9 Jul 2013

Ahli Parlimen Bukan Islam DAP Azam Berpuasa Sebulan

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.

"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.

"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.

"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya.

Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.

"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.

"Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya.

Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau sudah memeluk Islam.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini.

DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno.

Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam. -TMI

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah...Tahniah doktor!saya berdoa semoga doktor mendapat hidayah dari Allah di bulan yang mulia ini. May Allah bless u..

    BalasPadam
  2. Semoga cina ni beroleh hidayah Allah. Amin

    BalasPadam
  3. Beliau akan menjadi pengikurt Nabi Isa yang taat.

    Cuma perlu perjelaskan pada dia akan Aqidah Nabi Isa yang beliau beriman itu. Jika beliau beriman bahawa Allah itu satu dan Isa adalah nabi, maka puasanya adalah sah pada sisi syarak kitab Injil.

    BalasPadam
  4. Jika beliau beriman bahawa tuhan adalah satu, maka puasanya adalah sah (pada syarak kitab injil)

    Beliau dianggap ahli kitab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf...rasanya bukan ahli kitab...harap yg lebih arif blh beri pencerahan...tp tetap puji sikap dia...harap benar2 ikhlas
      Sniper

      Padam
  5. Alhamdulilah semoga diberi hidayah dari Allah S.W.T. dan menjadi salah seorang daripada saudara kita.

    BalasPadam
  6. Tahniah dan amat baik niat org DAP ni. Sesiapa di kalangan org Islam yg mengenalinya wajar menunjuk ajar kaedah umat Islam berpuasa seperti waktu bila habis bersaur dan mula berbuka. Sebaiknya berbuka dengan korma. Mana tau dgn niat sucinya Allah membuka hidayah kepadanya. Siapa yang tak kenal Omar Al Khotob sebelum islamnya. Bukan setakat melakukan perkara yang keji bahkan membunuh anak perempuannya sendiri yang masih kecil. Pun begitu dgn menganut Islam dosanya dihapus dan surga yang dijanjikan kepadanya. Begitulah hebatnya Islam. Bukan Islam setakat solat, puasa, zakat haji jer tau.... Beriman kepada Al-Quran keseluruhannya termasuk hukum hakam seperti hudud, takzir dll dan dilaksanakan. Bukan setakat dipertandingkan, diumum siapa pemenang, bagi hadiah lepas habis cerita. Tahun depan bertanding lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.