16 Mei 2013

[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Himpunan Black 505 Di Ulu Tiram Johor


Lokasi asal Dataran Bandaraya Johor Bahru... terpaksa berpindah tempat atas nasihat dan pandangan Polis Johor kerana tempat asal itu kepunyaan Kerajaan Negeri lagi pun Pegawai Daerah Johor Bahru tak izinkan.

Berpindah lokasi diminit-minit terakhir ke Depan Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor.

Notis dihebahkan kepada rakyat sekadar tak sampai 2 hari.. Itu pun buat di internet melalaui laman sosial , twitter dan blog saja.

Ingatkan sudah pastilah hambar sambutan yang diberikan..Alangkah terkejutnya beb!!!.. Masih ribuan juga yang datang walaupun hujan turun agak lebat juga.

Nampaknya rakyat masih lagi bersemangat tinggi segar lagi bugar untuk menuntut agar SPR bersikap adil, bersih dan telus dalam mengendalikan pilihanraya.

Malam yang penuh bermakna bagi rakyat Johor kerana kini Johor sudah hilang label dan takhta sebagai negeri UMNO paling kuat di dunia.

Malam tadi PR telah mengumpulkan beberapa pemimpin agungnya seperti DSAI, Lim Kit Siang, Dr Hatta Ramli dan Chua Jui Meng.

Tabik spring paling melantun kepada PDRM Johor kerana memberikan kerjasamna yang amat rapat kepada penganjur... Setakat ini PDRM Johor adalah yang paling profesional dalam menghadapi Himpunan Rakyat Black out 505.. -omakkau


Lebih 30,000 berduyun hadiri perhimpunan 505 di JB


Kawasan terbuka dekat cabang PKR Puteri Wangsa berhampiran Ulu Tiram sesak dengan lebih 30,000 orang menghadiri perhimpunan kelima Black 505 Pakatan Rakyat yang berlangsung di Johor Bahru.

Selepas perhimpunan mega di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan, perhimpunan malam tadi yang bertukar tempat ekoran bantahan pihak polis, telah menarik kehadiran ramai golongan muda yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pihak penganjur berkata, kira-kira 100 anggota polis hadir memantau tetapi tidak campur tangan sewaktu perhimpunan selama empat jam itu.

Pembaharuan pilihan raya

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tampil pada kira-kira 10 malam sejurus sebelum perhimpunan selesai, berkata beliau tidak akan meletak jawatan atau bersara kerana mendapat sokongan majoriti rakyat.

Beliau bertanya di mana ada negara di dunia di mana seorang pemimpin mendapat 47 peratus undi popular dan mentadbir negara.

Dengan penuh bersemangat, Anwar memberitahu perhimpunan itu bahawa beliau tidak meletak jawatan kerana mendapat 51 peratus undi popular dan mendakwa telah dinafikan kemenangan kerana penipuan.

Penganjur kemudiannya mengangar kira-kira 60,000 menghadiri perhimpunan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP yang juga ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin menggesa hadirin memikirkan apakah peranan yang boleh mereka mainkan dalam proses pembaharuan pilihan raya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tan berkata, beliau menggesa penyokong untuk tidak berputus asa kerana misi di hadapan mereka adalah lebih besar.

Sesetengah kereta mereka yang menghadiri perhimpunan itu dilaporkan dirosakkan, menurut Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching di laman Facebook.

Katanya beliau balik dari perhimpunan Black 505 itu dengan selamat, tetapi mendakwa ada kereta yang disembur dengan asid, termasuk kereta salah seorang ahli DAP di Kulai yang meletakkan keretanya 1km dari tempat perhimpunan.
-mk

,br>





1 ulasan:

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.