancuran. Itu janji Allah. Sesunguhnya, Allah tidak penah memungkiri janji.

    BalasPadam
  8. Sungguh Dayus serang ketika orang sedang solat..dasar pengecut...semoga yg terkorban di dlm rahmat Allah...teruskan berjuang Sesungguhnya Allah bersama orang benar dan bersabar...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.