6 Jun 2013

PAS Kemuka Petisyen Minggu Depan, BN Paling Banyak Fail Petisyen


PAS akan memfailkan petisyen Pilihan raya Umum ke-13 bermula minggu depan di enam buah negeri.

Setiausaha Jawatankuasa Khas Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata setakat ini, terdapat lapan petisyen yang disahkan akan difailkan, tidak termasuk enam dari Terengganu.

"Setakat ini, jumlah petisyen yang disahkan lapan, tidak termasuk enam dari Terengganu. Jika Terengganu memutuskan enam petisyen, maka 14 petisyen akan difailkan. Mungkin juga akan berlaku perubahan sama ada hanya lima yang difailkan Terengganu, bergantung kepada keputusan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) esok," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Kerdee berkata pada asalnya sebanyak 20 petisyen akan difailkan, bagaimanapun selepas enam kali bermesyuarat dan beberapa saringan dilakukan, jawatankuasa bersetuju untuk memfailkan lapan petisyen.

Petisyen tersebut akan difailkan di Wilayah Persekutuan, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, dan Terengganu.

Menurut Abang Kerdee, semua petisyen yang bakal difailkan mempunyai asas dan bukti yang kukuh.

Sementara itu, PKR dikatakan akan memfailkan 27 petisyen di mahkamah, manakala DAP akan memfailkan tiga petisyen.

Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) juga dilaporkan akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan. -HD

5 ulasan:

  1. Slm GB
    "smokescreen " je tu.....kita da tau n faham sgt aksi2 plastik be end.....perkataan "justice" tak ada dalam kitab parti be end.....
    Konon nak file 50 petiton....saja depa nak overwhelm kes filing petition untuk tenggelamkan petition genuine Pakatan Rakyat.....last2 habuk pun tarak....mark my words.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Justice is lost justice is raped justice is gone....quote lagu metallica jap

      Padam
  2. Aku dah agak , Merika akan kata , Bukan Petisyen dari PR saja yg gagal Bahkan dari BN pun gagal juga, ini membuktikan bahawa kita SPR tidak DOUBLE STANDARD dalam tindakan memberi keadilan kpd pengadu, TUNGGU dan LIHAT saja, wayangchina dah bermula dari BN

    BalasPadam
  3. BN:Bau Neraka
    Dia hulur rasuah kemdian dia buat petition.

    Dia ugut pengundi kemdian dia buat petition.

    Dia dengan SPR menipu pengundi kemdian dia buat petition.

    Dia blackout tempat mengira undi kemdian dia buat petition.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, bagus, bagus biar BN banyakkan petisyen, itulah yang sangat-sangatt diharapkan oleh pakatan rakyat. Sekarang sudah jelas bahwa SPR menipu.....Dan kita pastikan kedua-dua SPR tu meletak jawatan dan kita ambil SPR dari luar baru BN tahu langit tinggi rendah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.