26 Jun 2013

[BERGAMBAR] Bumbung Runtuh Di Kuarters Kerajaan Blok B, Presint 15 Putrajaya


Putrajaya: “Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat,” kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam.

Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ.

Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan.

“Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan.

“Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. “Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini.

“Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh,” katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam. -HM


5 ulasan:

  1. Membazir wang negara serta menyusahkan rakyat. Arkitek, jurutera dan pengarah berkaitan perlu meletak jawatan dengan segera.

    BalasPadam
  2. mesia darul runtuh? hanya gomen kamjat saja tak runtuh;)ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  3. Kontraktor mana yang kau upah ini?? Ini baru bumbung runtuh tak lama lagi bangunan kerajaan pula yang runtuh. Inilah hasil kerjanya kalau kroni yang tak bertauliah disuruhnya untuk buat bangunan kerajaan yang sepatutnya harga 10 juta tapi realitinya hanya 500 ribu sahaja.

    BalasPadam
  4. NaK bUaT mAcAmAnA,

    pasokan pentadbir creat pojek ADA BAHAGIAN, harga sebenar tak seberapa tapi pojek dicadang lulus dengan berlipat ganda MAHAL. DUIT TITIK PELOH KERINGAT RAKYAT YANG BAYAR CUKAI DISANGAK OLEH PENYANGAK TERHORMAT,

    iTuLaH kErAJaAn KiTa
    iNiLaH bArIsAn KiTa
    menang ngundi pon TIDAK
    senator pon BUKAN
    Inilah wajah sebahagian MENTERI dan TIMBALAN MENTERI kita

    "Wahai tuhan lindungilah aku berserta zuriat keturunanku dari fitnah DAJJAL, Amin"

    BalasPadam
  5. 4 komen kt atas ni x bijak x pandai a.k.a stupid. Bencana alam mana boleh nak halang. Design mcmama hebat pun kalau angin kuat, ttp runtuh. Poyo

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.