16 Jul 2013

Pemimpin BN Terengganu Bagi-bagi Tanah Macam Mak Mapak Mereka Punya!


4 pemimpin BN miliki seorang sehektar tanah' Ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut didakwa masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.

Ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, empat pemimpin tersebut: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Nawi Mohamad (PT 6904), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Pada ketika itu, kata Dr Dzulkefly, Abdullah menjadi ahli Parlimen Besut, Nawi (ADUN Hulu Besut), Mohamad Pehimi (ADUN Kota Putera) dan Idris sebagai ADUN Jertih.

Ia bukan dimiliki pada penggal ini, tambah Dr Dzulkefly lagi.

"Inilah dia, tradisi mendahulukan penguasa politik. Kami cabar supaya terangkan apakah ini sebenar-benarnya hakikat," katanya di Markaz Besar Pilihan Raya PAS Besut di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.

"(Sedangkan) dalam kempen pilihan raya, mari dengan beri kambing, lembu. Kononnya projek membangunkan Kuala Besut yang paling terpinggir dalam empat DUN dalam Besut," katanya dalam sidang media pagi ini.

Dzulkefly: Dokumen akan didedah

Dalam sidang media itu, Dr Dzulkefly yang juga bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menunjukkan peta dan lokasi lot tanah itu dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, daerah Besut.

Ditanya sama beliau mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaannya, Dr Dzulkefly berkata:

"Itu akan didedahkan... Kita tahu... Jangan bimbang. Kami mahu mereka mencabar kami (balik).

"Kita semak. Setakat hari ini tidak ada siapa berani menyahut lontaran kami semalam," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi keempat-empat pihak yang dinamakan di atas. Setakat ini hanya Nawi yang memberikan responnya dengan mengakui perkara itu.

4 ulasan:

  1. Haa. Baru tahu ke ? perangai UMNO dah ada semenjak TUN M lagi,

    BalasPadam
  2. sungguh bangang penyokong dan pengundi umno yg x dapat apa-apa... semua dah dikebas oleh pemimpin umno/bn...

    BalasPadam
  3. Janji tinggal janji...harta negara milik sendiri, anak bini. & kroni...janji dicapati.!!!

    BalasPadam
  4. Penyokong BN dapat BRIM 500 Ringgit utk tempoh 55 tahun BN memerintah bukan main suka. Cuba bahgi berapa ringgit je setahun kamu dapat. Kena perbodoh sepanjang masa. Cuba tengok pemimpin BN jgn kata yg menang p/raya,yg kalah pun jadi kaya raya. Kamu dapat apa? Sudah2lah.Tak faham lagi ke?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.