5 Jul 2013

Mursi Dan Pemimpin Ikhwanul Muslimin Berada di Satu Penjara

Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera.

Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan.

Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan.

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua .

Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka.

"Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya.

Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih.

4 ulasan:

  1. It has become clear to anyone who aspires for the return of Islam that the game of democracy is a sham and completely rigged against the Muslims and that democracy is the system which was created to keep Islam out of the political field.

    BalasPadam
  2. kejayaan gerombolan anti-islam yang didalangi imperialis & samseng dunia terlicik amerika@zionis! moga Allah SWT selamatkan para pejaung agama Nya,aamiin ...

    BalasPadam
  3. Salam GB..
    Sebagaimana yang dirancang, Negara Mesir nampaknya terus bergolak. Kemungkinanya akan terus berlaku pertumpahan darah.Dalam rampasan kuasa ini,ianya telah pun menjadi revolusi kedua,selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak. Jelas di sini, negara Islam terus di ambang kehancuran yg didalangi golongan sekularisme yang berpaksi kepada duniawi dan kuasa. Selagi mana rakyat Mesir tidak bersatu di bawah panji2 islam, selagi itulah umat islam akan terus hidup malang di bumi sendiri.. Mandat Presiden Morsi sebagai presiden pertama negara itu yang dipilih melalui demokrasi perlu dipertahankan walaupun dengan jiwa dan darah.

    BalasPadam
  4. This is the conspiracy by the jews/zionist and support by locak munafiks Dearest my muslim brothers/sisters in Egypt any one who sincerely want to proress Islam,pls support Morsi.See Irag & Afganistan the non muslim countries control them.Pls Egyptians pls sholat, doa & jihad to Allah for Ikwanul Muslimin.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.