30 Jul 2013

Ada Surat Terbuka Untuk Tuan Guru Nik Aziz

Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.

Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:

“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.

Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.

Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.

Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.

Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?

Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?

Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.

Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.

Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.

Beliau juga di maklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.

Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.

PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.

PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani masyarakat dan isu.

Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan. – 29 Julai, 2013.

* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.

14 ulasan:

  1. Darah hijau Shahril Azman dah terlalu dan semakin pekat nampak macam biru pulak....

    Shahril Shahril Shahril Azman. Jangan jadi hero dari pemuda gombak...

    Kemu dah menyingkirkan diri kamu dari berjemaaah dan bersura.....

    BalasPadam
  2. nada shahril azman ni nampaknya ada nada kecewa dan ada juga phd dalam dirinya.beliau dicadangkan banyakkan istighfar dan musabah diri dulu sblm memberi apa2 komen.

    BalasPadam
  3. Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.
    Janganlah kita menberi bola tanggung keoada UBN dan tidak menjadi Abdullah bin Ubai moden

    BalasPadam
  4. Rasa2 tak akan ada pemimpin baca dan ambil tindakan

    BalasPadam
  5. Yg bagi sumbangan kat nasarudin tu seorang doktor serta kontraktor lynass memang betul.Tetapi beliau adalah ahli pas.

    BalasPadam
  6. Kalau nasarudin tu bersalah mengambil sumbangan dari doktor @ kontraktor tersebut maksudnya seluruh ahli pas kawasan beserah & balok turut bersalah kerana mengambil sumbangan oleh doktor @ kontraktor lynas tu mengenai sebidang tanah yg d beri oleh beliau utk di buat markas pas.

    BalasPadam
  7. Tetapi banyak isi dalam surat terbuka ni aku setuju.Dewan pemuda pas ni buat seperti mereka alim lebih daripada yg lain.Kadang2 sombong tak bertempat (bodoh sombong).Hanya tahu serang & kritik rakan2 sendiri lebih dari musuh pula dan sentiasa bg peluru utk pihak umno.Patutlah budak muda lebih dekati SAMM @ AMK.Kalau yg ikut DPP budak mngaji pondok ajelah..

    BalasPadam
  8. Darah hijau Shahril Azman dah terlalu dan semakin pekat nampak macam biru pulak....

    Shahril Shahril Shahril Azman. Jangan jadi hero dari pemuda gombak...

    Kemu dah menyingkirkan diri kamu dari berjemaaah dan bersura...

    nada shahril azman ni nampaknya ada nada kecewa dan ada juga phd dalam dirinya.beliau dicadangkan banyakkan istighfar dan musabah diri dulu sblm memberi apa2 komen.

    Rasa2 tak akan ada pemimpin baca dan ambil tindakan

    nada shahril azman ni nampaknya ada nada kecewa dan ada juga phd dalam dirinya.beliau dicadangkan banyakkan istighfar dan musabah diri dulu sblm memberi apa2 komen.

    Tetapi banyak isi dalam surat terbuka ni aku setuju.Dewan pemuda pas ni buat seperti mereka alim lebih daripada yg lain.Kadang2 sombong tak bertempat (bodoh sombong).Hanya tahu serang & kritik rakan2 sendiri lebih dari musuh pula dan sentiasa bg peluru utk pihak umno.Patutlah budak muda lebih dekati SAMM @ AMK.Kalau yg ikut DPP budak mngaji pondok ajelah..

    BalasPadam
  9. Ulamak belum tentu mukmin. Berlambak yang munafik. Bekas pelajar seklar belum tentu munafik/fasik. Berlambak yg syahid.

    BalasPadam
  10. Yup...patutlah kita belum ditakdirkan menang dlm pru 13...

    BalasPadam
  11. bila ada org2 yg berjiwa berotak umno yg jadi pimpinan pas

    BalasPadam
  12. Nasrudin bin Hassan dah jawab dan mengatakan yang surat terbuka ni fitnah. Tapi, tentang 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang tak disentuh pun.

    BalasPadam
  13. Bila agenda peribadi melebihi agenda memartabatkan islam... Manusia seringkali lupa..

    BalasPadam
  14. Kih kih kih...

    "...Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar."

    Tak habis-habis perangai macam ni...

    Adik beradik tumbuk dulu baru tanya "Ko mengaku tak?"

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.