25 Jun 2013

Tutup Jonker Street, Bukti UMNO BN Melaka Dendam Kesumat Terhadap PR

Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi.

Demikian ulas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua yang menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan.

“Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu.

“Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang,” katanya dalam satu siaran media.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak menolak tindakan tidak cerdik dengan mengajar pengundi Cina melalui cara ini adalah disebabkan komuniti itu tidak lagi memihak kepada BN dalam PRU13 lalu.

“Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu,” ulas Pua.

Beliau berkata, apa yang diperlihatkan BN ini adalah wajah hipokrit sebuah parti yang kononnya mengamalkan “1Malaysia” seperti yang menjadi slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

“Tetapi kita telah diperlihatkan wajah 1UMNO yang mementingkan kroni dan puak-puak mereka sahaja,” ujar beliau.

Sebelum ini, Kwong Wah Daily melaporkan bahawa Idris Haron dipetik sebagai berkata “kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka. Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira.”

Akhbar itu juga memetik Idris sebagai berkata keputusan penutupan pasar malam oleh Majlis Eksekutif Melaka itu pada 12 Jun lalu adalah kerana “mengikut kehendak orang ramai.”

“Persoalannya kini, adakah pasar di Petaling Street juga akan menjadi mangsa politik jahiliah UMNO akibat kecewa dalam PRU13 yang lalu?” Soal Pua.

“Dalam pada kerajaaan PR membantu dan berkhimat kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mahu pun fahaman politik, kita telah menyaksikan kegelojohan BN memangsakan hidup dan periuk nasi rakyatnya.

“UMNO telah tunjukkan taring perkaumannya dan kita seluruh rakyat perlu menghentikan penularan wabak ini,” kata Pua.

Sehingga kini, Perdana Menteri , Najib Razak masih belum memberikan komen beliau berhubung penutupan pasar malam Jonker Street.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa janjinya untuk berpegang pada prinsip 1Malaysia adalah sia-sia dan palsu belaka. – Roketkini

6 ulasan:

  1. Hati dia orang ni sama dgn Yahudi.....

    BalasPadam
  2. Bn menang...dendam kesumat mereka diterjemahkan dgn penutupan Jonker Street...apa najib nk kata slpas tunggu and dengar..sy sbg bbangsa melayu merasa malu and x tau nk letak muka..sbb rakyat malaysia adalah sekeluarga..jgn jdkan isu perkauman..dgn tindakan mereka itu..

    BalasPadam
  3. Sedarkah puak UMNO-BN dah mulakan langkah perang perkauman? Kan baru-baru ni depa dah tolak meritokrasi dengan alasan kononnya orang Melayu teraniaya dan orang Cina/India memperolehi kelebihan dalam hal ini. Depa kata setakat ni hanya ada 35% orang Melayu belajar di IPTA. Satu fakta yang amat dangkal yang sengaja menimbulkan kemarahan orang Melayu, terutama yang bodoh-bodoh tu le.
    Kenapa Melayu tak mampu bersaing dengan orang bukan Melayu? Tanya BN amnya, UMNO khasnya. Kan bangsa Melayu dah dilatih menjadi bangsa subsidi dan minda mereka diracuni dengan sifat acuh tak acuh. Kecemerlangan hanya di bibir sahaja. Adakah Melayu tak mampu cemerlang macam orang bukan Melayu? Adakah Melayu tidak cemerlang kerana orang bukan Melayu? Satu pemikiran yang dangkal dan jahat cuba disemai oleh puak ini agar Melayu bangkit menentang orang bukan Melayu. Kenapa perlu kita menentang orang bukan Melayu atas alasan kita cemerlang? Adakah kita mengaku yang Melayu ni memang tak cerdik, tak cemerlang atau dengan kasar kita kata orang Melayu memang bodoh belaka? Tepuk dada tanya iman.

    BalasPadam
  4. AKU ANAK MELAYU MELAKA. AKU TAK SUKA SIKAP PEMIMPIN MACAM NI . KAT MELAKA HABIS PRU13, MELAYU CINA INDIA DAN LAIN LAIN HIDUP AMAN DAMAI. ORANG POLITIK JANGAN MAIN API PERKAUMAN. DAH JADI KM MELAKA CUBA BUKA MINDAH ANDA MACAM MANA NAK MAJUKAN LAGI NEGERI MELAKA NI. BELAJAR TINGGI TINGGI TAPI OTAK JANGAN LETAK KAT LUTUT.

    BalasPadam
  5. Menteri besar yang bodoh, kianat lagi tak berjiwa rakyak perlu meletak jawatan dengan segera. Reformasi!!!

    BalasPadam
  6. Kalau sudah orang tidak suka janganlah kau kacau periuk nasi / mata pencarian orang. Punyalah tidak berhati perut ketua menteri Melaka. Kau jagalah suatu hari nanti Allah akan balas segala perbuatan tidak berhati perutmu nanti.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.