26 Jul 2013

[VIDEO] SPR Berkokok Lebih Bising Daripada Ahli Politik – Rafizi (updated)

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau telah mengulangi pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan kaitannya dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar dewan rakyat.

Rafizi mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof yang mencabarnya membuat pendedahan di luar parlimen sekiranya ‘beliau anak jantan’.

Menurut Rafizi, kenyataan dibuat di luar dewan sebelum ini mencukupi untuk pengerusi SPR dan timbalannya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar-mencabar, “siapa lebih anak jantan” seperti yang dimainkan sekarang,” ujarnya,.

Rafizi, yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, isu cabaran tersebut membayangkan sikap berat sebelah pengerusi SPR dan timbalannya.

“Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti “anak jantan”, “menipu” dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik,” tegas beliau.

Tegasnya, isu sebenar adalah kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan adil, bebas dan telus terutamanya mengenai pelaksanaan dakwat kekal.

“Apabila diselidiki, didapati ia berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain,” katanya.

Rafizi turut mempersoalkan mengapa syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihan raya termasuk dakwat kekal.

“Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihan raya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? ,” soalnya. -KD


5 ulasan:

  1. SPR anak pondan...hahaha

    BalasPadam
  2. MACAM AYAM BERAK KAPOR DAA, KOKOK KUAT TAPI PONDAN NAK MAMPUS ;) ABU JANGAN LUPA !

    BalasPadam
  3. Syor Rafizi dedahkan pula harta pengerusi dan timbalan SPR. Biar rakyat tau... kalau nak lucut biar sampai bogel jgn tinggal seluar dalam pn....

    BalasPadam
  4. SPR duduk Diam2. Satu dunia dah tau pasal dakwat tak kekal tu. Menteri BN dah pertahankan kesalahan yg kamu lakukan. Kisah pembelian secara rundingterus pun tak dinafikan dan tiada siasatan salahlaku. Jadi nak cabar Rafizi untuk apa? Nak kata di mahkamah bahawa kamu betul? Angkara kamu sorang pegawai tentera yang buat laporan benar menerima padah. Konon2nya nak kenakan Rafizi macam tu jugak ke. KEBALnya kamu. Insaflah.


    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.