25 Jul 2013

Kenapa Wan Ahmad SPR Naik Kereta Rasmi K'jaan Terengganu?

Kereta ditahan, Timbalan Pengerusi SPR trauma - Bernama

Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Kuala Besut hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke Kuala Besut.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof. - Bernama

Ulasan GB

Adalah tidak wajar dan tidak patut bagi seorang anggota SPR menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri Terengganu - kerana ia memberi satu persepsi negatif wujud perancangan dan pakatan di antara SPR dan kerajaan BN Terengganu.

Dari segi undang-undang mungkin tidak salah seorang penjawat awam menaiki kereta rasmi sesebuah kerajaan negeri, tetapi selaku anggota SPR yang sepatutnya bebas dan berkecuali, perbuatan Wan Ahmad itu tidak beretika dan tidak wajar dilakukan.

GB bukan mempertahan tindakan ahli-ahli PAS yang menahan kereta yang dinaiki Wan Ahmad itu, tetapi kebenarannya: Wan Ahmad tidak sepatutnya dan amat tidak beretika bertindak menggunakan kereta tanpa logo SPR. Sedangkan berjuta peruntukan diberikan kepada SPR, nak bawa kereta SPR ke Kuala Besut pun tak boleh?

Apatah lagi Wan Ahmad, anak kelahiran Terengganu yang sebelum ini pun telah diragui peranannya semasa PRU12 (2004) ketika mana di pilihanraya itu, Wan Ahmad dilaporkan sentiasa kelihatan di Wisma Persekutuan (dimana terletaknya pejabat JPN) dan tiba-tiba BN berjaya merampas Terengganu dari tangan PAS pada PRU itu. Kita tidak menuduh sembarangan, tetapi kebenaran itu tetap kebenaran sekalipun terlindung ia dengan kebatilan.

Sepatutnya Wan Ahmad, sebagai anak Terengganu, awal-awal lagi tidak boleh dibenarkan melakukan sebarang kerja semasa PRK Kuala Besut bagi mengelakkan prejudis dan subjudis, tetapi Pakatan Rakyat tidak berbuat apa-apa untuk menghalang beliau. Maka bebaslah beliau untuk melakukan apa saja di atas nama Timbalan pengerusi SPR.

Sekalipun perhimpunan besar-besaran BERSIH dan Black 505 telah dilakukan oleh rakyat yang menuntut anggota SPR itu meletakkan jawatannya, nampaknya sehingga ke hari ini tiada tanda-tanda mereka akan melakukannya, malah bertambah galak untuk terus bersuara mendabik dada memperkecilkan suara rakyat yang ramai itu kerana mendapat sokongan kuat dari PM.

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap sampai juga nanti, paling akhir pun mereka tidak mampu menongkat langit dan "mati" itu akan tetap tiba juga. Tolaklah "kematian" itu nanti jika anda betul-betul amat berkuasa!

10 ulasan:

  1. BARUA NI MEMANG ADA UDANG DIBALIK BATU ! MENYALAHKAN RAKYAT KONON TAPI PEGAWAI SPR SENDIRI TIDAK IKUT PROSEDUR! MANA ADA UNDANG UNDANG IKUT SUKA HATI PAKAI KENDERAAN SELAIN SPR TANPA LOGO ! ABU JANGAN LUPA

    BalasPadam
  2. Di dalam PRU13 hari tu, UPU tempat aku bertugas jangankan kereta SPR, kereta peronda polis pun kami tak benarkan masuk ke kawasan pusat mengundi. Sebab tu semua saluran UPU kami menang.

    Mana-mana UPU yang benarkan kereta masuk dalam tempoh mengundi dan pengiraan boleh dikatakan ada saluran yang kalah.

    Jadi petugas UPU sememangnya perlu bertegas tidak membenarkan kenderaan mahupun individu, walaupun Boss Besar SPR sekalipun memasuki kawasan pusat mengundi selepas pusat pengundian ditutup hinggalah wakil calon mengesahkan bahawa mereka telah menerima borang 14. Kalau nak masuk juga minta untuk melakukan pemeriksaan kereta dan badan... walaupun hanya polis sahaja yang boleh, namun peduli apa... kita tak percaya sapa pun hari tu.

    BalasPadam
  3. etika berkerja boss-boss penjawat awam hancus.....!!!! itu sebab selalu kita tenguk kereta-kereta jabatan disalahgunakan .....hantar anak ke sekolah/tadika ... bawa pegawai melancung/berpesta/bersukan ...

    BalasPadam
  4. Apa salahnyer......Wan Ahmad cumer nak bagi tahu wakil kerajaan terengganu didlm kereta....tentang perancangan penipuan mereka berjalan lancar jer.....hihihihihi

    BalasPadam
  5. haku nak tanya la...

    wan ahmad tu tahu bekerja/tahu undang2.. tahu peraturan ke tidak...
    atau hanya berlagak serba tahu?

    org mcm ni.. xpayah la bagi bonus/bayaran sagu hati raya..
    apa pun xreti !!

    "Wan Ahmad tidak sepatutnya dan amat tidak beretika bertindak menggunakan kereta tanpa logo SPR. Sedangkan berjuta peruntukan diberikan kepada SPR, nak bawa kereta SPR ke Kuala Besut pun tak boleh?

    BalasPadam
  6. mati pasti datang.....azab kubur akan menanti...

    BalasPadam
  7. TENGOK MUKA BARUA NI PUN DAH BOLEH MEMBATALKAN PUASA AKU. AKU DOAKAN SEMOGA PENIPUAN DAN SEMUA PENGKHIANATAN YANG ENGKAU LAKUKAN SEPANJANG TEMPOH KAU BERADA DI TAMPOK KUASA SPR AKAN DIBALAS ALLAH SWT SECEPAT CEPATNYA SEBELUM TIBA AJAL KAMU. AMIN

    BalasPadam
  8. Nak tanya sepatah. SPR negeri Trg tak ada kereta rasmi jabatan ke? Atau tak sepadan dgn pangkat beliau naik kereta SPR negeri.

    BalasPadam
  9. memang benar GB, akhir kalam kita akan kembali bertemu Allah, hari ini kita ada sedikit kuasa yg di beri tanggongjawab, tetapi sekiranya amanah yg di berikan ini tidak di jalankan secara adil, InsyaAllah tuhan akan tunjukkan di pengakhiran hidup kita atau puan tunggulah di lapangan Rabbul Jalil siapa kita yg hebat, atau Allah yg maha hebat. oleh itu sadar lah kita tidak akan menongkat langit, hidup ini bak putaran roda...beramanah lah..

    BalasPadam
  10. Kalau dah tahu tindaknnya itu salah kenapa diteruskan juga..(.boleh menimbulkan berbagai implikasi negatif) bangang namanya. Dia buat deeek terhadap tuntutan rakyat. Inilah manusia durjana yang angkuh.Bertaubatlah sebelum terlewat.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.