1 Jun 2013

BN Fail 50 Petisyen: Zahid Hamidi Dah Boleh Berhijrah ke Negara Lain!


Fail petisyen PRU, kenyataan Zahid kena batang hidung sendiri

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

“Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.

“Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),”
ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.

Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

“Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.

“Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu,” ujarnya. -KD

8 ulasan:

  1. UMNO ni mana ada maruah...!!Mereka ini akan jilat balik bukan saja ludah bahkan kahak hijau pun mereka akan jilat balik....asalkan masyukkkkk!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN akan petisyen silap haribulan lebih awal dari PR. Keputusannya.....ditolak.... SPR betoi..sokmo..

      Ini semua wayang jer...

      Padam
  2. Bukan tidak yakin tapi untuk menyakinkan rakyat bahawa SPR adil dan telus ..kalau tak telus macamana BN pun buat petisyen.

    Saya amat gembita sekali kalau BN benar mahu membuat petisyen, dah lah menjilat balik ludah mereka...

    BN 50 dan pakatan 29 nanti kita boleh sama-sama saksikan dengan elbih jelas disampoing kedua-dua SPR tu letak jawatan...atau kita ambil SPR dari luar itu pun kalau BN beranai....kita lihat siap yang kena kot-kot nanti Bn pulak akan hilang wang pertaruhan mereka..

    BalasPadam
  3. Hat kena pindah tu bukan ZAHID HAMIDI,
    Dengag angin angin depa dok becakap di kedai kopi kata hat kena pindah tu ZAHID KOMEDI, pasai apa mengkalu dia tak mau pindah depa kata dia KENA JILAT BALIK AYAG LIOG dia, depa kata KAHAK PON ADA.
    Tak tau la dia nak jilat ka? dia nak pindah ka?
    Mengkalu dia jilat tak payah pindah
    Mengkalu pindah tak payah jilat

    Tapi menghalu dia jilat, MANA NAK TAROH AYAG MUKA?,
    Kalu jilat pon ayag liog dia jugak, BUKAN KA?

    Depa kata banyak ayag liog tu bukan sikit.
    Kalu banyak tak payah jilat, buleh SEDUT PAKAI STRAW macam sedut ayag lamnet.
    Aaeee GELEMAN aku

    BalasPadam
  4. Dasar munafikun. Bercakap apa saja, janji lepas diri. Lepas ni, hangpa dengaq, dia akan kata media yang salah tafsir maksud dia.
    Dasar munafikun. Lidah bercabang. Lidah bercabang, mana mungkin berbicara dengan telus dan penuh integriti? Satu lidah kata ya, satu lagi kata tidak.
    Orang Melayu juga yang tak kenal siapa Zahid ni? Ingat hanya "Manickam yang Kenal JAUHARI", bukannya Manikam yang kena Johari, tambah-tambah lagi Johari Baharom. Ingat suatu masa dulu, dia letak DR. di depan namanya. Mengajar pun malas, tanya anak-anak murid. Cikgu yang paling malas di dunia.

    BalasPadam
  5. Apakah niat sebenar petisyen BN ini?
    Jika betulx petisyen ini adalah kerana SPR telah tidak menjalankan tugas dengan sempurna, apa masalahnya kalau PRU 13 di buat semula? Kedua-dua pihak PR dan BN telah mengatakan SPR telah gagal dan kedua-dua pihak tidak puas hati dgn keputusan PRU13.Untuk menyelesaikan masalah kedua-dua pihak ini, eloklah PRU13 dibuat semua. Tapi dengan syarat kaki tangan SPR yang ada sekarang terutama sekali Pengerusi dan Timbalan Pengersi di tukar sepenuhnya. Semua kepincanganx yg terdapat dlm PRU13 yang lepas diperbetulkan terlebih dulu. Lepas itu, baru keputusan PRU tersebut tidak akan dipertikai olih kedua-dua belah pihak.

    BalasPadam
  6. kalau kedua-dua pihak pun dah tak puas hati dengan cara pilihanraya itu dijalankan, baik SPR mengisytiharkan pilihan raya ke-13 tak sah dan pilihan raya dibuat semula.

    BalasPadam
  7. anon 2/6/13 11:24am

    ye, ko punye komen yg betul, itu semua wayang.. jd pr xyah le bawak ke mahkamah sbb petisyen bn pun dh cukup mmbuktikan spr xbrp cekap buat kerja.. jd kalo akhirnya bn pun xleh pegi, apatah pula pr.. ish, ish, ish.. petisyen bn pn byk mlibatkn kaw parlimen jd mmg xtelus lah.. pru je lg semula, kan sng, xyah kempen dah sbb rmai rakyat skrg dh jd penceramah di merata kedai kopi & masjid2.. tetasp je tarikh, kami semua turun undi, xde hal..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.